28 December 2009

Travellingbie : Siri Jelajah Selatan - Singapura

setelah jelajah utara dan Jakarta-Bandung, kali nie, jelajah selatan - singapura pulak...

Khamis - 17 Disember 2009
Balik dari kerja jam 6pm terus jelajah selatan....tukar baju dulu kat RnR Ayer Keroh dalam maghrib d sana....penat tak yah cakap ler, nasib baik ler semangat tuh kental lagi..hehehehe

perjalanan dirasakan agak jauh...meredah kegelapan malam hanya disinari lampu neon dari kereta dan lori yang teramat laju di lebuhraya...mata dah penat dengan silau, nasib baik la ada lagu-lagu best dalam kereta...

sampai di tol skudai lebih kurang jam 11pm...
terus contact member tanya jalan ke rumah dia, nasib baikla senang jer nak carik rumah....jam lebih kurang 1130pm sampai ke rumah member...disambut oleh anak kembar dia yang comel dan nakal...tak tido2 lagi rupernyer...segar bugar lagi mata...aku dah penat mata dah dari siang tadi di ofis, terus drive sampai ke tengah malam...

lepas borak-borak dan minum-minum, kami rehat dulu sebelum menyambung perjalanan ke singapura keesokan harinya...

Jumaat - 18 Disember 2009
jam 630am, kami dah bersiap2 selepas subuh utk ke stesen bas larkin. Breakfast dulu, kemudiannya dalam jam 7am bertolak ke stesen bas larkin...hari masih gelap lagi diselang selikan dengan hujan.

jam 720am sampai ke stesen bas larkin, kami terus membeli tiket bas ke singapura di kaunter paling hujung sekali. Bagi orang dewasa tiketnya RM2.40 dan kanak-kanak RM1.20.

dalam bas, sempat lagi melelapkan mata...sehingga tiba di imigresen malaysia, kami dikehendaki keluar utk pemeriksaan, then turun ke tempat menunggu bas utk ke singapura pulak...proses mengambil masa lebih kurang 15 minit je, tapi nak menunggu bas tu lagi lama...jenuh jugak menunggu bas ni!

selepas itu, proses diteruskan dengan pemeriksaan di imigresen singapura...nak kene isi borang lagi...lama jugak la kat sana, then queue utk naik bas lagila lama dan panjang...hmmmm, tak tahula kenapa nak naik bas kali nie...huhuhuhu...

sampai di stesen bas Queen Street lebih kurang jam 930am...
dari Queen Strt dah nampak dah raffles hospital, kami singgah makan dulu di Raffles Hospital...nasib baik ada roti prata...kenyang jugakla perut kami sebelum meneruskan misi jalan-jalan di singapura.

di MRT Bugis, kami membeli tourist day pass utk 1 hari perjalanan sebanyak SGD18 dan keesokannya boleh dikembalikan kad tersebut utk mendapatkan kembali SGD10 depositnya.

kali nie, naik dari hujung MRT sehingga hujung yang satu lagi....then ke MRT Eunos utk check in hotel dulu di Hotel 81 Tristar Jo CHiat Road. Dari MRT Eunos ke Hotel 81 Tristar mengambil masa lebih kurang 15minit dengan berjalan kaki. nasib baik ada bas yang melalui jalan tersebut...anak sedara pulak nak naik bas 2 tingkat...layan jer la!

Check in hotel dulu, then rehat sekejap seterusnya kami meneruskan perjalanan dengan menaiki bas 2 tingkat...yang nie main redah jer, tak tahu bas tu pegi mana....bas melalui jalan geylang...di tingkat atas bas, nampak dengan jelasnya jalan2 dan bangunan-bangunan yang kami lepasi...berhenti di perhentian bas berhampiran Masjid Sultan, kami singgah dulu di Arab Street, Burma Street...

Masjid Sultan sekarang nie dah canteq dah!
Kakak pulak borong kain di Arab Street...lama jugak la menyinggah di kedai kain Aladdin tu...! selepas puas memborong, kami singgah makan nasi beriani dulu sebelum solat dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...China Town!

Di China Town...memborong souvenir pulak utk dibawa balik ke malaysia...
aku pulak, gatal kaki masuk kedai kamera...tersambar la pulak wide angle lense dan circular yang boleh menipiskan lagi bank akaun...huhuhuhu...tapi puas hati juga dengan resultnya...:-))
lepas nie kene dok diam jer la

dari China Town, kami ke Merlion...lepak2 dan sesi fotografi sekejap dengan mak singa dan anak singa..:-) sesi fotografi berjalan dengan lancar...hehehehe...kali nie kami naik bas pulak dari merlion, naik jer bas 2 tingkat yang pegi ntah mana2...akhirnya bas membawa kami ke harbour front...rasanyer kami turun dari bas tu terus masuk ke Shopping mall, tak ingat nama...mak aihhh, ramainya manusia yang shopping utk krismas...pusing2 sekejap....then rasa macam takde bende nak beli, kami balik ke eunos menaiki MRT. kalau nak bas memang sesat ntah memana lagi lepas tu.

muka memasing dah penat dah...ingatkan boleh sambung lagi ke Orchard Road...kat situ lagi happening, tapi kakak dan anak sedara dah letih dah...akhirnya jam lebih kurang 9pm balik ke hotel, berendam dan rehat-rehat dulu....

Sabtu - 19 Disember 2009
Pagi - sarapan di Hajah Maimunah - banyak betul lauk kitorang makan pagi nie. tengah makan-makan, terserempak pulak dengan member, diorang pun jalan-jalan jugak di singapura minggu yang sama, tapi naik kapal terbang...borak2 jap...

lepas makan, balik semula ke hotel, kemas2 barang, then dalam jam 10am, check out dan berjalan menuju ke MRT Eunos utk ke MRT Bugis. Dari MRT Bugis, refund balik tourist pas, dapat la balik SGD10, then terus ke stesen bas Queen Strt utk kembali ke JB....another long journey to go...penat seh naik turun bas nie...

sampai di Stesen bas larkin dalam jam 130pm, singgah minum sekejap, then naik teksi ke rumah member RM15.00. then rehat sekejap...terasa dah sakit-sakit dah badan nie, lepas asar gi carik SUp Gearbox pulak...nasib baik jumpa dan singgah sekejap di Plaza Angsana mencari otak-otak...malangnyer otak-otak hj wahid dah habis dah! frust jugak la....

balik dari Plaza Angsana, member dah siap masak mee bandung dah...hehehe...rezeki lagi!

rehat dulu malamnyer, sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL keesokan hari nya...

thanks to maah dan sekeluarga...lain kali mun ada rezeki kamek orang menyinggah lagi! :-)

No comments: