Saya sambung untuk point yang seterusnya:
- Kegagalan di dalam merancang
- Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur
- Berbelanja melebihi kemampuan
- Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan
- Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua - kesilapan kebanyakan dari kita adalah tidak menabung untuk persediaan hari tua. Kebanyakannya dari kita mengambil jalan mudah dengan berkata, "dah tua nanti duit pencen cukup untuk menyara hidup aku @ takper, anak-anak ada @ entah-entah tak sempat tua lagi Allah dah cabut nyawa". Adakah kita antara orang-orang yang berfikiran seperti itu. Mari kita cuba berfikir dengan cara yang lain pula. Ketika muda belia beginilah, walaupun saya dah tak berapa nak muda dah sekarang ini, tabungan hari tua itu penting dan sangatlah penting. Walaupun kita tidak mengetahui bila kita akan mati, persediaan awal perlulah dilakukan agar kematian kita kelak tidak menyusahkan orang-orang disekeliling kita terutamanya keluarga, anak-anak dan sahabat-sahabat kita. Berfikirlah dengan cara yang menguntungkan - bila kita mati kelak dan kita mempunyai harta atau tabungan yang banyak, bukankah akan menguntungkan kita bila tabungan dan harta tersebut diinfaqkan dan di waqafkan untuk tujuan ibadah Lillahi Ta'ala. Sekiranya anda mempunyai harta tanah, dan anda telah mewasiatkan tanah tersebut untuk diwaqafkan bagi membina masjid, bukankah pahala amalan tersebut akan berterusan selagi mana tanah tersebut digunakan untuk tujuan amal. Sekiranya anda mempunyai tabungan yang banyak, dan selepas kematian anda, tabungan tersebut disedekahkan bagi membina masjid. Selagi mana masjid tersebut digunakan dan tidak dirobohkan, selagi itulah pahala akan berterusan sampai kepada kita walaupun kita telah tiada di dunya. Beruntunglah bagi mereka yang pahalanya berterusan sehingga hari kiamat walaupun mereka telah meninggal dunya. Maka, menabunglah untuk persediaan di hari tua. Kos bagi perubatan telah meningkat dan tabungan tersebut mungkin akan amat anda perlukan ketika hari tua anda.
- Mengambil sikap lewa untuk menabung - sikap "nantilah dulu" atau "kemudianlah, sekarang nak guna banyak duit" atau "bila ada duit lebih nanti, barulah saya boleh menabung". Ini adalah kesilapan dan alasan biasa yang pernah dan selalu kita dengar, malahan kita sendiri pun kadang-kadang bersikap sedemikian. Pun begitu, untuk menjayakan rancangan anda di dalam menabung dan membuat pelaburan, anda perlu Istiqamah seperti yang telah saya sebut-sebutkan di dalam topik sebelumnya. Istiqamah di dalam menabung. Sekiranya tidak mampu menabung sebanyak RM100 sebulan, mulakan dengan jumlah yang kecil seperti RM10 sebulan. Bagi yang bekerja, amatlah mengecewakan sekiranya anda hanya mampu menabung RM10 sebulan. Makan sehari anda pun kadang-kadang lebih dari RM10. Jangan ambil sikap mudah untuk menabung. Seriuslah di dalam menabung kerna ianya akan menguntung diri anda sendiri. Ingatlah formula ini: Pendapatan - simpanan = belanja. Jangan sesekali menggunakan formula songsang ini: Pendapatan - belanja = simpanan.
- Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian
- Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi
Selagi mana kita tidak mempunyai mesin pencetak duit, atau angsa yang bertelur emas, atau harta menggunung seperti di dalam Pirate of The Carribean, atau seorang anak raja yang memiliki seluruh kekayaan di dunia, anda sendiri lah yang perlu menjadi mesin pencetak duit tersebut atau angsa bertelur emas. Usaha anda sendirilah nanti yang akan menjadikan anda samada kaya atau miskin. Berapa pun pendapatan yang anda terima, ianya tidak menentukan anda seorang yang kaya atau tidak. Anda mungkin banyak wang, tetapi anda juga banyak membelanjakan wang tersebut. Bukan wang pendapatan yang anda terima itu menyelamatkan anda, tetapi wang yang disisihkan atau wang simpanan yang akan menyelamatkan anda ketika anda di dalam kesusahan kelak. Selebihnya, berserah kepada Allah Ta'ala.
Saya sambung point-point yang seterusnya pada masa akan datang.
Saya sambung point-point yang seterusnya pada masa akan datang.
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment