Tuesday, October 19, 2010

Spaghetti Goreng

Baru-baru nie buat spagetti goreng pulak...kalau teringin nak  makan spagetti goreng bolehlah mencuba resepi nie :-)
Bahan-bahan:
Spagetti (setengah bungkus) di rebus sehingga lembut.
Daging / ayam kisar atau meatball/fishball dipotong 2
Tomato sos
Cili Sos
Mixed herbs
Italian herbs
Lada hitam & putih
Minyak

Bahan Tumisan:
Bawang besar (1 biji)
Capsicum merah,hijau & kuning - ikut suka
Tomato dipotong dadu (2 biji)

Cara-caranya:
Bahan-bahan tumisan di tumis sehingga naik baunya
Masukkan daging/ayam kisar atau meatball/fishball yang dipotong 2
Kacau dengan api sederhana sehingga hampir masak
Masukkan sos tomato, sos cili, lada hitam dan lada putih secukup rasa
Masukkan spaghetti yang telah direbus ke dalam kuali dan goreng sehingga sebati
Masukkan garam dan perisa secukup rasa, dan akhir sekali masukkan mixed herbs dan italian herbs
Gaul sehingga sebati dan masak. Selepas itu bolehlah dihidangkan....:-)

Sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah tengahari atau minum petang. SELAMAT MENCUBA   :-)
Post a Comment

Most Popular