Wednesday, June 8, 2011

Kisah MukaBuku-Ep.1

Seingat fida, kali pertama dia berkenalan dan berjinak-jinak dengan muka buku ini pada tahun 2008. Masa itu muka buku tidak begitu dikenali oleh ramai di negaranya. Fida memang suka mencuba sesuatu yang baru di Internet, apatah lagi laman sosial yang boleh mengembangkan jaringan sosial dan perniagaan kecil-kecilan secara atas talian.

Imbas Kembali - 2008:
"Hmmm, kat mana lagi laman web yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan nie yer" Fida bertanya-tanya sendiri.
"Cuba tanya uncle Google pulak" sambil fida menaip di ruangan Google Search - "social networking". Keluarlah senarai yang panjang mengenai "social networking" dan yang berkaitan - MySpace, Hi5, FriendFinder dan lain-lain lagi.
"Hmmm, MySpace, Hi5 dah ada...mungkin boleh cuba MukaBuku nie...muka depan pun simple, nak register pun senang, tak perlu isi panjang-panjang...cuba lah MukaBuku nie" fida berkata-kata sendiri
"Kalau OK bolehlah sebarkan pada kawan-kawan yang lain, mungkin juga akan bertemu kawan-kawan yang dah sekian lama tak jumpa dan ketemu..." Fida tersenyum sendiri sambil tangannya menaip laju di atas keyboard komputer mendaftarkan dirinya sebagai ahli MukaBuku.
"opsss, nak guna nama ape ye?" fida menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal
"hmmmmm...Firdausi Hakimi.Nanti letak nama glamer kawan-kawan tak kenal pulak"
"OK, dah selesai...tengok apa fungsi yang ada di dalam MukaBuku nie", sambil tangannya memegang tetikus dan menerokai dunia MukaBuku tersebut.


"Jannatul Firdausi Hakimi!!!" kedengaran seseorang menjerit-jerit memanggil namanya
"Alamak...ummi panggil pulak."
"Ya ummi, fida datang nie..." jawab fida sambil melompat dari katilnya dan berlari turun ke ruang tamu.
"Kenapa ummi panggil banyak kali tak menyahut?Dah lupa pesanan ummi ke?" tanya ummi fida dengan nada geram
"Maafkan fida ummi, fida tengah khusyuk tadi" jawab fida sambil menundukkan pandangannya
"Dah! cepat basuh tangan...Abi dah menunggu dah tu"
"Yess Boss!" jawab fida tersengih-sengih sambil memeluk umminya
"Hmmm, lepas nie boleh sambung penerokaan MukaBuku nie" fida berkata-kata di dalam hatinya sambil tersenyum-senyum.

Maka bermulalah episod fida bersama MukaBuku....:-)
~bersambung~

Post a Comment

Most Popular