Friday, October 8, 2010

Home Made Pie

Memandangkan ramai jugak yang nak resepi pai nie, saya sertakan di sini untuk kawan-kawan mencuba sendiri...kalau rasa berlainan dengan apa yang saya buat tu,...fikir-fikirkanlah sendiri...hehehehe
air tangan masing-masing berlainan :-)

Bahan-Bahan:
(BAHAGIAN A) 
1 paket daging cincang ayamas/ramly (boleh juga menggunakan ayam kisar, dan segala jenis makanan laut untuk kepelbagaian rasa)
1 biji bawang besar bersaiz sederhana (potong dadu kecil)
Lada putih, lada hitam, Mixed herbs, oregano, italian herbs, parsley - digaul bersama daging cincang
Sos Cili
Perasa dan Garam secukup rasa
Buttercup

(BAHAGIAN B) 
5-6 biji kentang bersaiz sederhana
1 sudu potong buttercup
3 sudu mayonise 

Cara:
(BAHAGIAN A) 
Panaskan dan cairkan buttercup
Tumis bawang besar hingga wangi kemudian masukkan daging cincang, masak dengan api sederhana sehingga hampir masak
Masukkan sos cili dan garam secukup rasa  

(BAHAGIAN B) 
Rebuskan kentang sehingga lembut dan lenyekkan
Gaulkan kentang lenyek bersama mayonise,buttercup, sedikit lada putih, lada hitam, parsley, mixed herbs dan italian herbs sehingga sebati
Tambahkan sedikit garam secukup rasa. 

Masukkan adunan Bahagian A di dalam acuan dan ratakan.
Masukkan adunan Bahagian B di dalam acuan dan ratakan

Bakar dalam suhu 150 darjah celcius selama 15minit.Kemudian bakar dalam suhu 100 darjah celcius selama 15minit lagi.
Siap untuk dihidangkan....SELAMAT MENCUBA :-)
Yang penting...memasak dengan hati yang gembira dan penuh rasa kasih sayang...InsyaAllah sedap! :-)
Post a Comment

Most Popular