21 May 2010

I HAVE A STAGE FRIGHT SYNDROME!

Assalamu'alaikum dan Salam Hari Jumaat Yang Barakah...InsyaAllah!

Hari ini, untuk separuh harinya merupakan Hari Public Speaking. Awal bangun hari nie...nasib baik malamnya tak mimpi ngeri mengenai Public Speaking nie.
Dan hari ini juga, luar biasa trafiknya...dari rumah ke Bukit Kiara mengambil masa lebih kurang sejam...berbanding dengan 2 hari lepas. Kebiasaannya bila dah hujung minggu trafik berjalan lancar, tapi tak tahula kenapa hari nie trafik seperti hari bermulanya kerja.
Dalam kereta, sambil-sambil memandu tu, sambil makan...sambil bercakap sorang-sorang pasal topik yang akan disampaikan nanti....tambah dengan mengantuk lagi...hmmmm. Ni la yang tak suka bila kene bercakap depan orang, lagi-lagilah depan panel yang akan pastinya memberi markah penilaian....hmmm, keluarkan nervous sekarang, bila masa speech nanti, takde la nervous sangat.

Saya menyampaikan tajuk "Why Projects Fail" di dalam skop pengurusan projek. Interesting topic i guest...
Banyak lagi sebenarnya tajuk yang boleh dipilih, sebanyak lebih kurang 25 tajuk yang boleh dipilih. Kawan-kawan yang dah mengikuti kursus memberikan sedikit sebanyak tips di dalam Public Speaking nie. Antaranya : pilih tajuk yang boleh kita kaitkan dengan kerja semasa kita supaya bila kita memberikan contoh, kita boleh kaitkan dengan situasi kerja semasa. ataupun pilih tajuk yang dekat dengan kita, supaya kita boleh berikan contoh yang dekat dengan kita.
Giliran saya adalah giliran yang ke-3, antara yang terawal...tu yang buat sejuk kaki tangan. Public Speaking atau pengucapan awam atau speech adalah antara aktiviti atau program yang paling saya tidak gemar...I HAVE A STAGE FRIGHT SYNDROME! Setiap kali ada pengucapan awam, setiap kali tu la jantung berdegup kencang, kaki tangan sejuk memanjang, ketar nya jangan cakap la....nak cover ketar dan nervous, terpaksalah kertas kat tangan jadik mangsa renyukan! Bermasalah betul bila nak kene bercakap depan orang nie, apatah lagi kita tahu pengucapan kita dinilai dan diberi markah...hmmmm! camner nak atasi ya?
Sebelum pengucapan...banyak kali dah baca ayat-ayat, tariik nafas panjang-panjang....bila berdiri kat depan, blank sekejap....tarik nafas panjang, then tengok nota...dengan lafaz BismillahirRahmanirRahim, tengok nota lagi dan lagi dan lagi....masa 10 minit terasa panjang sekali, terasa seperti 10 jam...nak habiskan speech tersebut, masyaAllah, lama betul...tapi kene teruskan jugak sehinggalah tamat masa yang diberikan.
Tajuk dah OK, Speech content pun rasanye dah OK dan saya suka menyelitkan quotes or saying di dalam speech, yang TAK OK nya tuan empunya badan....darah gemuruh betul bila nak kene berucap nie!
Alhamdulillah, ujian hari nie dah selesai....ada 2 lagi presentation nak kene hadapi minggu depannya! Doakan saya yee! :-)
Wallahua'lamuma fil qalbi...

19 May 2010

Malaysia COHORT Program...

Last monday, went for a medical check-up under COHORT program di HUKM...
huh...lama sungguh tak buat medical chec-up, seingatnya 5 tahun yang lepas...tu pun disebabkan accident motor dan masuk hospital..
pagi tu dengan semangatnya pegi HUKM...setiba kat HUKM, penuh nya parking pagi-pagi nie. Ramainya orang yang sakit, ker, ramai yang  melawat pesakit....
sampai ke COHORT centre....perkara pertama yang dilakukan = mendaftar....
seterusnya:

  1. isi buku borang - panjangnya soalan yang nak kene jawab 
  2. tunggu giliran di panggil utk dapatkan no pendaftaran
  3. stesen 2 - taklimat dari urusetia, dapatkan no giliran
  4. stesen 3 - urine test dan blood sample. Masa nak ambik sampel darah nie la....3 kali kene cucuk kat lengan, tak jugak keluar darah....last2 kene cucuk kat belakang tapak tangan pulak, barulah laju jer darah keluar. Yang kat lengan dah bengkak dah....
  5. stesen 4 - ujian kekuatan paru-paru - baru tahu camner nak uji kekuatan paru-paru :-)
  6. stesen 5 - ujian jantung - habis penuh satu badan dengan wayar-wayar dan penyepit...
  7. stesen 6 - ujian internal body - lemak, muscle dsb - yang nie kene berdiri atas machine, depakan tangan dengan alat pengukur yang akan mengukur lemak, air, otot dalam badan...pergh, banyak jugak lemak nak kene keluarkan! Dari stesen 6, nak ke stesen 7 memang kene menunggu agak lama....disebabkan masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam semasa di stesen 7
  8. stesen 7 - kaji selidik - yang nie la yang paling lama, antara 1jam sehinggalah 2 jam...bergantung kepada jawapan peserta. - Soalan-soalannya sungguh tidak terjangka...memang menguji tahap kecerdasan fikiran dan ingatan. Bayangkan soalan yang bertanyakan tempat tinggal kita dari lahir sehinggalah sekarang. Kalau tinggal kat kampung, apa nama kampung, berapa tahun tinggal kat situ, alamat kampung, poskod dsb, lepas tu tanya pulak tempat tinggal seterusnya, kalau duduk hostel - sekolah kat mana, alamat sekolah dsb....sampailah alamat tempat keje sekarang. Lepas tu pulak tanya, sekitar 100 meter dari rumah ada tak pencawang letrik, industrial zone dan tempat2 pencemaran yang lain....memang kene flash back banyak tahun la nie....
dari jam 10am sehinggalah selesainya pada jam 330pm....
dapat info serba sedikit dari staf di sana, setakat ini penyertaan baru jer 40 ribu, dan masih jauh lagi dari sasaran untuk mendapatkan penyertaan sebanyak 100 ribu rakyat malaysia yang berumur 35 tahun ke atas...
so, kalau ada yang nak menyertai program ini, bolehlah menghubungi COHORT MALAYSIA di HUKM, Tingkat 7 di Hospital UKM di Bandar Tun Razak di talian 03-91710415 atau 1800-88-2007.
Road show ke Sarawak telah diadakan selama 2 minggu yang lepas....cumanya tak tahu jer diorang buat kat sana. Kalau tahu lebih awal bolehlah disebarkan kepada sedara mara kaum kerabat kawan-kawan yang ada di sana :-) 

14 May 2010

M.A.S.A...

Salam Ukhuwah...


Petang tadi sementelah menunggu ketibaan sahabat lama di sebuah pusat membeli belah...terlihat lah satu famili yang sangat familiar mukanya dilihat dari jauh...rupa-rupanya teman sepejabat kat tempat lama...

lama lama jugak nak ingat nama officemate lama...akhirnya ingat jugak nama dia
Alahaiii...chomelnya anak-anak dia :-)
sekarang nie, dia sambung belajar kat IPTA...anaknya dah 2 orang, masa satu offfice dulu kecik lagi yang sulong sekarang nie dah 5 tahun dah....hmmmm....cepatnya masa berlalu tanpa disedari...borak-borak sekejap...memasing rasa macam baru jer keluar dari tempat lama....terasa sekejap nya masa melalui kitorang...
dalam setengah jam menunggu, sampailah sahabat lama dari jauh dengan familinya...
bila tengok anak-anak member tu, memasing dah semakin besar...pantasnya masa berlalu
"umur pun dah semakin berkurang, amal pulak bagaimana la agaknya aku nie...." bermonolog aku sendiri di dalam hati...

terasa juga macam baru semalam jer keluar dari tempat lama...tup tup, dah setahun dah bertugas di tempat baru...

benarlah dunia sudah hampir ke penghujungnya...
masa semakin singkat...dan terasa seperti baru semalam dilahirkan...
ayat-ayat seperti ini biasa di dengar sekarang -
"rasa macam baru semalam kita gi makan kat situ or sini..."
"rasa macam baruk jak sekejap kita sama-sama di sekolah menengah..."
"rasa macam baru jer jumaat, dah jumpa jumaat lagi..."
"eh, bukan kita baru jumpe ke semalam???..." dan sebagainya

Demi masa!

Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)

Sungguh, benarlah kita sentiasa berada di dalam kerugian....kecuali orang yang saling berpesan-pesan dengan kesabaran....

Sungguh, benarlah kita sentiasa berada di dalam kerugian, kiranya dunia menjadi tempat pergantungan kita...dan dunia juga yang kita kejar...
Sungguh, benarlah kita sentiasa berada di dalam kerugian, kiranya dunia yang bertindak sebagai jambatan kita ke akhirat...kita jadikan sebagai rumah abadi kita sedangkan di seberang sana menunggu rumah abadi yang sebenar....
Sungguh, merugilah kita jika dunia yang dikejar....harta yang banyak, kerja yang tak pernah selesai dan anak-anak yang ramai yang menjadi perlumbaan kita di dunia....hingga kita lupa, dunia abadi kita sentiasa menanti kita di saat nyawa kita terhenti...

Bila teringatkan masa-masa yang telah berlalu...terasa betapa banyaknya masa yang berlalu dengan rugi begitu sahaja, dan banyaknya masa yang dihabiskan dengan sia-sia, dan sungguh...begitu banyak juga dihabiskan dengan berbuat dosa...

Dan...sungguh MATI itu pasti, Hidup itu belum tentu lagi kepastian untuk keesokan harinya!

12 May 2010

Hidup tetapi MATI...

Hidup tetapi mati.....
seorang kawan pernah berpesan - hidup janganlah seperti mati...tidak bergerak dan tidak mampu digerakkan oleh sesiapa pun
kehidupan yang ada disia-siakan dengan:


  • kemurungan
  • kesedihan
  • kekecewaan
  • kemalasan
  • kejahatan


hidup tetapi mati....umpama berhenti untuk terus berusaha, sedangkan mungkin usaha itu sedikit lagi akan dapat digapai dan dicapai...

kesakitan bukanlah alasan untuk kita terus FULL STOP dalam kehidupan kita

merenung masa depan dalam kesakitan...barangkali membuatkan kita menghargai saki baki hari-hari yang ada sekarang ini....

muhasabah diri dalam kesakitan...barangkali membuatkan kita rasa sesal dengan perkara-perkara yang kita lakukan sebelum ini, barangkali juga membuatkan kita rasa kesal kerana tidak sepenuhnya mengisi masa-masa yang ada dengan sebaiknya...barangkali juga kita jadi semangat untuk merubah masa yang ada dan mungkin juga masa depan kiranya diizinkan untuk sepenuhnya tenggelam dalam perjuangan yang tak pernah akan selesai - battle of the nafs dan perjuangan untuk Ad-dinul Islam...
Wallahua'lamu ma fil qalbi.