Adab seorang penuntut dan guru
Yang pertamanya kita perlu ketahui mengenai ~ Adab seorang penuntut:
Ilmu adalah ibadah hati.
- Seorang penuntut perlu mengutamakan penyucian jiwa daripada akhlak yang buruk dan sifat-sifat tercela;
- Dia juga hendaklah memutuskan hubungan dari setiap perkara yang mengganggu. Contohnya: HP perlu di matikan atau diamkan;
- Hendaklah menyerahkan dirinya kepada guru sebagaimana pesakit menyerah dirinya untuk diubati kepada doctor;
- Dia juga hendaklah merendah diri kepada gurunya dan bersungguh-sungguh berkhidmat kepadanya. Apabila penuntut ilmu sombong dan tidak mahu mengambil faedah dari sesuatu yang dianggap bukan satu kemajuan, dia sebenarnya adalah JAHIL.
- Hendaklah dia meninggalkan pendapatnya kerana mendengar pendapat gurunya. Sekalipun gurunya silap, dia seharusnya menegur atau menjelaskan kesilapan gurunya dengan cara penuh hikmah dan baik.
Ali r.a berkata: Antara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah (tugas dan tanggungjawab seorang penuntut)
- Kamu hendaklah memberi salam kepada orang ramai secara am tetapi memberi salam kepadanya (guru) secara khusus;
- Kamu hendaklah duduk di hadapannya dan jangan membelakangkannya;
- Jangan menggerak-gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya;
- Jangan sesekali kamu mengenyitkan mata di hadapannya;
- Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya;
- Jangan cuba membantunya dalam memberikan sesuatu jawapan;
- Jangan kamu mendesaknya ketika dia rasa malas;
- Jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika dia enggan;
- Jangan memegang bajunya ketika dia bangkit berdiri;
- Jangan mendedahkan sesuatu rahsia kepadanya;
- Jangan mengumpat seseorang di hadapannya;
- Sekiranya dia tersalah, hendaklah kamu menerima alasannya;
- Jangan kamu bercerita mengenai seorang ulamak lain ketika bersamanya;
- Jangan berpaling meninggalkannya kerana terlalu lama bersamanya;
- Jangan menolak untuk berkhidmat kepadanya;
- Apabila dia berhajat kepada sesuatu, sepatutnya kamu hendaklah mendahului orang lain untuk menunaikannya
“Orang yang baru sahaja mempelajari ilmu perlu berwaspada daripada mendengar perkara-perkara yg boleh menjadi perselisihan pendapat dikalangan ulamak kerana ianya boleh mengelirukan akalnya dan melemahkan pemikirannya.”
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment