Tuesday, October 19, 2010

Tempoyak Goreng

Teringin pulak nak makan tempoyak goreng...dah terngiang-ngiang di minda dan fikiran dan terasa-rasa kesedapannya :-)

Tempoyak Goreng Udang
Bahan-bahan :

  • 5-6 sudu besar tempoyak segar
  • 300 gm udang basah (dibuang kulit dan dibersihkan)
  • 5 sb cili kering kisar
  • 3 biji cili api (dikisar) - yang nie untuk yang suka pedas :-)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  • Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan tumis hingga separuh masak.
  • Masukkan tempoyak, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
  • Gunakan api yang perlahan dan goreng tempoyak sehingga masak keperangan.
Post a Comment

Most Popular