09 March 2009

Travellingbie : Part 1:: Nanggroe Aceh - A Historical Visit

6 Mac 2009

"Apa yang ada di Banda Aceh?"

Soalan spontan, bila ditanya ketika menghantar borang cuti untuk sehari atas tujuan untuk melawat Aceh....Ya! Apa yang ada di Banda Aceh ya?

Aku hanya menjawab, "Nak tengok Masjid Baiturrahman dan tempat-tempat dilanda tsunami 4 tahun yang lepas"

"tak bahaya ker?" tanya mereka lagi

"InsyaAllah...selamat"...walaupun di dalam hati ada keraguan bersarang.

Lawatan ke Aceh memang sesuatu yang ditunggu-tunggu...ada rasa debar, gementar, teruja, takut dan sebagainya. Perasaan berbaur-baur, namun keterujaan itu sentiasa ada...apatah lagi hotel belum ditempah. Pergi tanpa 'tour guide', dan maklumat hanya diperolehi dari laman web sahaja, pastinya mengundang sedikit resah, tapi aku yaqin tiada masalah untuk menempah bilik hotel setibanya di sana nanti.

hmmm...preparation cuma ala kadar.

sehari sebelumnya kene 'stayback' di pejabat sehingga jam 12 tengahmalam untuk menyiapkan kerja-kerja kritikal, itupun boss tak balik lagi...setibanya di rumah dah terlalu penat untuk 'packing' barang..."hmmm...esok jer la".

Rumah - ERL Putrajaya - KLIA - LCCT

Keesokan harinya, ada tugasan perlu disiapkan...hanya sekitar jam 10am, tugasannya siap...baru la nak berkemas-kemas apa yang patut dibawa. Keluar rumah sekitar jam 11am, terus menuju ke jusco utk menukar RM kepada Rupiah. Dengan hanya berbekalkan IDR 1juta...rasanya sudah mencukupi sepanjang lawatan ke Banda Aceh.

Dalam perjalanan menuju ke ERL Putrajaya, teringat pulak ada bende yang lupa untuk dibawa. Singgah sekejap di Guardian precinct 8, lantas terus menuju ke ERL. Di sana, member dah siap menunggu di ERL Putrajaya...tiket dari Putrajaya ke KLIA sekitar RM6.20. Jam 1220pm, train ke KLIA sampai dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk sampai ke KLIA. Setibanya di KLIA, kami terus menuju ke perhentian bas untuk ke LCCT - tambang bas RM1.50 seorang. Bas ke KLIA mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.

LCCT:

Ramainya manusia!
Seperti biasa, LCCT dipenuhi dengan lautan manusia...

kami mencuba untuk check in melalui mesin "Self Check-in", but the device failed to read the information from the passport, thus we proceed to the manual check-in. Luckily, we only bring our backpack and the check-in was quite fast compared to those who have the big luggage. Since we checked-in a bit early, - solat dulu, then heading to the LCCT Food Court to have our lunch there at 3pm...

LCCT Food Court:
The LCCT Food COurt was not as crowded as at the main terminal...tak ramai yang datang makan kat situ. The court was convenience - more than 5 food stalls + KFC + Musolla + Restrooms. The Lunch - Nasi Campur (Masakan nogori) - delicious and it's only cost us less than RM10 for two.

Departure:
330pm - departure time. The imiggration process went successful...but there was a long queue for scanning the beg before enterring the departure hall...kesian lak dekat warga-warga emas yang terpaksa q lama untuk masuk ke balai berlepas. This time - takde botol yang melebih 100ml seperti yang berlaku masa nak pegi singapore tahun lepas...hehehe. Kalau tak, memang jenuhla nak buang botol tersebut dan isi kandungannya terpaksa dimasukkan di dalam botol yang lain.

Departure Hall:
Ramainya manusia...!

The departure hall was full house with passengers going to various International Destinations. The mineral water at the shop inside was out of stock. We have to buy the mineral water from the deli cafe's and it cost us RM3.90 each bottle...3x ganda mahal dari convenient shops. Memang cekik darah betul kedai tu.

It was not so long for us to wait for the flight...jam 350pm, panggilan untuk penumpang ke Banda Aceh dari petugas AirAsia diwar-warkan.

Nowadays, AirAsia has imposed the seat number for passengers on the AK flights. However, still...penumpang masih lagi berebut-rebut nak naik kapal terbang, sedangkan di 'Boarding Pass' masing-masing telah ada 'Seat Number'. For those who pay extra for the seat, there can choose the seat number they want, and for others, the arrangement for the seat will be randomly picked when the passengers checked-in.

Masa Q nak masuk ke dalam perut 'belon' tertinggal pulak air mineral yang mahal itu...duhhh. Member gelak jer bila diberitahu air mineral mahal tertinggal di atas kerusi semasa menungu...huhuhuhu. takde rezeki la tu!

Walaupun tempat duduk telah ditetapkan, masih berlaku penumpang yang duduk sesuka hati...

I think, AirAsia should inform the passengers about the seat arrangement when they checked-in...pramugari bertugas pun jadi sedikit kelam-kabut mengatur urusan penumpang di dalam kapal terbang.

After all the trouble in the flight, at 4pm the flight AK921, finally flies smoothly to Banda Aceh. The journey took about 1hour and 25 minutes to Banda Aceh....here we come!

Banda Aceh:
We arrived at Banda Aceh at 425pm - 1 hour difference from Malaysia time.
The queue to enter was quite slow and long...

There was so much different in Malaysia - kaunter pengesahan penerimaan penumpang hanyalah sebuah meja biasa dan di situ pegawai kastam nya mengesahkan passport penumpang. Tidak ada kaunter bercermin dan cantik seperti di Malaysia.

Sementara menunggu, aku menelefon Hotel Sulthan untuk menempah bilik. Panggilan dijawab oleh Emi, reception hotel...duh, suaranya, halusnya dan gemersik...menggambarkan lemah lembut orangnya. Luckily, we managed to book the room.

Pak Hendra - +081360548758:
Teksi ke Hotel Sulthan - IDR 70,000
Pak Hendra kami temui di airport - ketika keluar dari balai ketibaan dia sedang berdiri di hadapan balai ketibaan tersebut mempromosi servis teksi nya...

Kebanyakan teksi mudah di dapati di luar airport dengan harga sekitar 70k...tapi berhati-hati dengan extra charge yang diminta kemudiannya sekiranya ingin singgah ke tempat2 yang dilalui sepanjang perjalanan ke hotel...

Kami bernasib baik kerana, ketika meminta pak hendra singgah sebentar ke Masjid Baiturrahman untuk mengambil gambar di luarnya, beliau tidak meminta tambahan untuk singgah sebentar di masjid...kami hanya mengambil gambar di luar masjid memikirkan masih ada masa lagi untuk mengunjungi masjid yang paling besar di Banda Aceh.

Hotel Sulthan letaknya tidak berapa jauh dari masjid - hanya 5minit menaiki kenderaan dan 15min berjalan kaki...kami terus membayar servis teksi 70k kepada Pak Hendra. Selain servis teksi, beliau juga boleh ditempah untuk tour ke tempat2 bersejarah dan kesan-kesan tsunami sepanjang hari sehingga jam 6pm dengan harga sebanyak 350,000 rupiah.

From Sultan Iskandar Muda Airport to Hotel Sulthan - nearly 20 minutes

Along the way to the hotel:
  1. the padi fields nearby airport - saujana mata memandang;
  2. rumah di kiri kanan jalan - sepertinya berada di kampung-kampung...masih ada lagi rumah-rumah di dalam pembinaan;
  3. jalan bertar dan sesekali berdebu mengiringi perjalanan kami menuju ke hotel;
  4. kedengaran bunyi hon kereta, mobil, teksi, motorsikal dan beca bermotor menemani perjalanan kami;
  5. Melalui Kuburan Mangsa Tsunami - kami berhenti sebentar menyedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa tsunami yang dikuburkan beramai-ramai di Ulue Lheue. Kuburan tersebut mengebumikan beratus ribu mangsa tsunami di dalamnya;

sepanduk-sepanduk calon pilihanraya memenuhi tepian-tepian jalan...dengan pelbagai motto pilihanraya bagi memudahkan pengundi memilih calon yang sesuai. Di Aceh pilihanraya dipanggil Pemilu.

kalau di Malaysia, aksi hon dikatakan kurang ajar, tetapi di sini seperti sudah biasa sebagai tanda 'beri laluan' atau 'hai, kepada teman-teman di jalanan'

Hotel Sulthan: 
Ketibaan kami di Hotel Sulthan di sambut Emi dengan mesra sekali...sesuai dengan suara yang didengari di dalam telefon ketika menelefon Emi di airport, Emi memang seorang yang mesra dan lemah lembut perwatakannya.

Charge hotel semalam sekitar IDR 300,000 termasuk breakfast.

Selesai urusan check-in dan pembayaran untuk semalam bagi bilik hotel, kami diberi bilik bernombor 315.

Bilik hotel:
memasuki biliknya...terserlah kewangian bilik yang dijaga rapi;
selesa untuk 2 orang tetamu menghuni bilik tersebut;
tv, tuala manid, peralatan mandi disediakan;
tv- channel2 indonesia, hbo, cnn dsb;
bilik mandi nya boleh dikatakan selesa cuma, pintu bilik mandinya agak usang dan tiada ruang pengudaraan;
almari baju juga agak usang walaupun begitu, penyangkut baju disediakan untuk tetamu.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan, keseluruhannya agak memuaskan...

Berehat sebentar sambil makan Smoked Chicken dari AirAsia...selepas solat maghrib, kami mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar melihat keadaan malam di Banda Aceh.

Menaiki moto teksi merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan kos sebanyak IDR 50k, kami dibawa bersiar-siar di kawasan sekitar dan mengelilingi kota. Asalnya nak jalan kaki jer...tapi tak tahu nak ke mana.

Malam sabtu di Banda Aceh, suasananya agak meriah juga dan tidak menampakkan penduduk kotanya trauma atau fobia dengan kesan tsunami.

Tempat-tempat yang dilawati:
  1. Masjid Baiturrahman - aktiviti selepas maghrib, diisi dengan tazkirah sebelum menunggu solat isyak
  2. Kapal LTD Apung 1 - yang terdampar lebih 4km di daratan semasa tsunami, memusnahkan rumah dan membunuh penduduk disekitarnya.
  3. Muzium Tsunami
  4. Masjid-masjid di Ulee Lheue - telah dibina semula. Masjid terdapat di mana-mana, tapi sayangnya jemaahnya tidak ramai...kami tertanya-tanya juga kenapa???

Ulee Lheueu - Pelabuhan lama yang dikelilingi dengan perkampungan nelayan. Semasa tsunami pada tahun 2004, 85% dari penduduknya telah meninggal dunia dan sekarang kawasan tersebut tidak sebegitu padat berbanding dengan sebelum tsunami. Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa tsunami

Sepanjang perjalanan menerokai suasana malam di sekeliling Banda Aceh, banyak persoalan berada di sarang pemikiran kami:
kelihatannya ramai anak-anak muda yang lelakinya berada di kedai-kedai kopi berbanding berada di surau-surau atau masjid-masjid;
kelihatannya pacaran-pacaran sedang menikmati makanan sambil minum teh botol bersama pasangan masing-masing di gerai di tepi-tepi jalanan;
kelihatannya gedung dan supermarket lebih ramai dikunjungi;
dan kelihatannya tidak seperti sebuah negeri yang dikenali sebagai Serambi Makkah bagi aku...

Kami bertanyakan kepada pemandu beca mengenai kesan-kesan tsunami di Aceh, dengan penuh perasaannya dia bercerita mengenai tragedi tersebut...but..pictures around us, shows and told us differently....

No comments: