A cuma nak singgah beli aiskrim kegemaran dia di salah sebuah restoran makanan segera di dalam sebuah gedung pasaraya.
Sambil menuju ke tempat aiskrim tersebut, dia mula terbayang-bayang aiskrim tersebut. Setiba di kaunter pesanan, tiada senyuman di muka 'the ice-cream girl', greeting pun seperti terpaksa, dan dia mula mengambil pesanan A
"ice cream cone twist please.." kata A
'the ice cream girl' mula membuat pesanan tersebut dan tanpa dia sedar, dia telah membuat aiskrim yang salah. 'the ice-cream girl' mula sedar itu aiskrim yang dipesan oleh A dan mula meletakkan semula inti aiskrim tersebut di dalam mesin aiskrim. Dengan bekas yang sama, 'the ice cream girl' mula menekan butang aiskrim yang betul iaitu ice cream twist..
"hmmmm...patut ker dia buat macam tu???" A mula berkata-kata di dalam hati, tidak menyetujui perbuatan 'the ice cream girl' tersebut...
'the ice cream girl' meletakkan ice cream tersebut di dalam bekas aiskrim, dan mula menekan sesuatu pada mesin pengira...dan...menunggu untuk A membuat bayaran. Selalunya, penjual akan maklumkan kepada pembeli mengenai kadar bayaran tersebut, tapi rasanya 'the ice cream girl' menyangka A akan melihat mesin dan terus membuat pembayaran...sambil menunggu bayaran dari A.
Selepas A membuat pembayaran, dan mengambil aiskrim kegemarannya...A mula perasan tisu tidak diberikan dan 'the ice cream girl' sudah mula duduk di tepi mesin aiskrim.
"Dik, boleh minta tisu?" tanya A
'the ice cream girl' sambil duduk sambil mengeluarkan tisu dari dalam kabinet tanpa melihat pelanggan A tersebut dan meletakkan hampir 10 helai tisu di atas kaunter
A terkejut...dan 'the ice cream girl' pun terkejut
Cepat-cepat dia memohon maaf bila mengetahui kesilapannya.
"macam tak nak keje jer dik...buat keje ala-ala tak nak keje jer..."A menegur 'the ice cream girl' tersebut
"sorry sorry sorry..." kata 'the ice cream girl'
hmmm...kalau kat jepun, dah lama 'the ice cream girl' nie kene pecat, begitu juga sekiranya jika dia bekerja di negara yang mementingkan kepuasan hati pelanggan..."customers' come first"
"No one is too big to be courteous, but some are too little." - Author Unknown
"Treat everyone with politeness, even those who are rude to you - not because they are nice, but because you are." - Author Unknown
Peringatan juga untuk diri sendiri yang sentiasa lupa, lalai dan selalu dibisikkan dengan bisikan-bisikan halus syaitan durjana untuk melakukan kejahatan dan keburukan.Wallahua'lamuma fil qalbi
No comments:
Post a Comment