22 December 2009

Travellingbie : Siri Jelajah Utara--Cheras-Kuala Kedah-Langkawi-G.Semenggol-Ipoh-KL-Zoo Negara-Cheras

salam buat semua,
rasanyer dah lama benar tak menulis dan menukilkan sesuatu di alam cyber. dek kerana kesibukan melayan tetamu dari seberang (heh...actually dari kampung jer), sampai tak sempat nak update sebarang berita atau berkongsi ilmu dengan kawan-kawan semua. pun begitu....tetamu yang datang bertandang perlu dimuliakan...:-) betul tak?

3 minggu kakak dan anak sedara dok bercuti di semenanjung...macam2 aktiviti setiap ujung minggu.

5-7 Disember 2009
Minggu pertama tu - siri jelajah utara - mengambil masa lebih kurang hampir 7 jam ke utara and to be specific ke kuala kedah, ingatkan nak terus ke ujung perlis, tapi kakak nak menyeberang ke Langkawi....kita layannnnnzz....heh, best jugak tetiba gi langkawi, adhoc jer tanpa rancangan apa2...sampai kat jeti, booking kereta dan tempat penginapan. nasib baik la LIMA baru jer nak habis hari kitorang sampai tu, tu pun hotel penuh dan harga naik mendadak...so, kitorang takleh nak expect la dapat hotel molek dengan harga yang cun melecun. nasib baik jugak dapat la tempat penginapan walaupun agak scary dan tak sepadan dengan harga yang dibayar...semalam di langkawi rasa macam tak cukup jer masa jelajah langkawi...tapi semalam yang pendek tuh kitorang gunakan dengan sepenuh2 nya...balik hotel utk tidor jer. kali nie tersesat pulak sehingga puncak gunung raya...atas puncak pun ada resort exclusive pulak tu...sempat la jugak beraksi dengan kereta jaguar guest yang menginap di situ...kot ler kene tempias nanti, tak dapat jaguar dapatla keta rimau ker nanti...hehehehe. baliknya keesokan harinya...feri penuh dengan penumpang, rasa macam overload pulak feri masa balik ke kuala kedah tu. Masa pegi best jer sebab feri hampir kosong...tak penuh, boleh duduk memana jer. kalau dari Kuala Kedah, perjalanan ke langkawi mengambil masa selama 1 1/2 jam...kalau ikut kuala perlis dalam 45min jer...tapi sebab dah pernah naik feri dari kuala perlis, kali nie try dari kuala kedah pulak...
Percutian di langkawi, tak lengkap kalau tak jupe pak lang kat dataran helang...beli coklat di Hj Ismail Pekan Kuah dan jugak makan cendol dan laksa kat sebelah airport langkawi tu...so, sesapa yang nak bercuti di langkawi...bolehlah singgah di pekan kuah dan tempat2 menarik di langkawi...banyak lagi tempat yang kitorang tak sempat nak explore..almaklum, perginya pun tak dirancang...:-) puashati jugak kakak, memborong coklat utk dibawa balik ke kampung nanti...
Esok petang nya balik ke KL, tapi singgah sekejap ke alor star...melihat suasana malam di alor star, teruskan perjalanan...tapi dah dekat tengah malam, mata driver dah mengantuk, bawak kereta pun macam terhoyong hayang jer...nasib baiklah ada highway hotel kat RnR G.Semenggol...tido semalam di sana, singgah sekejap di Ipoh then terus balik ke KL...sampai di KL, sempat pulak tu singgah di zoo negara...:-)

Perjalanan bagi siri jelajah utara minggu pertama tamat dan Alhamdulillah selamat! Foto-foton dan aksi-aksinya boleh dilihat di
http://picasaweb.google.com/bieeyah/MisiJelajahUtara57Dis2009

1 comment:

Anonymous said...

I really like ur trip....so adventures......and fun....