13 April 2010

349 hari mencari cinta – Tinggikanlah nilai cinta kita…

Baru-baru ini, kita digemparkan lagi dengan kes pembuangan bayi di Hulu Selangor di saat kawasan tersebut sibuk dalam berkempen utk meraih undi, kes isteri disimbah asid oleh sang suami dan bermacam-macam lagi…

Saya berpandangan, rendahnya nilai cinta manusia masa kini…

Cinta yang ada dibazirkan sehingga melahirkan anak tidak sah taraf dan untuk menutup kesalahan cinta tersebut anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman ibu dan ayah mereka. Sayangnya sperma lelaki dibazirkan dan disepah-sepahkan di mana-mana tanpa channel yang betul, kasihannya perempuan yang rela tubuh badannya dirakus, dirobek dan dipermalukan dengan sesuka hati lelaki walhal, Allah mengangkat tinggi martabat perempuan yang mampu menjaga dan memelihara diri mereka….rugi lah lelaki dan perempuan ini didunia, lebih rugi lagilah mereka di akhirat nanti sekiranya mereka tidak bertaubat dan tidak sempat bertaubat semasa di dunia…Astaghfirullah!

Perempuan, wanita, gadis dan apa-apa sahaja yang dipanggilkan kepada kaum hawa….peliharalah diri masing-masing, kerana harga diri itu terlalu mahal untuk diperdagangkan, direndahkan dan disepahkan ke merata-rata…!
Lelaki, jejaka, teruna dan apa-apa sahaja yang dipanggilkan untuk kaum Adam…jadilah seoarang pelindung kepada kaum hawa, jadilah diri itu tinggi dengan meninggikan darjat kemuliaan, kerana kamu dilahirkan untuk menjadi Khalifah di dunia, memakmurkan bumi dan seisi alamnya dan bukannya menjadi perosak dan merosakkan manusia yang lain….!

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).- Al-Isra’ 17:32-

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. – Al-An’aam 6 :152-

Suami pelindung isteri, isteri pula menjadi penyokong suami di dalam kehidupan sehari-hari…they compliment each other…dan bukanlah suami berkuasa ke atas isteri sehingga merendahkan darjat isteri sendiri, isteri bukanlah tempat untuk melempiaskan segala jenis nafsu secara halal…kiranya begitu tujuan cintanya….maka, tidak hairanlah isteri didera oleh suami, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya, dipukul, dibelasah tanpa belas kasihan…cinta dan kasih sayang yang telah bertukar menjadi nafsu…begitu juga sebaliknya. Andainya suami dan isteri tersebut memahami keperluan dan tanggungjawab perkahwinan mereka itu, alangkah indahnya…hidup dengan perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. – Ar-Rum 30:22-

Oleh itu, tinggikanlah nilai cinta….dan semarakkanlah nilai cinta tersebut dengan HablumminAllah, wa HablumminarRasul, wa HablumminanNaas, wa HablumminalAkhirat....

Wallahua’alam.

No comments: