24 October 2010

Toasted Bread with Pie Crustless

Minggu nie, saya mencuba untuk memasak Pie Crustless pulak...:-)


Bahan-bahan A:

  1. Daging kisar (300 gram / 1 paket)
  2. 2 batang sosej (dihiris)
  3. 5-10 biji cendawan butang (potong 2 atau 4)
  4. 1/2 capsicum merah (dihiris dadu)
  5. 1/2 capsicum hijau / kuning (dihiris dadu)
  6. 2 biji tomato (dihiris dadu)
  7. 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  8. Oregano, Mixed herbs, Parsley, Italian herbs dan lada hitam
  9. Sos cili dan tomato/tomato puri
  10. Minyak masak secukupnya
  11. Garam dan perisa secukup rasa
Bahan-bahan B:

  1. 1 cawan susu segar
  2. 3 biji telur ayam
  3. 2-3 keping keju (dihiris)
Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan hirisan capsicum merah/hijau/kuning, cendawan butang, tomato, dan sosej dan kacau sehinggan masak.
  4. Taburkan serbuk lada hitam, oregano, mixed herbs secukup rasa sehingga naik baunya
  5. Masukkan susu segar dan telur di dalam bekas tahan panas dan kacau sehingga sebati
  6. Masukkan bahan inti (daging kisar yang telah dimasak tadi) ke dalam bekas tahan panas
  7. Taburkan hirisan keju.
  8. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama lebih kurang 45 minit - 1 jam
  9. Sedia dihidangkan - makan begitu sahaja ataupun dengan roti bakar.
Selamat Mencuba :-)

No comments: