11 March 2009

Travellingbie : Day 3: Nanggroe Aceh Darussalam...

8 Mac 2009 - This will be the last day visit to Aceh

Breakfast at 830am. As usual:
  • Fried Mee Hoon
  • Omelette
  • Bread with Tea
We went out for a walk on sunday morning before checking out from the Hotel and went back to Malaysia. Kebetulan terdapat sebuah teksi sedang menunggu di luar hotel, kami terus bertanyakan kadar untuk ke airport. Pak Adnan pembawa teksi memberikan kami kad bisnes beliau untuk memudahkan kami menghubungi sekiranya memerlukan servis teksi.

The sunday morning seems to be so quiet..the shops didn't open yet...dan jalannya agak tenang sekali. The dust from the road makes my face feels itchy...duh, gatal-gatal muka nie

Sepagi menyusuri jalanan Banda Aceh ini, menyedarkan aku, betapa hidup ini mesti dihargai, betapa bertuahnya hidup di bumi Malaysia...just put asides the political issues yang tak pernah habis-habis itu....

Warga Aceh, berjuang untuk hidup, dengan pendapatan yang kebanyakannya hanya cukup menampung keperluan asas keluarga...amat perit dirasakan. Ada juga yang kaya dan mewah, terus hidup dalam kemewahan...yang miskinnya kais pagi makan pagi, berjuang untuk hidup sehinggakan harus sampai menjadi licik bagi mendapatkan pendapatan yang lebih sedikit dari rakan-rakan seperjuangan...

Kami berjalan menusuri jalan-jalan Aceh sehingga akhirnya sampai ke Masjid Baiturrhaman. Kelihatan gerai-gerai kecil yang menjual sireh-sireh dibuka...seawal paginya mereka berniaga...
Kami menyusuri lagi jalan sehingga tiba di Pasar Aceh. Pasar Aceh sudah di buka seawal pagi...pengunjung masih belum ramai untuk memenuhi ruang-ruang kedai yang dibuka...sambil membelek-belek dan mencari-cari barang apa lagi yang boleh dibeli sebagai cenderahati bagi teman2 di Malaysia.

Bahang kehangatan pagi masih lagi belum terasa, tetapi jalannya yang berdebu menyebabkan keadaan tidak begitu selesa. Bangunan Pasar Aceh yang baru masih belum dibuka...sementelahan itu, perniagaan tetap diteruskan di barisan rumah-rumah kedai yang sedia ada.

Tidak berjumpa dengan apa-apa yang menarik yang boleh dibeli, kami terus ke hotel dengan menaiki beca 8000Rupiah. Dalam perjalanan, rantai motorsikal beca sang pemandu ini terputus...terus kami turun dan berjalan kaki menuju ke hotel yang sudah tidak berapa jauh lagi.

Kebetulan ada kedai video yang baru dibuka, kami singgah untuk melihat perkembangan movie-movie Indonesia yang terbaru. "Ayat-Ayat CInta" yang original telah habis dijual...VCD yang terbaru juga "Syahadat Cinta" diadaptasi dari novel best seller Taufiqurrahman. Kosnya hanya 29k + 5k vcd lagu. Balik ke hotel, rehat dan mengemas lebihan barang2 sebelum keluar semula jam 1130am untuk membeli makanan sebagai bekalan ke airport.

Jam 12pm - dalam misi mencari makanan, kami singgah di Restoran Mie Razali asalnya untuk makan di sana. Memandangkan keadaan tidak begitu selesa, kami memutuskan untuk 'tapau' Mee Goreng Cumi-cumi 17k dan Teh Botol lebih kurang 6k untuk dibawa balik ke hotel. Kemudiannya singgah di A&W versi Indonesia membeli makanan untuk dibawa sebagai bekalan di airport. Sekembalinya ke hotel, Emi yang manis sedang menunggu kami untuk memberikan barang yang telah dipesan kepadanya...rasa bersalah pulak bila dia menolak pemberian wang member aku tu. Nasib baik ada ole-ole dari malaysia yang boleh kami beri kepada Emi semasa check-out nanti.

1pm - Check Out hotel went smoothly...
Pak Adnan telah sedia menunggu kami dengan upah servisnya sebanyak 70k. Kami singgah solat di Masjid Baiturrahman buat kali terakhirnya...entah kenapa hati sedikit sayu bila meninggalkan masjid itu...perjalanan diteruskan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda...

Jam 2pm lebih sedikit, kami tiba di lapangan terbang...terkejut kami melihat ramainya warga Aceh di luar tempat check-in. Rupa-rupanya, menghantar anak-anak mereka yang bakal menyambung pelajaran di luar negara.

Scan beg dan check-in...takde ape sangat pun barang nak check-in sebab kami masing-masing bawak backpack je. Walaubagaimanapun, bagi penerbangan internasional, cukai dikenakan sebanyak 100k + 5k (sebagai donasi kepada perkembangan Aceh). Untuk 2 orang = 210k

Memandangkan duit rupiahnya hanya tnggal 193k (itu la duit rupiah yang tinggal), kami menambahkannya dengan RM sebanyak RM8. Nasib baikla tak mintak extra dari caj yang dikenakan...kalau mintak extra, kene keje dulu la kat Aceh nie...huhuhuhu

Sementara menunggu...untuk diterbangkan ke Malaysia, kami sempat berkenalan dengan warga Malaysia yang dalam rangka lawatan ke Aceh.

Tn. Hj Kamaruddin, yang kami jumpa dan kenali di airport dalam rangka lawatan ke tempat wali-wali dan ulama-ulama di Aceh...memang tabik la dengan pakcik nie. Perwatakannya yang ramah dan mesra menyenangkan kami...banyak tanya dan banyak cerita Tn. Hj nie...sambil di dalam poket kecil bajunya tersimpan buku nota mungkin untuk menulis segala macam perkara. Tn. Hj Din berasal dari Bota Perak hanya ditemani salah seorang cucunya menceritakan pengalamannya yang aku rasa memang tak terhitung banyaknya...dah pernah 2 kali naik kapal untuk menunaikan haji ke Makkah dan 8 kali ke sana menaiki kapal terbang. Dia tanya pulak kitorang nie, dah sampai Makkah ke belum...dengan malu-malu jer kitorang jawab....belum. Malu seh! Orang Bota Perak mesti kenal pakcik nie....

Kami tanya umur nya...terperanjat kami bila diberitahu, umurnya lebih 100tahun, dan Tn Hj Din nie telah mempunyai ramai cicit...tapi kami lihat masih lagi cergas, jalan bertongkat dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Jalannya masih cergas seperti seorang yang berumur 60-70 tahun lagaknya. Dia bertanyakan nama aku dan member aku nie, sambil merekodkan maklumat tersebut di dalam nota kecilnya...dan tulisannya di dalam bahasa jawi...susah nak tengok orang sekarang menulis dalam jawi, apa lagi tulisannya jawinya memang canteq...dalam diam-diam, aku kagumi Tn. Hj Din nie, yang boleh dikira "Tok" pada kami.

Hati aku berkata-kata, "Inilah agaknyer pakcik yang datang melawat ke Rumah Cut Nyak Dhien tempoh hari, orang yang aku ingin sekali nak berjumpa disebabkan umurnya dan melihat dengan mata kepala aku sendiri"...namanyer kami lihat ada di dalam buku pelawat dengan pernyataan umur melebihi 100tahun.

Apa yang ditulisnya, menyentuh perasaan aku:
"Kenali Puteri Robiah binti Kamal, dari Sarawak...." - dalam tulisan jawi
Ada lagi ker orang yang tulis macam tu...semua perempuan dianggap puteri....SubhanAllah!

"nanti senang, kalau masuk Syurga, boleh saya ajak kome nie sama-sama masuk Syurga...kalau kome masuk syurga, boleh saya cari kome..sama-sama masuk syurga" Tn. Hj Din tersenyum lebar....

Seperkara yang paling menarik di dalam perbualan kami....
Cucu Tn. Hj "Korang tak nak tanya ke apa rahsia dia panjang umur?"
Hehehehehe...aku sengih jer, terus bertanya pada Tn. Hj Din
"Pakcik, apa rahsia nya?"
Tn Hj Din menjawab "Selalu doakan kesejahteraan dan keampunan bagi roh-roh yang ada kat tanah perkuburan...." dia tersenyum sambil membacakan doa yang selalu dibacanya itu...
"Allahummaghfir Lil Muslimiina wal Muslimat...bila kita doakan, diorang doakan kita balik...panjang umur". Aku sengih jer...senangnya pakcik.
Cucu Tn Hj pulak menyampuk..."Ha...tu la, orang kita nie takut nak pegi kubur"...
Aku dengan member aku senyum jer la....

Dapat ilmu berharga nie...
"Atuk saya nie, mana-mana pegi senang jer...memang pemurah dan orang pun pemurah dengan dia. Masa kat masjid, makan dengan imam kat masjid...baki nasi yang atuk makan, imam masjid tu pulak habiskan. Datang ke Aceh nie, dia nak jumpa orang 'alim...kalau kat hotel, dia boleh berzikir dalam bilik yang sejuk tu...saya dapatkan jer apa yang dia nak dan berhajat, selebihnya dia duduk dalam bilik...." kata cucu Tn Hj Din nie...
"Hebatnya pakcik nie, bukan sembarangan orang nie"...hati aku berkata-kata
Orang akan berebut-rebut untuk habiskan baki makanan orang alim nie...memang alim la pakcik nie. Tasbih lekat di tangan, kiranya tidak berbicara apa-apa, mulutnya sentiasa bertasbih. Menurut kata cucunya, Al-Quran sudah berapa kali khatam...hafal pun apatah lagi...sehari boleh khatam Quran...bulan puasa berkali-kali khatam Quran. Rasa malu pada diri sendiri pun ada...bulan puasa pun terkial-kial nak khatam Quran, itupun sekali...inikan pulak bulan2 yang lain.

"Moh ler datang Bota..." Tn Hj Din mengajak kami ke rumahnya sambil menepuk-nepuk bahu aku...
"Kome nie macam anak-anak saya jer...moh ler datang Bota..."
hehehehe, biar benar pakcik nie...
"InsyaAllah pakcik, ada rezeki kami sampai la kat sana. Nanti kami cari pakcik" jawab ku berbahasa sambil tersenyum...
"Nanti ke Bota, cari Tn Hj Din...semua orang kenal"...balasnya dengan sengihan...bersihnya muka pakcik nie, berseri-seri.

The DOA'
Ada satu lagi Doa yang diajarkan kepada kami, sementara menunggu ketibaan kapal yang membawa kami...dan doa tu agak panjang jugak. Nasib baikla skill menulis di dalam Bahasa Arab masih lagi ada...

Sambil menuliskan doa yang dibaca oleh Tn Hj Din, Tn Hj memeriksa mana-mana tulisan yang tidak betul barisannya...atau kurang jelas tulisannya.

Doa tersebut dihujung mulut jer...lancar dibaca oleh Tn Hj Din...itulah ilmu paling berharga yang kami dapat sepanjang menunggu...

Di ruangan menunggu, kami duduk berasingan...member aku pulak borak dengan cucu Tn Hj Din nie, bercerita mengenai pengalaman di Aceh...aku pulak menulis travelogue catatan Aceh nie, tiba-tiba Tn Hj Din menyergah "Haaa...tulis kitab ke?" Terkejut aku, sambil tersenyum terangguk-angguk...cergas betul la pakcik nie. Aku lihat selepas itu, dia duduk bersebelahan dengan seorang pakcik yang lebih jauh muda dari nya...sembang-sembang, dan mengeluarkan buku nota kecilnya sambil mencatat sesuatu. Rasanyer, Tn Hj Din akan mencatat nama-nama orang yang dia jumpa di mana sahaja....

kita adaker buat macam tu?
rasanyer nak kene mula dah tu...mencatat nama-nama dan details orang yang kita jumpa, kenal dan sembang-sembang di mana-mana sahaja kita berada!

Jam 450pm - kami meninggalkan Aceh...Banda Aceh dalam kenangan.
Kiranya ada rezeki dan jodoh...kami akan sampai lagi.

Moga Syariat Islam akan terus kekal kukuh di Bumi Serambi Makkah ini dan semoga tiada lagi Tsunami kedua selepas ini....Wallahua'lam.

p/s: Sampai dengan selamatnya di Bumi Malaysia...Tn Hj Din dan cucunyer balik ke Ipoh dengan menaiki Bas...MasyaAllah!...mana datangnya energi pakcik nie! Semoga beliau dan cucunya selamat sampai dan sentiasa dinaungi payung Allah s.w.t...Aaaamin

No comments: