06 June 2011

Isteri kene layan suami macam pelacur??? Kenyataan yang tidak berakal lagi merendahkan martabat wanita!

Oh my Goodness, what happen to Malaysian Professional Muslimah nowadays…
'Layan macam pelacur'
2011/06/05
Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 
=================================================================
Bila Islam tidak dijadikan sumber utama, macam itula jadi nyer...Islam hanya pada ritual dan ibadah sahaja, sedangkan ajaran Islam merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. kan dah diajar adab-adab berumahtangga, pergaulan antara suami dan isteri oleh Rasulullah saw, adab dengan anak2, dgn mentua dsb...kenapa nak samakan layanan seorang isteri dengan pelacur.Dia tau ker layanan pelacur macamana? Kalau nak suruh isteri layan seperti pelacur, rendahnya martabat sang isteri tersebut kerana disama ratakan dengan pelacur, sedangkan di dalam Al-Quran telah dinyatakan kemuliaan taraf seorang isteri:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. "(QS. 30:21)


Isteri-isteri bukannya pelacur kelas atasan. Sedihnya bila seorang wanita mengeluarkan statement ‘Layan macam pelacur’. Kalau begini rendahnya martabat seorang isteri di mata seorang wanita, apatah lagi seorang lelaki atau seorang suami.


Bagi lelaki atau seorang suami pula, jadilah kaum yang berfikir…dan bagi wanita pula, lebih-lebih lagi seorang isteri, jadilah wanita dan isteri solehah dan bukannya seorang pelacur!

No comments: