Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin oleh Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi
Ilmu-ilmu yang terpuji itu ada 2 bahagian:
1) Ilmu yang terpuji secara mutlak
a. Ilmu mengenal Allah Ta’ala, sifat-sifat, perbuatan dan mengetahui hikmahNya yang mengutamakan akhirat daripada dunia.
“Ilmu itu ibarat lautan yang tidak mungkin dapat diselami sehingga ke dasarnya. Mereka yang mempelajarinya hanyalah berlegar di sekitar persisiran pantai dan tepiannya, itupun yang setakat termampu oleh mereka.”
2) Ilmu yang terpuji dengan kadar tertentu sahaja
a. Ilmu fardhu kifayah
Oleh itu, jadilah kamu samada sibuk dengan urusan dirimu sendiri atau meluangkan masa untuk orang lain setelah urusan dirimu selesai. Berusahalah untuk membersihkan batin kamu daripada sifat-sifat tercela seperti haloba, hasad, riya’, berbangga diri sebelum memperelokkan rupa paras kamu. Janganlah kamu sibuk-sibuk dengan ilmu fardhu kifayah sebelum kamu selesai ilmu fardhu ‘ain terlebih dahulu.
“Orang yang membinasakan dirinya kerana hendak memperbaiki orang lain adalah orang yang dungu.”
Setelah selesai membaiki dan membersihkan hati sendiri, barulah kamu boleh meluangkan masa kepada ilmu-ilmu fardhu kifayah dengan mempelajarinya secara berperingkat-peringkat.
Mulakanlah dengan mempelajari Kitab Allah, kemudiannya Sunnah Rasulullah s.a.w dan seterusnya ilmu-ilmu Al-Quran seperti tafsir, nasakh, mansukh, ayat-ayat muhkam, ayat-ayat mutashabihat dan lain-lain. Kemudian baharulah kamu mempelajari masalah-masalah furu’ dan ilmu feqah, dan seterusnya.
“Ilmu itu terlalu banyak sedangkan umur adalah terlalu pendek.”
Allahu Ta'ala A'lam
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment