21 May 2010

I HAVE A STAGE FRIGHT SYNDROME!

Assalamu'alaikum dan Salam Hari Jumaat Yang Barakah...InsyaAllah!

Hari ini, untuk separuh harinya merupakan Hari Public Speaking. Awal bangun hari nie...nasib baik malamnya tak mimpi ngeri mengenai Public Speaking nie.
Dan hari ini juga, luar biasa trafiknya...dari rumah ke Bukit Kiara mengambil masa lebih kurang sejam...berbanding dengan 2 hari lepas. Kebiasaannya bila dah hujung minggu trafik berjalan lancar, tapi tak tahula kenapa hari nie trafik seperti hari bermulanya kerja.
Dalam kereta, sambil-sambil memandu tu, sambil makan...sambil bercakap sorang-sorang pasal topik yang akan disampaikan nanti....tambah dengan mengantuk lagi...hmmmm. Ni la yang tak suka bila kene bercakap depan orang, lagi-lagilah depan panel yang akan pastinya memberi markah penilaian....hmmm, keluarkan nervous sekarang, bila masa speech nanti, takde la nervous sangat.

Saya menyampaikan tajuk "Why Projects Fail" di dalam skop pengurusan projek. Interesting topic i guest...
Banyak lagi sebenarnya tajuk yang boleh dipilih, sebanyak lebih kurang 25 tajuk yang boleh dipilih. Kawan-kawan yang dah mengikuti kursus memberikan sedikit sebanyak tips di dalam Public Speaking nie. Antaranya : pilih tajuk yang boleh kita kaitkan dengan kerja semasa kita supaya bila kita memberikan contoh, kita boleh kaitkan dengan situasi kerja semasa. ataupun pilih tajuk yang dekat dengan kita, supaya kita boleh berikan contoh yang dekat dengan kita.
Giliran saya adalah giliran yang ke-3, antara yang terawal...tu yang buat sejuk kaki tangan. Public Speaking atau pengucapan awam atau speech adalah antara aktiviti atau program yang paling saya tidak gemar...I HAVE A STAGE FRIGHT SYNDROME! Setiap kali ada pengucapan awam, setiap kali tu la jantung berdegup kencang, kaki tangan sejuk memanjang, ketar nya jangan cakap la....nak cover ketar dan nervous, terpaksalah kertas kat tangan jadik mangsa renyukan! Bermasalah betul bila nak kene bercakap depan orang nie, apatah lagi kita tahu pengucapan kita dinilai dan diberi markah...hmmmm! camner nak atasi ya?
Sebelum pengucapan...banyak kali dah baca ayat-ayat, tariik nafas panjang-panjang....bila berdiri kat depan, blank sekejap....tarik nafas panjang, then tengok nota...dengan lafaz BismillahirRahmanirRahim, tengok nota lagi dan lagi dan lagi....masa 10 minit terasa panjang sekali, terasa seperti 10 jam...nak habiskan speech tersebut, masyaAllah, lama betul...tapi kene teruskan jugak sehinggalah tamat masa yang diberikan.
Tajuk dah OK, Speech content pun rasanye dah OK dan saya suka menyelitkan quotes or saying di dalam speech, yang TAK OK nya tuan empunya badan....darah gemuruh betul bila nak kene berucap nie!
Alhamdulillah, ujian hari nie dah selesai....ada 2 lagi presentation nak kene hadapi minggu depannya! Doakan saya yee! :-)
Wallahua'lamuma fil qalbi...

No comments: