20 July 2010

Punctuality is a culture....

Assalamua'alaikum,

lama betul dah tak menulis di sini....cumanya menulis di dalam ruangan journal peribadi sahaja mengenai catatan pengembaraan dan perjalanan semasa...sekarang nie, sementara tengah rehat bagus juga saya coretkan sesuatu di sini...:-)
Hibernasi dari blogging lebih kurang sebulan di negara orang memberi peluang kepada saya membuka mata, minda dan fikiran di dalam kehidupan....

Negara matahari terbit yang dilawati, amat berbeza sekali dengan suasana di negara sendiri....negara yang tidak mempunyai agama rasmi, tetapi saya berpandangan cara kehidupan seharian mereka yang lebih Islam dari orang Islam kita sendiri di dalam beberapa sudut dan nilai. Contohnya ketepatan masa.
Orang di negara matahari terbit ini mementingkan ketepatan masa di dalam apa jua aktiviti seharian dan lebih-lebih lagi di dalam kerja. Ketepatan masa menjadi begitu rutin di sini sehinggakan bas yang kami naiki akan bergerak tepat pada waktunya tanpa menunggu sesiapa sahaja. Setiap kali lambat walau hampir seminit, pemandu bas akan sentiasa melihat jam dan jadual bas tersebut bagi memastikan setiap minit yang tertera dipatuhi dan ditepati.
Kelas yang kami hadiri perlu hadir 15minit lebih awal atau sebelumnya. 

Hadir tepat pada masanya adalah lambat di dalam budaya negara matahari terbit ini dan hadir tepat pada masanya adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Dan hadir tepat2 pada masanya dianggap lambat, apatah lagi lambat 1 minit akan dianggap luar biasa lambatnya. Ketepatan masa seringkali di tekankan setiap kali selesai sesuatu sesi atau kelas atau lawatan dan peringatan diberikan kepada semua mengenai jadual untuk keesokan harinya dan sentiasa diingatkan supaya tidak lambat. 
Cuba lihat jadual keretapi kat atas nie - keretapi tiba pada jam 10:21am...dan kebanyakannya akan dijadualkan mengikut minit seperti 10:43am, 11:22am dan sebagainya.

Pandangan peribadi saya, budaya kita tidak menekankan ketepatan masa di dalam menjalankan tugasan seharian apatah lagi di dalam kerja. Mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 9am, seringkali bermula jam 905am, atau lebih lewat dari yang dijadualkan...lebih-lebih lagi bila ada orang2 besar yang hadir mesyuarat tersebut yang sudah biasa datang lambat dari kebiasaan.

Bagi rakyat di negara matahari terbit ini, masa dikira berdasarkan minit dan bukannya setengah atau suku jam atau 1/10 jam dan sebagainya. 1 minit lambat sudah dikira membuang masa dan boleh menyebabkan mereka kerugian berbillion yen. Pengankutan di sana sangat efektif...penyedia pengangkutan samada bas atau keretapi atau yang lainnya berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan menepati masa. Pelancong atau yang datang bertandang di negara itu barangkalinya tidak mempunyai masalah sekiranya menaiki pengangkutan awam yang disediakan kerana ketepatan masa di dalam menjalankan operasi tersebut, cuma yang menjadi masalahnya adalah kekeliruan di dalam membaca dan memahami trek jalan keretapi yang agak rumit dan bersimpang siur menjadikan kita kadang-kadang sesat. Pun begitu, tidak menjadi masalah juga kerana warganya amat ringan tulang di dalam memberikan pertolongan.

Entri yang lain nanti, InsyaAllah, saya akan berkongsi pengalaman mengenai kebersihan pula...:-)

No comments: