19 May 2010

Malaysia COHORT Program...

Last monday, went for a medical check-up under COHORT program di HUKM...
huh...lama sungguh tak buat medical chec-up, seingatnya 5 tahun yang lepas...tu pun disebabkan accident motor dan masuk hospital..
pagi tu dengan semangatnya pegi HUKM...setiba kat HUKM, penuh nya parking pagi-pagi nie. Ramainya orang yang sakit, ker, ramai yang  melawat pesakit....
sampai ke COHORT centre....perkara pertama yang dilakukan = mendaftar....
seterusnya:

  1. isi buku borang - panjangnya soalan yang nak kene jawab 
  2. tunggu giliran di panggil utk dapatkan no pendaftaran
  3. stesen 2 - taklimat dari urusetia, dapatkan no giliran
  4. stesen 3 - urine test dan blood sample. Masa nak ambik sampel darah nie la....3 kali kene cucuk kat lengan, tak jugak keluar darah....last2 kene cucuk kat belakang tapak tangan pulak, barulah laju jer darah keluar. Yang kat lengan dah bengkak dah....
  5. stesen 4 - ujian kekuatan paru-paru - baru tahu camner nak uji kekuatan paru-paru :-)
  6. stesen 5 - ujian jantung - habis penuh satu badan dengan wayar-wayar dan penyepit...
  7. stesen 6 - ujian internal body - lemak, muscle dsb - yang nie kene berdiri atas machine, depakan tangan dengan alat pengukur yang akan mengukur lemak, air, otot dalam badan...pergh, banyak jugak lemak nak kene keluarkan! Dari stesen 6, nak ke stesen 7 memang kene menunggu agak lama....disebabkan masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam semasa di stesen 7
  8. stesen 7 - kaji selidik - yang nie la yang paling lama, antara 1jam sehinggalah 2 jam...bergantung kepada jawapan peserta. - Soalan-soalannya sungguh tidak terjangka...memang menguji tahap kecerdasan fikiran dan ingatan. Bayangkan soalan yang bertanyakan tempat tinggal kita dari lahir sehinggalah sekarang. Kalau tinggal kat kampung, apa nama kampung, berapa tahun tinggal kat situ, alamat kampung, poskod dsb, lepas tu tanya pulak tempat tinggal seterusnya, kalau duduk hostel - sekolah kat mana, alamat sekolah dsb....sampailah alamat tempat keje sekarang. Lepas tu pulak tanya, sekitar 100 meter dari rumah ada tak pencawang letrik, industrial zone dan tempat2 pencemaran yang lain....memang kene flash back banyak tahun la nie....
dari jam 10am sehinggalah selesainya pada jam 330pm....
dapat info serba sedikit dari staf di sana, setakat ini penyertaan baru jer 40 ribu, dan masih jauh lagi dari sasaran untuk mendapatkan penyertaan sebanyak 100 ribu rakyat malaysia yang berumur 35 tahun ke atas...
so, kalau ada yang nak menyertai program ini, bolehlah menghubungi COHORT MALAYSIA di HUKM, Tingkat 7 di Hospital UKM di Bandar Tun Razak di talian 03-91710415 atau 1800-88-2007.
Road show ke Sarawak telah diadakan selama 2 minggu yang lepas....cumanya tak tahu jer diorang buat kat sana. Kalau tahu lebih awal bolehlah disebarkan kepada sedara mara kaum kerabat kawan-kawan yang ada di sana :-) 

No comments: