18 April 2010

348 hari mencari cinta - ucapkanlah cinta sebelum terlambat...

Salam ukhuwah buat semua...

Ironi kan, bila orang yang kita sayang telah tiada, kita mengenang-ngenangkan kebaikan mereka, kecintaan mereka terhadap kita, kasih sayang mereka pada kita...walhal semasa hidupnya, kekadang kita mengambil sikap ambil ringan mengenai kecintaan, kasih sayang dan kerihatinan itu....

Kadang-kadang kita bersikap remeh dengan orang-orang yang menyayangi kita...kerana merasakan esok sentiasa ada buat kita sehingga kita lupa untuk menghargai setiap detik dan ketika bila berada di sekelilling orang-orang yang menyayangi kita - keluarga kita, sahabat-sahabat kita, kawan-kawan kita, kaum keluarga kita dan yang lain-lainnya...

Rasulullah SAW bersabda; “Allah berfirman: cintaKu pasti akan mereka perolehi bagi orang yang saling mengasihi kerana Aku, saling mengunjungi kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku”.

Daripada Amru bin Jumuh r.a, Rasulullah SAW bersabda;
“Seorang hamba tidak akan mendapat keimanan yang benar sehingga dia cinta dan benci kerana Allah. Jika dia cinta dan benci kerana Allah, dia berhak mendapat perlindungan Alah”.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: 
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Rasulullah SAW ada bersabda;

“Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kutunjukkan amalan yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu”. 

Ucapkanlah cinta, ucapkanlah sayang, ucapkanlah kata-kata yang sentiasa menyemarakkan cinta dan semangat kepada mereka yang prihatin dan mengambil berat tentang kita...

Cinta bukan hanya pada kekasih duniawi kita sahaja...
Cinta agung hanyalah pada Allah swt dan Rasul saw... - HablumminaAllah wa HablumminarRasul
Cinta yang menuju ke arah cintakan Allah swt dan Rasul saw...
Cintakan keluarga, sahabat2, kawan2, saudara seagama dll juga diperlukan - Hablummninnaas - hubungan sesama manusia...

Buat ibuku, cintaku padamu sentiasa mengalir di dalam darahku...walaupun kekadang tak terucap pada dzahirnya, namun aku tahu cintaku utuh buatmu...kerana kamu yang sanggup menggadaikan nyawa melahirkan aku sehingga aku menjadi manusia sempurna di matamu...

Buat keluargaku, aku cintakan kamu semua...walau jauh di perantauan, gelombang cinta itu sentiasa mengalir merenangi Laut China Selatan, terbang bersama angin malam dan siang, dan sentiasa berada diruangan angkasa memayungi persekitaran di sana...

Buat sahabat baikku, cintaku padamu sentiasa ada dikala susah dan dikala senang, dikala kau memerlukan pandangan, teguran dari cacat cela yang tidak ternampak oleh mu, disaat kau memerlukan pandangan yang jujur dan benar...moga semuanya lebih utuh ikatannya kerana Allah swt...InsyaAllah!

Buat sahabat-sahabatku, aku cintakan kamu semua...walau di mana sahaja kamu berada, ukhuwah fillah dan ikatan hati yang kuat kerana Allah swt tidak akan mampu diputuskan talinya oleh syaitan durjana...moga ukhuwah ini sentiasa kukuh dan bertambah kuat sehingga kita mampu masuk syurga bersama-sama...

Buat anak-anak buahku, udak cintakan kamu semua...kerana kamulah harapan agama! semoga kecintaan ini akan membuahkan semangat juang yang tinggi di dalam mengharungi fitnah kehidupan yang datang dari pelbagai arah, bentuk dan rupa...hiduplah di dunia ini untuk kehidupan yang lebih abadi di akhirat sana, gapailah syurga dunia ini untuk menggapai syurga yang lebih abadi kekal selamanya!

Wallahua'lam...akhir kalam

No comments: