05 February 2009

hmmm...politik!

Politik Perak bergoncang dengan keputusan wakil rakyat PKR yang keluar parti, melompat ke parti lain...dan ada yang menjadi wakil Bebas yang sebenarnya tidak bebas.

bagi saya...politik seharusnya suci dan tidak dikotori dengan elemen-elemen seperti ini...elemen lompat melompat, curi mencuri, rasuah merasuahi, dan pelbagai lagi konspirasi!

lompatnya seperti katak...tidak suka dan setuju dengan parti A, lompat pulak ke parti B, tidak suka pulak parti B, lompat pulak ke parti C...ada pulak yang dah keluar parti A, masuk pulak ke parti B...lepas tu, masuk balik ke parti A, seumpama menjilat ludah sendiri.

kerja lompat melompat nie, seumpama tidak berkesudahan...
ironinya...bangsa kita sendiri...duh malunya!

Politician memegang amanah rakyat jelata, tapi...apa yang berlaku sekarang ini, politician sendiri mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Sedangkan manusia-manusia biasa pun berat tanggungjawab yang hendak dipikulnya dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan setelah keluar dari rahim ibu, inikan pulak yang memegang jawatan-jawatan dan tampuk kepimpinan!

Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Anfal, ayat 27)

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah itu sentiasa Maha Mendengar lagi sentiasa Maha Melihat. (Surah al-Nisa’, ayat 58)

Wallahua'lam

3 comments:

Rohaniah Noor said...

aku mengharapkan kebijakan tuanku sultan perak dlam hal ini.. sebagai ex-resident perak especially di bota, aku terasa gak bahangnya.

Kabus dan Mega said...

politik? agaknya, i would say that i have given up of it.. tapi x tau sejak bila. saya nak cari ketenangan & kebahagiaan hidup

Travellingbie said...

InsyaAllah nem, moga tercapai hasrat mencapai Mardhatillah...:)