23 June 2009

Sukanye...

pernah terfikir kenapa kita sukakan seseorang?...baru je nak suka....
suka tengok perangai dia
suka tengok muka dia
suka dengar suara dia
suka lihat gerak geri dia
segala-galanyer tentang dia, kita suka....

kenapa kita suka?
apa yang menyebabkan kita suka?
apa yang ada pada dia menyebabkan kita suka sangat...???

selalunya kita tak ada jawapan utk semua persoalan tu...kalau ada pun, bukan semuanyer ada jawapan...
kita suka tengok perangai dia, tapi orang lain tengok biasa je...atau kawan-kawan kita tengok, takde istimewanya...atau yang lebih teruk lagi mengatakan kita buta!
kita suka tengok muka dia, tapi...bagi orang lain tengok takde la secomel mana atau se-handsome mana atau semanis mana pun...
segala-galanyer kita suka, sedangkan orang lain biasa-biasa aje dengannya...
kenapa ye????
kenapa takde jawapan yang rational yang boleh diberikan?
kenapa tak ada satu jawapan pun yang boleh memuaskan hati semua orang?
kenapa tak ada jawapan untuk soalan-soalan tersebut yang boleh diberikan markah penuh?
kenapa ye????

anda ada jawapan?....
kalau ada, kongsilah bersama...:)

bagi saya, tidak ada jawapan yang salah atau betul...
mungkin sahaja semuanya betul dan benar...

itulah yang dinamakan perasaan...
perasaan di dalam hati kita
perasaan yang kita ada terhadap seseorang...
perasaan suka...yang belum tentu akan membuahkan cinta dan sayang
perasaan suka...yang mungkin juga hanya sementara
perasaan suka...yang mungkin juga berkekalan dan berpanjangan
perasaan yang ada dalam diri kita yang sukar kita ekspresikan...
bisa aje kita luahkan...saya suka awak! itupun kalau kita cukup berani utk mengeluarkan ekspresi tersebut kepada orang yang kita suka...

Suka...
tahap yang bagaimana?
suka biasa-biasa je
suka yang luar biasa...

suka biasa-biasa jer...mungkin yang sementara sebelum kita berjumpa atau bertemu dengan orang yang lebih kita suka...

suka yang luar biasa...mampu membuahkan satu perasaan yang luar biasa sifatnya...samaada kita bahagia atau kecewa!

kalau anda sukakan seseorang...pilihan anda untuk pendamkan atau luahkan!
simpan sendiri tidak menghasilkan apa-apa, dan boleh dikatakan anda syok sendiri! betul ke?

memilih untuk diluahkan...hasilnya - bahagia/gembira atau kecewa
kalau hasilnya positif...Alhamdulillah...anda boleh bergerak ke satu tahap yang seterusnya...suka -> belajar untuk bercinta ->mencinta ->bahagia / derita / kecewa

kalau hasilnya negatif...jadilah manusia yang tidak kenal putus asa...cuba dan cuba lagi, yang pentingnya pengalaman ditolak, atau keputusan negatif yang diterima dan tidak memberansangkan dari seseorang yang kita suka, tidak seharusnya menjadi titik noktah kita untuk mencari bahagia...

senangnya berkata-kata kan...:-))
tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mengalami satu perasaan yang dinamakan kecewa...serikkah mereka??? atau sentiasa cuba dan mencuba sehingga berjumpa bahagia???

alangkah indahnya jika perasaan suka kita itu...juga berlaku pada kita di dalam kita menyukai Sang Maha Pencipta...di dalam kembara kita mencari apa yang dinamakan CINTA HAKIKI!
kita suka sangat dan tak sabar nak jumpa Dia setiap masa...
kita suka sangat mendekati Dia...kerana kita tahu, Dia sentiasa mendengar luahan hati kita...
kita tak sabar menunggu setiap kali saat berjumpa denganNya...

itu baru jer suka...
bagaimana pula kalau cinta???
lagi hebat perasaan cintanya, ketika mana kecintaan kita mampu ditujukan kepada Yang Maha Pencinta hamba-hambaNya...Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Wallahua'lam

Selamat menyambut kedatangan Rejab yang pastinya peluang untuk kita meningkatkan kesukaan kita sehingga ke tahap kecintaan yang sepenuhnya kepada Al-Khaliq, Ar-Rahman, Ar-Rahiim...Allah s.w.t...InsyaAllah!

No comments: