03 March 2009

Paranoid

Paranoid

Saya terpanggil untuk membantu saudara yang bertanya mengenai masalah paranoid. Walaupun saya bukanlah pakar psikologi atau pakar kepada persoalan hati dan jiwa...mungkin tips di bawah ini boleh membantu:
  • Kenali diri kita - tanya diri kita kepada apakah kita paranoid, kenapa kita paranoid kepada sesuatu - bagaimana dari dalam diri kita dapat membantu menghilangkan perasaan tersebut, cari punca dan atasi punca tersebut;
  • Kurangkan kelemahan diri dengan mencari kekuatan di dalam diri kita;
  • Ciptakan suasana yang menyenangkan diri di dalam diri anda;
  • Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen sampai ke otak, bagi memudahkan berfikir dengan waras;
  • Selalu melatih diri untuk berfikiran POSITIF terhadap segala hal;
  • Hilangkan kebiasaan berfikiran NEGATIF kerana bukan semua orang akan dapat memahami kita;
  • Lawan rasa takut, atau apa yang kita takuti untuk dihadapi...kerana yang perlu kita takuti hanyalah kepada Yang Maha Perkasa (Al-Jabbar, Al-Qahhar);
  • Biasakan mengatakan AKU BOLEH kepada diri sendiri, biasakan mengatakan AKU BERANI untuk mengatasi apa yang ditakuti;
  • Bercampur gaul dengan masyarakat, jangan biarkan diri sentiasa sendiri kerana bersendirian yang terlalu panjang akan menyebabkan depresi yang berpanjangan;
  • Bacalah dan fahamlah Al-Quran, moga kerisauan paranoid anda akan hilang, tak pun berkurangan!
Hakikatnya, semua saranan-saranan tadi bukanlah semudah yang disangkakan untuk diikuti. Sekurang-kurangnya bagi anda yang paranoid, boleh mencuba perlbagai cara untuk mengatasi masalah anda kerana tiada masalah yang sentiasa ada di dalam anda melainkan anda sendiri yang tidak mahu mengatasi masalah tersebut - Masalah kendiri itu yang penting diatasi dahulu. Orang di sekeliling kita yang coba menolong kita tidak akan berjaya sekiranya kita sendiri tidak membenarkan diri sendiri dibantu. Lebih malang lagi, bila diri sendiri tidak MAHU membantu diri sendiri untuk mengatasi masalah tersebut.

Find your inner strength…InsyaAllah everything will be fine!

Wallahua'lam

No comments: