10 March 2009

Travellingbie : Part 2:: Nanggroe Aceh - A Historical Visit

Hari ke-2 di Nanggroe Aceh yang juga dikenali dengan Tanah Rencong dan Serambi Makkah telah menjadi hari yang paling panjang sepanjang berada di sini.

Before that, we went to the receptionist to pay 300k for the second day.

Breakfast at 830am at Koetaradja Cafe - Meehoon and Fried Rice + Aceh bread + Aceh Coffee + Keropok yang sedap.

9am - bapak teksi motor nya telah menunggu untuk membawa kami bersiar-siar di sekitar Banda Aceh dan tempat-tempat bersejarah sepanjang hari seperti yang telah dijanjikan semalamnya dengan kos 100k.

Cut Nyak Dhien::
Destinasi pertama kami di Cut Nyak Dhien, replika rumah Serikandi Aceh yang terletak di Lam Pisang tidak jauh dari Banda Aceh. Perjalanan mengambil masa hamper 1/2 jam memandangkan kami hanya menaiki beca motor yang kelajuannya hanya 40km/j.

Menikmati suasana pagi sabtu yang merupakan hari libur bagi yang bekerja ditambah dengan cuaca yang cerah dan sepoi-sepoi bahasa serta debu-debu jalanan, seumpama menikmati kopi kaw selepas subuh.

Di kiri kanan jalan kelihatan rumah-rumah penduduk, kedai-kedai dan rumah-rumah kedai yang meronai jalan-jalan sekitar Aceh....hmmm...betul-betul suasana kampung!

Kami sampai di rumah replika kediaman Cut Nyak Dhien sekitar jam 930am.
Malangnya rumah tersebut masih belum dibuka.

Kami berhenti di Kedai Kueh Aceh bersebelahan dengan rumah Cut Nyak Dhien sementara menunggu rumah tersebut dibuka sambil membelek-belek kueh Aceh yang dijual di kedai tersebut.

Pengusaha Kedai Kueh Aceh - pernah bekerja di Kilang Mattel di Pulau Pinang sebelum tragedi tsunami. Patutla percakapannya ada slanga penang...

Dapat pulak geng yang boleh bertutur loghat Malaysia...apa lagi rancakla kami berbual....
Kami juga berkenalan dengan Pak Akob, yang tinggal di belakang rumah Cut Nyak Dhien. Sambil membaca akhbar Aceh, kami berbual mengenai perkara-perkara berlaku di Aceh sebelum dan selepas Tsunami. Disamping itu juga, beliau bertanyakan perihal kami yang datang ke Aceh...boleh tahan jugak pakcik nie, macam-macam ditanya, kami seolah-olah seperti tahanan yang disiasat oleh bapak polisi pulak.

Lama jugak nak menunggu penjaga rumah tersebut datang untuk memberi ruang kepada kami tetamu yang jauh datang menjenguk rumah Cut Nyak Dhien.

Sementara itu, Pak Akob bersungguh-sungguh mengajak kami datang bertandang di rumah nya yang terletak di belakang rumah Cut...

"Ishk...nak tolak pelawaan karang, agak kurang sopan....datang ke rumah pak akob karang, susah-susahkan dia pulak"

Dengan perasaan berat hati, kami menerima jugakla pelawaan beliau...dari luar, rumah Pak Akob nie nampak besar jugak dari rumah jiran-jirannya yang lain. Di belakang rumah Pak Akob nie terbentang kawasan sawah, tetapi disebabkan tiada irigasi / talian perparitan, kawasan tersebut tidak dapat diusahakan dan menjadi tanah terbiar.

"Kesian kan....orang yang betul-betul susah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pemerintah...rakyat malaysia harus dan wajib bersyukur kerana nasib tidak semalang penduduk-penduduk kampung di Aceh nie"
Kami memasuki
rumah Pak Akob dengan berat hati...dia pulak yang beriya-iya menyambut kami. Kelihatannya seperti isteri Pak Akob sedang menyiapkan bahulu untuk tempahan dan dijual di Kedai Kueh Aceh. Bahulu ikan...yang bentuknya seperti ikan, rasanyer jarang dah jumpa kalau kat malaysia, diusahakan oleh isteri Pak Akob. Sebungkus = 6 bahulu ikan dijual dengan harga 5000k kepada kedai tersebut dan Kedai Kueh Aceh akan menjual bahulu tersebut kepada pelanggan dengan harga 6000k. Bayangkan untung sebungkus hanya 1000k sahaja. Kalau ditukarkan kepada duit malaysia adela dalam 28sen sebungkus.

Kami disajikan dengan bahulu yang telah dibakar...sedapnya, tapi...manisnya bahulu diorang nie dan air teh Aceh...duhhh...air teh pun manis sehinggakan tidak mampu untuk dihabiskan. "Agaknyalah...orang di sini manis2 belaka disebabkan suka makan yang manis-manis la kot", aku berkata-kata di dalam hati.

Pak Akob nie, mempunyai 2 orang isteri dan berbelas-belas anak dari kedua-dua isterinya. Isteri yang sorang lagi tinggal di "Lhoknga" - di Lhoknga Pak Akob mengusahakan kawasan tourism / homestay bagi pelancong yang ingin tinggal di dalam dusun / kebun. Menurut Pak Akob, Lhoknga merupakan kawasan tragedi tsunami yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan tersebut. Beruntungnya Pak Akob, dia tiada di Lhoknga semasa kejadian tersebut. Tragedi masih lagi berbekas di hati penduduk-penduduk di sini. Saban hari bila ada pelancong, peristiwa tsunami pasti akan menjadi topik utama. Beberapa orang anak Pak Akob bekerja dengan pemerintah. Walaubagaimanapun, bekerja dengan pemerintah di sini jauh berbeza dengan bekerja dengan pemerintah di Malaysia. Di sini, govt servant hidupnya miskin...menurut Pak Akob lagi, gaji sebulan hanya mampu utk makan selama 15 hari...dan yang selebihnya tidak makan ataupun makan...tetapi dengan suapan tau dengan membuat kerja sambilan. Boleh dibayangkanla...kenapa negara ini menjadi antara top country yang mengamalkan rasuah. Kalau ada govt servant yang bermewah-mewahan itu...tidak tahula punca pendapatan tambahannya dari yang mana... Pak Akob juga bercerita mengenai pengalaman beliau semasa berlakunya krisis di Aceh sebelum Tragedi Tsunami...beliau pernah dipukul oleh Gabungan Angkatan Aceh (GAM) sehingga menyebabkan telinganya kurang pendengaran.

Lama jugak kami di rumah Pak Akob. Setelah membayar kuih bahulu yang kami beli 25000k utk 4 bungkus dan selebihnya tu...paham-paham je la, tak sampai hati pulak nak bagi cukup2...dah la jamu kitorang dengan teh manis dan kuih bahulu, di baginya pulak keropok malinja dalam 1/2 kg rasanyer, terasa kejam la pulak bagi cukup2.

Al-kisah, keropok malinja nie asalnya dari buah. Buahnya diketuk-ketuk sehingga leper, maka...jadilah keropok malinja. ishk...bayangkanlah kalau guna pengetuk manual...nak ketuk satu-satu tu sampai leper dan dijual pulak dengan harga 40k sekg....berbaloi ke????

Selesai ziarah di rumah Pak Akob, InsyaAllah ada rezeki kami datang melawat pak akob lagi...atau kalau ada kawan2 kami yang akan ke Aceh, kami recommend kan untuk melawat pak akob sekeluarga, melihat cara2 pembuatan bahulu aceh + beli keropok malinja yang diusahakan sendiri oleh pak akob di kebun/dusunnya di Lhoknga.

Kami teruskan misi kami dengan melawat rumah Cut Nyak Dhien...
Besar amat rumah nie, dan gambar-gambar bersejarah yang ada di dalam rumah Cut, diberitahukan oleh penjaganya adalah yang original yang diambil dari Belanda.
Replika rumah tersebut menyerupai rumah yang asal yang telah dibakar oleh Belanda...
Menariknya rumah ini:
  • Bilik dayang-dayang - besarnya
  • Bilik Cut Nyak Dhien lagi besar - dan dihiasi dengan motif-motif seni tangan Aceh. Berwarnakan kuning melambangkan keturunan bangsawan Cut Nyak Dhien sehinggakan katil beradu dan tempat bersantap juga berwarna kuning.
  • Tempat mandian - perigi ditinggikan sehingga paras dapur untuk mengelakkan Belanda meracuni air telaga tersebut
  • Interior dalaman yang cukup besar, menggambarkan kaya dan bangsawannya Cut Nyak Dhien ini.
Setelah puas melawat kawasan rumah tersebut dengan dibantu oleh penjaganya, kami beransur meningglkan kawasan tersebut. Sebelum itu, buku pelawat kami tandatangani dan sebelum kami ada pelawat dari malaysia yang datang berkunjung sehari sebelumnya, dan amat memeranjatkan kami, pelawat tersebut berusia lebih 100 tahun.

"Ishk...sapela pakcik tu, sehat lagi berjalan dan berkunjung ke Aceh nie. Teringin la pulak nak jumpa dan kenal pakcik nie" hatiku berkata-kata

Memandangkan hari sabtu merupakan hari libur dan asalnya rumah tersebut tidak dibuka kepada pelawat, kami bertuah kerana penjaganya sanggup membukakan rumah tersebut semata-mata untuk kami berdua. Sumbangan diberikan sebanyak 10k sebagai 'token of appreciation' dan susah payah datang membukakan rumah tersebut.

Muzium Tsunami::
Muzium Peringatan Tsunami terletak bersebelahan dengan Kherkhof - tempat di mana dipercayai 2000 askar belanda dikebumikan.

Muzium ini masih belum siap sepenuhnya, hanya dekoratif luar sahaja yang telah siap sepenuhnya. Di tengah2 muzium ini di bina kolam yang luas dipenuhi dengan batu2 dan terdapat ikan cap di dalamnya. Kami merehatkan diri sebentar di tepian kolam tersebut sebelum meneruskan perjalanan di tengah hari yang panas ke destinasi-destinasi sejarah yang lain.

Gunongan::
Gunongan yang berada di taman sari kerajaan, merupakan simbol kekuatan cinta Sultan Iskandar Muda kepada permaisurinya yang cantik jelita Putri Phang ( Putroe Phang) yang berasal dari Pahang. Al-kisah dikhabarkan Putri Phang sering merasa kesepian ketika sang suami sibuk menguruskan pemerintahan, dia selalu teringatkan kampung halamannya di Pahang. Untuk membahagiakan isterinya, Sultan Iskandar Muda membina sebuah gunung kecil (gunongan) sebagai miniatur perbukitan yang mengelilingi istana Putroe Phang di Pahang.

Bersebelahan Gunongan, merupakan lokasi pemakaman keluarga sultan Kerajaan Aceh yang salah satunya adalah makam anak angkat Sultan Iskandar Muda, Sultan Iskandar Tsani (1636-1641) yang berasal dari Malaysia. Al-Fatihah!

Rumah Makan Khas Acheh Rayuk:: Ayam Tangkap
Makan tengahari kami...special sedikit. Lupakan kosnya...asalkan dapat makan ayam tangkap. Kami memesan ayam tangkap + sayur kangkung ditambah dengan makanan-makanan sampingan yang disajikan...
Menu makan tengahari
Setelah makanan siap dihidangkan...pemandu kami yang beriya-iya makan dulu tanpa menghiraukan adab..."hmmm...dia nie pulak yang lebih-lebih..." ayam tangkap memang sedap walaupun sedikit liat memandangkan ayam tersebut merupakan ayam kampung - sayur betik...mak aih, pahitnya walaupun telah digaulkan dengan nasi, sayur kangkung pun sodap, sambal belacan lebih kurang kat malaysia la, kerupuk malinja memang tidak dilepaskan, gulai kambing tak disentuh memandangkan cair yang amat...
Kesemua lauk-pauk kami utk tengahari = 134k yang paling mahal sekali buat masa nie...upah bersiar-siar pun tak semahal tu.

Pasar Aceh::
Selepas mengalas perut yang boleh dikira melantak....kami meneruskan perjalanan ke Pasar Aceh, mencari souvenir untuk dibawa balik.
  • Kopi Aceh
  • Bekas Pensil
  • Blouse
Semuanya sekitar 161k. Selesai pembelian dan sesi bergambar, kami kembali ke hotel untuk menghantar barang-barang yang dibeli.

Sekitar jam 2pm, kami keluar lagi menuju ke Masjid Baiturrahman untuk solat sunat tahiyyatulmasjid dan solat zohor+asar. Herannya kami kerana pemandu kami hanya duduk menunggu di luar masjid...apa salahnya solat sekali!

Destinasi yang dikira terakhir buat kami adalah - Martha Tilaar Day and Spa
Pusat Perawatan ini ekslusif hanya untuk wanita. Pria dilarang masuk...
Member beriya-iya ajak pegi buat perawatan....layankan aje la...hehehehe.
Price wise - jauh lebih murah dari yang ada di Malaysia dan perawatannya memang kelas
Perawatan bagi 2 orang selamat lebih 3 jam dengan perawatan yang pelbagai hanya berjumlah 480k. Kalau ditukarkan kepada duit Malaysia, tak sampai pun RM200.00
Ditambah pulak member belanja sempena hari kelahiran yang bakal menjelang tiba...makin sedapla perawatannya...:))

Sesudah selesai rawatan, kami membeli makanan malam di Restoran Bunda yang terletak bersebelahan dengan Martha Tilaar. Nasi Bungkus lauk paru goreng + bergedil = 10k, dan Nasi Bungkus lauk Ikan Bandeng = 20k, ditambah dengan kicap sebagai cicah memang menyelerakan perut kami yang bernyanyi-nyanyi kelaparan.

Setibanya di hotel, kami membayar harga upah kepada pemandu yang membawa kami...mintak ekstra la pulak.
"Ishk...dah bagi betis, mintak peha pulak...dah la makan free"
Katanya..."Ekstra kerana tempat nya jauh"
"Semalam takde pulak kata macam tu. hmmm...liciknya diorang nie"
Member pulak kata.."Kalau macam tu, baik kami ambik teksi saja. Dalam 35ok boleh duduk dengan selesa tanpa berpanas"
Malas nak bertekak panjang lebar, aku beri upah yang asal RM50.00 + 50k yang asalnya hanyalah RM50.00 lebih kurang 140k.

Begitulah liciknya mereka...jika tidak berhati-hati bakal dicekik duitnya...
Kita pulak malas nak bertekak lama-lama, bagi jer la atau buat tak tahu jer...either lembut kan hati atau keraskan hati....

kami kembali ke bilik hotel dengan hati yang tidak seberapa gembira...nasib baik la ada makanan malam yang sedap nie.

Selepas solat dan mengemas barang-barang yang dibeli, kami keluar semula untuk melihat-lihat suasana Banda Aceh di waktu malam.

Suprisingly, sunday night was happening...
kedai-kedai masih dibuka. seumpama mesir di malam hari yang dipenuhi dengan manusia...

Kami singgah di Kedai Eiger untuk melihat peralatan rekreasi dan beg-beg yang ada...Sling Bag Eiger menawan hati aku, langsung dibelinya dengan harga 115k selepas diskaun. Lepas nie boleh la bawak pegi mana-mana...:-D

Malam minggu di Banda Aceh seperti malam minggu di bandar-bandar lain - tidak sunyi walau sedikit pun. Kami keluar sekitar jam 830pm dan menjangkakan kedai banyak yang tutup dan jalanrayanya agak sunyi....tapi

Sebaik sahaja keluar dari perut hotel....bingit, dengan bunyian hon-hon kereta di jalanan. Laluannya sibuk! Kedai-kedai dan supermarket masih lagi dibuka. Warga Aceh ramai yang menghuni kedai-kedai kopi dan supermarket. Disebelah bangunan Pizza Hut ada Pesta Talentime dan ramainya anak-anak muda berada di sana....

Tragedi Tsunami sekitar lebih 4 tahun yang lepas, mungkin masih lagi bertakhta di hat warga-warga Aceh yang hidup, tetapi kehidupan tetap diteruskan...samaada jalannya betul atau jalannya bengkang bengkok...hidup mesti terus. Aktiviti transaksi, beli-belah berlanjutan sehingga ke malam seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Kami menyusuri jalan-jalan di Banda Aceh dan sekitarnya. Singgah di Kedai Galeri seolah-olah berada di Gedung pakaian yang besar walaupun tidaklah besar mana, tapi baju-bajunya...ya, amat la canteq. Kalau kat malaysia, baju bermanik dan bersulam sekitar lebih RM70, kat sini tak sampai RM40 duit kita....dan ironinya, harganya lebih murah berbanding dengan baju-baju di Pasar Aceh. Pakaian-pakaian tersebut didatangkan dari Medan, Bandung dan Surabaya....

Member pulak dah berhasil menemukan ole2 untuk familinya. Aku hanya berhasil mencoba baju2 tersebut...huhuhuhu

Keluar dari Galeri, kami singgah di Supermarket untuk meninjau2 apa yang ada...warga Aceh ramai lagi rupernya yang datang ke Supermarket untuk membeli belah...

Jam menunjukkan lebih 10 malam, jalanraya masih lagi sibuk dengan kenderaan...malamnya seumpama siang...dan malamnya seolah-olah tidak mahu tidur.

Setibanya di Hotel, masing-masing keletihan...esoknya perjalanan disambung lagi memandangkan penerbangan jam 450pm dan masih ada banyak masa disebelah paginya....

No comments: