Muqaddimah
Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin oleh Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi
Bismillahirrahmaanirrahiim
Segala puji dipanjatkan kepada Allah. Kami memujiNya, meminta pertolongan dariNya dan memohon keampunan dariNya. Kami berlindung denganNya daripada segala kejahatan diri dan perbuatan kami. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah, pasti tidak akan disesatkan dan sesiapa yang Dia sesatkan, tiada siapa yang dapat memberikan hidayah kepadanya lagi. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad s.a.w itu adalah hamba dan utusan Allah.
Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.
Permulaan bab 1 dimulai dengan Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?"
(Surah Az-Zumar:9)
dan banyak lagi Firman Allah Taala yang menerangkan mengenai kelebihan ilmu seperti:
- Surah Al-Mujadalah: 11
- Surah Al-Fatir: 28
Di dalam hadis juga banyak diriwayatkan mengenai kelebihan ilmu. Antaranya dalam kitab as-Sahihain meriwayatkan hadis daripada Mu'awiyah bin Abu Suffian r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan memberikan kefahaman yang mendalam kepadanya tentang agama." - Hadis Riwayat al-Bukhari (6/152) dan Muslim (1037)
Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bandingan petunjuk dan ilmu yang diutuskan kepadaku ialah seperti hujan yang menimpa bumi. Maka sebahagian daripada bumi itu ada tanah yang subur menyerap air lalu menumbuhkan rumput dan tanaman lain yang banyak. Dan terdapat sebahagian daripadanya tanah yang keras yang tidak menyerap tetapi menakung air. Allah menjadikannya juga bermanfaat kepada manusia lalu mereka minum, memberi minum dan menyiram tanaman dengannya. Dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah yang keras dan rata yang tidak menakung air dan tidak menumbuhkan tanaman. Itulah bandingan orang yang memahami agama Allah dan mengambil manfaat daripada ajaran yang diutuskan kepadaku lalu dia belajar dan mengajar. Dan juga bandingan orang yang tidak menghiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan itu) serta tidak mahu pula menerima petunjuk yang aku diutuskan membawanya."~Hadis Riwayat al-Bukhari (1/185) dan Muslim (2282) dalam as-Sahihain.
Kewajipan menuntut ilmu:
Banyak pendapat ulama yang paling sahih mengenai kewajipan menuntut ilmu adalah ilmu mengenai hubungan seseorang hamba dengan Tuhannya. (iaitu ilmu feqah, ilmu tentang al-Quran dan as-Sunnah, Ilmu tentang ikhlas dan segala penyakit jiwa, Ilmu Tauhid).
Ilmu tersebut merangkumi 3 perkara iaitu:
- pegangan (i'tiqad)
- perbuatan (melakukan apa yang diperintahkan); dan
- peninggalan (meninggalkan apa yang dilarang)
Apabila kanak-kanak mencapai umur baligh, kewajioan pertamanya ialah mempelajari dua kalimah syahadah dan memahami maknanya walaupun tanpa kajian atau dalil. Selepas itu barulah mereka dikehendaki meneliti dan mendapatkan dalil ~ pendapat ulamak mutakallimin
Apabila tiba waktu solat, wajiblah dia belajar mengenai bersuci dan solat.
Apabila dia hidup sehingga Ramadhan, wajiblah dia mempelajari mengenai ibadah puasa
Sekiranya dia mempunyai harta dan pemilikannya selama setahun, wajiblah dia mempelajari zakat
Apabila tiba waktu haji dan dia mampu menunaikannya, wajiblah dia mengetahui cara-cara menunaikan haji
Terdapat huraian yang lebih panjang lebar di dalam kitab tersebut. Berdasarkan huraian di atas dan di dalam kitab, jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan ilmu yang wajib dituntut itu ialah ilmu fardhu 'ain iaitu ilmu yang wajib ke atas setiap individu.
Manakala, fardhu kifayah pula ialah setiap ilmu yang diperlukan untuk membina urusan dunia seperti ilmu kedoktoran, ilmu hisab, ilmu yang berkait dengan asas-asas industri seperti asas tani dan jahitan, ilmu membekam.
Kadang-kadang mempelajari sesetengah ilmu, hukumnya adalah harus, contohnya ilmu berkenaan dengan syair-syair yang bebas dari perkara yg tidak baik dan juga ilmu sejarah.
Sebahagian ilmu pula termasuk di dalam ilmu-ilmu yang tercela seperti ilmu sihir, tangkal azimat, ilmu pukau, ilmu nujum.
Ilmu berkenaan dengan syari'at kesemuanya adalah terpuji. Ianya terbahagi kepada ilmu usul (asas), furu' (cabang), ilmu muqaddimat (ilmu alat) dan ilmu mutammimat (pelengkap).
ilmu usul = ilmu yang berkait dengan kitab Allah, sunnah Rasulullah s.a.w, ijmak ulamak dan athar para sahabat.
ilmu cabang pula = makna-makna atau pengertian-pengertian yg difahami daripada ilmu usultersebut sehingga dapat memahami perkara yg tersurat dan tersirat daripada sesuatu nas.
Contoh, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Janganlah seorang hakim menjatuhkan hukuman dalam keadaan dia marah"~ Riwayat al-Bukhari (13/120), Muslim (1717), at-Tarmizi (1334), Abu Daud (3589) dan an-Nasaie (8/237) daripada Abu Bakrah r.a
Usul = jgn menghukum dalam keadaan marah
furu'/cabang = boleh juga jgn menghukum dalam keadaan lapar, haus, mengantuk
bersambung nanti...InsyaALLAH
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment