Sebelum anda bertindak lebih jauh untuk membuat pelaburan dan menambahkan tabungan anda, ada perkara-perkara yang perlu anda ketahui dan 'alert' serta ambil peduli. Anda perlu ambil peduli kesilapan yang lazim dilakukan oleh kebanyakan kita begitu juga saya di dalam menambahkan pelaburan atau tabungan kita:
- Kegagalan di dalam merancang - rancang dan rancang! yang penting anda ada perancangan. Dengan perancangan tersebut, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak ada keinginan yang kuat untuk menjayakan rancangan tersebut. Contoh: Anda merancang untuk menambahkan tabungan anda dari RM100 kepada RM150 sebulan. Anda merancang untuk membuka akaun Mutual Fund yang lebih tinggi pulangannya berbanding akaun simpanan biasa. Anda merancang tetapi belum laksanakannya kerana initial pelaburan yang minima bagi Mutual Fund (mengikut pengetahuan saya) adalah RM1000.00 dan anda belum masih mempunyai duit sebanyak itu. Apa yang perlu anda lakukan adalah 'action' = bertindak menjayakan rancangan tersebut. Buat rancangan untuk mencukupkan tabungan RM1000 selama 3 bulan. Ini bermakna, anda perlu mengurangkan perbelanjaan yang lain. Kurangkan belanja pada entertainment, pada makanan selain dari makanan asas sahaja. Maksud saya, makan pagi,tengahari dan malam. Junk Food is a NO untuk 3 bulan tersebut. Saya percaya, anda, kita akan berjaya mengumpulkan RM1000 atau lebih di dalam masa 3 bulan. Setelah rancangan untuk mengumpulkan Rm1000 tersebut di dalam masa 3 bulan berjaya, mulalah bertindak. Cari wakil yang boleh dipercayai. Saya percaya, kawan-kawan anda ada yang menjadi wakil pelaburan dan boleh memberi khidmat nasihat di dalam pelaburan tersebut. Selepas itu, terus bertindak dan jangan toleh ke belakang. Cuba bayangkan, sekiranya anda mampu untuk mengumpulkan tabungan RM1000 atau lebih selama 3 bulan, bayangkan anda sebenarnya mampu untuk terus memberi komitment RM100 setiap bulan bagi menambah tabungan anda itu. Bukan sahaja pelaburan di dalam Mutual Fund, malah pelaburan-pelaburan lain yang anda selesa juga anda boleh laksanakan dan jayakan. Saya percaya anda boleh dan saya juga boleh :-) Motivasi ini juga untuk diri saya dan rakan-rakan yang lain;
- Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur - istiqamah! Istiqamah bukannya benda yang senang. Senang diucapkan tetapi sukarnya untuk istiqamah. Saya sendiri pun kadang-kadang tergelincir dari beristiqamah, santai-santai dan leka dalam kehidupan. Bukan sahaja di dalam kehidupan kita perlu istiqamah, tetap di Jalan Allah, di dalam menguruskan kewangan juga kita perlu istiqamah. Istiqamah di dalam menabung, istiqamah di dalam membelanjakan wang yang kita perolehi dengan berhikmah. Ayat 'Fastaqim kama umirta' (11:112) inilah yang membuatkan rambut Rasulullah s.a.w beruban dan tua! betapa Rasulullah faham yang sememangnya untuk istiqamah adalah satu perkara yang amat-amat berat...Sekiranya Rasulullah s.a.w mengetahui istiqamah adalah satu perkara yang amat-amat berat, kita sebagai umatnya perlulah lebih faham, walaupun untuk istiqamah adalah sesuatu yang amat berat, kita perlu lakukan kerana kita adalah ummat Nabi Muhammad s.a.w;
- Berbelanja melebihi kemampuan
- Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan
- Tidak menabung untuk waktu-waktu kecemasan
- Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua
- Mengambil sikap lewa untuk menabung
- Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian
- Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi
Saya sambung point-point yang seterusnya pada masa akan datang. Topik yang panjang boleh menjadikan pembaca bosan...betul tak? :-)
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment