15 February 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin oleh Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi

Ilmu Muamalah = ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal hati seperti rasa takut, mengharap, redha, benar, ikhlas dan lain-lain. Ilmu inilah yang meninggikan martabat ulamak-ulamak besar terdahulu seperti Imam Syafi’e, Abu Hanifah, Malik dan Ahmad. 

Terdapat beberapa istilah yang telah dipesong dan disalah ertikan, berlawanan dengan makna asal sebagaimana yang dimaksudkan oleh ulamak salafussoleh: 

1) Fiqh 
a. Mereka telah memesongkan pengertiannya dengan menkhusukan hanya dengan mengetahui masalah-masalah cabang feqah beserta alas an-alasannya. Sedangkan ilmu feqah di zaman awal Islam merangkumi persoalan ilmu menuju akhirat, ilmu yg mendalam mengenai penyakit-penyakit hati, perkara-perkara yang merosakkan amal, kesedaran yang kuat tentang kehinaan dunia, bersungguh mencari nokmat akhirat dan perasaan takut (al-khauf) yang menyelubungi hati. 

2) Ilmu 
a. Asalnya perkataan ini digunakan untuk ilmu berkaitan dengan Allah Ta’ala dan tanda-tanda kekuasaanNya. Mereka kemudiannya mengkhususkan pengertian ilmu hanya kepada perbincangan mengenai masalah-masalah fekah sekalipun mereka itu jahil tentang ilmu tafsir dan hadith. 

3) Tauhid 
a. Merupakan ilmu yang mengarahkan manusia supaya melihat perkara datangnya daripada Allah dan terputus terusdari memandang kepada sebab-sebab luaran dan perantara. Sekarang, ianya membincangkan mengenai ungkapan-ungkapan atau istilah-istilah yang diadakan di dalam masalah usul agama (aqidah) 

4) Tazkirah 
a. Sepertimana di dalam Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Az-Zariyat: 55, 
“Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu akan memberikan manfaat kepada orang yang beriman.” 

Mereka telah memesongkan pengungkapan perkataan Tazkirah kepada maksud majlis mendengan kisah-kisah dan penglipurlara yang pada hari ini banyak mengandungi cerita-cerita dakwaan yang melampau dan menyeleweng. Sebagaimana mereka meriwayatkakn kisah berkenaan dengan Nabi Yusuf a.s yang merungkaikan tali seluarnya (ketika digoda oleh Siti Zulaikha) dan nabi Yusuf melihat ayahnya Nabi Ya’kub menggigit jari, serta kisah nabi Daud yang telah menghantar panglinanya Aouria pergi berperang sehingga dia terbunuh. 

Dakwaan yang melampau dan menyeleweng ini akan member kemudharatan kepada orang ramai. 

5) Hikmah 
a. Ia bererti ilmu dan beramal dengannya. Orang yang berhikmah = meletakkan tempatnya pada tempat sebenarnya. Seseorang itu tidak dianggap bijaksana sehinggalah dia menghimpunkan antara ilmu dan amal. Namun begitu perkataan ini banyak digunakan untuk menggambarkan seorang doctor, peramal, dukun atau bomoh, atau yang mempunyai kekebalan.

Allahu Ta'ala A'lam

No comments: