Saturday, February 14, 2009

Travellingbie : Night @ LCCT

Salam Berkat dan Sejahtera...

hari nie...actually awal pagi nie tengah berada di LCCT...menunggu flight pagi nyer nanti. LCCT, tidak pernah sunyi dari pengunjung yang datang dan pergi...

dari Putrajaya, menaiki ERL - KLIA - Bas ke LCCT. nasib baik sempat naik bas terakhir pada jam 1145pm. kalau tak memang kene naik bas seawal 615am paginya. ingatkan tadi sempat lagi nak ke burger king...ada pesanan dari kampung, sorry la sis, tak menyempat nak singgah...either tak sempat nak beli atau kene tinggal kapal terbang esoknya, terpaksala membuat pilihan yang kedua...

sampai di LCCT, ramai lagi manusia rupernya...food court@LCCT sekarang nie sudah dibuka 24jam.

nasib baik ada wifi di LCCT, bolehlah layan internet sehingga ke pagi. Nak tido takut pulak beg kene kebas...baik berjaga sepanjang awal pagi. Mulanya, lepak di coffee bean, rupernya jam 2pagi dah nak tutup dah, nasib baik dapat tempat lepak dekat KFC, so-layanla internet surfing kat situ. rupernyer ramai lagi yang menunggu flight seawal pagi...takdela sesunyi KLIA.

jam 430am, LCCT mula dibanjiri dengan pengunjung yang hendak menuju ke destinasi masing-masing. Meriah nyer...seperti bukan seawal pagi. Jam 530pm, LCCT semakin dibanjiri dengan ribuan manusia...seperti pasar adanya. Pening gak nengok orang ramai macam tu, dengan tak tido malamnya..lagila pening. Nasib baik check-in awal.

sampai masa nak boarding, nasib baik flight pagi tu tak ramai penumpang. dari mula berlepas sehinggalah touch-down di Kuching...tidur jer memanjang walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan...sedar-sedar jer, dah sampai kuching...lepas nie, sampai rumah pulak...sambung balik tido sejam-dua...baru boleh start mengemas untuk kenduri petangnya.

pengalaman bermalam walaupun tak dapat nak tido di LCCT takdela teruk sangat sebenarnya, cuma berhati-hati jer dengan barangan masing-masing...n
Post a Comment

Most Popular