Tajuk: Dahsyatnya Sihir Rahsia Rawatan dan Penawarnya
Penulis: Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz
Penerbit: Inteam Publishing Sdn Bhd
Harga: RM 20.00 (Semenanjung) RM22.00 (Sabah dan Sarawak)
Muka surat: 150 muka surat
~"jin tidak akan membantu tukang sihir & menjadi khadamnya kecuali dgn ganjaran"~
Sihir - ramai yang percaya dan ada juga yang tidak percaya dengan kewujudan sihir. Sihir telah berlaku sejak zaman para nabi-nabi terdahulu dan adanya hubungan kuat di antara jin dan amalan sihir ini.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ketika Kami menghalalkan satu rombongan jin datang kepadamu untuk mendengar al-Quran, setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah sebahagian mereka kepada yang lain: Diamlah kamu! Maka setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaum mereka memberi ingatan dan amaran.” (Surah al-Ahqaf ayat 29).
Penulis menyatakan di dalam buku ini bahawa antara jenis amalan sihir ialah menggunakan barang tertentu, jin, ilmu binatang dan kekuatan batin.
Sihir terjadi apabila berlakunya persepakatan di antara tukang sihir dengan syaitan/jin. Tukang sihir akan melakukan perkara syirik dan kafir bagi membolehkan sihir tersebut dapat dikenakan ke manusia.
Antara cara tukang sihir memanggil jin adalah dengan bersumpah atas nama jin atau syaitan, seterusnya melakukan ritual tertentu.
Buku ini mendedahkan perbuatan tukang sihir, jenis sihir, kesan mangsa sihir, kedudukan hukum serta bagaimana menanganinya menurut kaedah yang ditetapkan Islam supaya umat Islam tidak terjerumus dalam kesesatan. Buku ini juga mendedahkan cara perubatan secara Ruqyah dan mengikut pandangan Islam, cara bagaimana untuk mengelakkan daripada didampingi jin dan adab-adab di dalam kehidupan yang selamat dari sihir syaitan dan jin.
Sekiranya seseorang itu merasakan ada makhluk mengikutinya ataupun ketika berada di rumah, terlihat kelibat makhluk lain, perlulah menghisab diri dan mengambil kira beberapa posibiliti antaranya terkena sihir dari manusia yang dibantu oleh syaitan/jin ataupun jin itu sendiri menyukai anda samada jin islam atau jin kafir.
Mudah-mudahan kita semua dipelihara dari terkena sihir dan mintalah perlindungan dari Allah SWT sekiranya kita merasakan ada sesuatu yang tidak kene dengan diri kita. Jangan sesekali kita meminta pertolongan dari bomoh yang mendapat pertolongan dari jin atau syaitan yang boleh menjuruskan kita syirik kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memelihara kita sehingga akhir hayat kita...Aaamin.
Allahu Ta'ala A'lam.
No comments:
Post a Comment