Saya sambung untuk point yang seterusnya:
- Kegagalan di dalam merancang
- Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur
- Berbelanja melebihi kemampuan
- Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan
- Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua
- Mengambil sikap lewa untuk menabung
- Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian - satu lagi kesilapan yang biasa kita lakukan adalah, melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian. Kebanyakan dari kita ingin cepat kaya dengan usaha yang sedikit. Ada yang mengambil jalan singkat untuk kaya tetapi akhirnya rugi besar. Ramai yang terlibat di dalam MLM dan hanya sedikit sahaja yang berjaya termasuk saya. Perlu diingatkan bahawa MLM anda akan berjaya sekiranya anda berjaya membawa ramai orang untuk memasuki skim tersebut. Sebab itulah dinamakan Multi Level Marketing...asset anda adalah manusia, sekiranya orang bawahan atau kaki-kaki anda tidak ramai jangan berharap untuk menjadi kaya raya dengan MLM.-Ini pandangan dan berdasarkan pengalaman saya sahaja. Sekiranya anda tidak bersetuju, terpulang :-). Ada yang melaburkan wang mereka di dalam pelaburan hartanah, saham, fund dan sebagainya. Bagaimana cara anda membuat pelaburan itu, terpulang kepada diri anda sendiri. Anda perlu tahu, peka, ada sedikit sebanyak kemahiran, ada ilmu di dalam pelaburan tersebut agar anda tidak mengalami kerugian. Sudahlah itu sahaja duit tabungan yang anda ada, dan dilaburkan pula di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian, anda menjadi semakin rugi dan semakin miskin disebabkan pelaburan yang tidak bersesuaian itu.
- Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi - yang ini kesilapan yang agak kerap juga kita lakukan. Tidak mengkaji, tidak study dan tidak meneliti serta membuat perbandingan pelaburan yang ingin anda ceburi serta tidak peka dengan keadaan pasaran semasa. Letakkan dan luangkan sedikit masa untuk mengkaji, kerna dengan sedikit masa itu, anda mungkin akan berupaya menggandakan tabungan anda dengan pelaburan yang menguntungkan.
Fikir, Lihat, Kaji, Peka, Buat keputusan dan Bertindak :-)
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment