02 February 2009

Travellingbie : FRIM Excursion - Canopy Walk on Federal Day.

FRIM Excursion - Canopy Walk

Plan nak buat Canopy Walk dah lama dah...hari nie baru sampai hajat. Seawal pagi dah bangun dah, punyela bersemangat nak pegi...dalam jam 815am keluar rumah, isi minyak dulu.

Jalan clear hari nie, mungkin disebabkan hari ahad, dan awal pagi pulak tu dan Wilayah Persekutuan pulak cuti, dari cheras ke kepong mengambil masa lebih kurang 45minit. Sampai di FRIM lebih kurang 915am - bayaran masuk FRIM dengan kereta RM5.00. Banyak kereta parking di luar...dan ramai jugak yang menapak masuk ke FRIM, berkeluarga, berdua atau berseorangan. Hari rehlah bagi warga KL.

Parking di seberang jalan bertentangan dengan Souvenir Shop - mula bergerak ke trail untuk ke Canopy Walk. Terpaksa patah balik ke Souvenir Shop untuk membeli tiket Canopy. Nasib baik baca signboard yang memaklumkan kene beli tiket dulu sebelum naik. Kalau tak memang kene patah balik atau tak naik Canopy Walk la hari nie.

Hari nie bergerak sorang...tak kisah la sorang ker, berdua ker, ramai-ramai ker sebabnye ramai recreationer lain kat sana. tak kisah la...yang penting dah ajak dan ramai yang ada agenda-agenda tersendiri hari nie.

Dari kawasan masuk ke trek Canopy walk - melalui rover track sepanjang 900m. 900m jer...pergh...bagi yang dah lama tak trekking 900m terasa seperti 9km...sampai kat simpang Canopy Walk trails dah mengah dah...camana nie!

Hmmm...nengok group budak-budak sekolah naik dengan cikgu cikgenya, terasa tercabar jugak minda dan jiwa nie. Ishk...budak2 sekolah boleh naik, takkan la aku takleh nak naik...500m jer nak sampai ke kaunter Canopy walk...kata hati aku memujuk!

trekking di Canopy Walk trail tu...teringat aku masa trekking menaik Gunung Datuk tahun 2004 yang lepas...cuma yang nie light sikit dari Datuk. Tapi, bagi yang dah lama tak trekking, trail tersebut terasa lagi teruk dari Datuk...duhh..rasa macam nak give up jer bila tengok trail menaik...trekkers are passing by me....dan aku pulak asyik take a break jer....bila nak sampai nie?

Ishk...psycho la pulak....tengok ke bawah macam best jer...nak turun balik ke idak nie...hmmm...naik jer la. dah alang-alang sampai, teruskan jer la, yang penting sampai. Kang menyesal pulak kalau patah balik.

Sampai dekat 'Long bench' rehat lama sikit kat situ...terdengar la suara-suara manusia di atas...hmmm, dah nak sampai dah kot...trekking sikit jer lagi, suara hati aku memujuk...baru jer beberapa langkah, tak sampai pun 10 langkah, ishkkk...apasal la trek nie menaik, berenti jap...then tetiba kaki aku melangkah turun..ishk ishk ishk...duduk balik dekat long bench...dari bawah, kelihatan 1 group keluarga naik - dari sekecil-kecil budak sehinggalah ke nenek budak. ishk..malu la kalau turun balik nie. hmmm...kuatkan semangat, pantang menyerah sebelum benar2 tak boleh nak buat, aku teruskan melangkah...

Tak lama lepas tu, sampai la ke kaunter Canopy Walk...tak ke menyesal kalau turun balik...:))

Canopy Walk nie panjangnya dalam 150m dan ada 4 pit stop. the 2nd pit stop memang canteq viewnya...boleh nampak KL view sehingga ke KLCC...sayang kamera aku, hanyalah digital camera jer. dapat camera slr best nie ambik gambar.

Bagi yang gayat dan phobia kepada ketinggian, bolehlah mencuba untuk mengatasi rasa phobia tersebut dengan melalui titian tersebut. Berjalan melalui titian tersebut terasa seperti di atas buaian, cuma bezanya...buaian nie panjang. Laluan yang kedua lebih beralun, kalau pandang ke bawah, yang nampaknyer hutan jer...laluan ke-3 lebih mudah dan pemandangan pun sama canteq dengan pit stop yang kedua...laluan terakhir agak pendek dan akhirnya selesai sudah aktiviti Canopy Walk tersebut.

Dari tempat keluar ke Open Space / Simpang ke Canopy Walk trail panjangnya 400m. Terdapat satu lagi pilihan bagi trekker untuk keluar dari kawasan tersebut, iaitu melalui trail menuju ke Air Terjun Kroh...aku mengambil keputusan untuk melalui jalan menuju ke Air Terjun Kroh. Trekking sepanjang 400m terasa begitu lama...seperti 1km jer jauhnya...

nany and the geng dah menunggu kat air terjun dah, lepak kat situ...jenuh menunggu aku yang tak sampai-sampai lagi nie...sampai ke luar jalan besar dalam jam 11am...lama jugak trekking keluar nie. ingatkan nak ikut jalan dekat...rupernye trail tu memang panjang...sampai kat luar, pegi kat air terjun pulak jupe nany dan kawan-kawannya...borak2, sembang-sembang, bertanya khabar dan kenal-mengenal antara satu dengan yang lain kat tepi air terjun, menikmati suasana kehijauan dan deruan air terjun begitu menyenangkan..sesekali kedengaran pekikan keseronokan pengunjung-pengunjung yang bermandi manda disitu...memang fresh!

lepas tu, agenda seterusnya...merawat kaki di fish spa berhadapan dengan Souvenir Shop...lepas penat-penat trekking, memang best membiarkan kaki dimakan ikan-ikan kecil di dalam kolam ikan...wakaf spa ikan tersebut memang satu inisiatif yang baik dari FRIM. Dengan caj sebanyak RM2 sahaja, memang berbaloi la datang, berbanding menghabiskan wang ringgit di spa ikan yang mengenakan caj yang mahal....kitorang sambung menyembang lagi...citer-citer dan banyak jugak plan nak kene buat lepas nie...nie yang menimbulkan semangat aku nak trekking balik nie...dapat gi berkelah best nie...hehehehe

sesi taaruf dan merendam kaki di dalam kolam ikan berakhir dengan azan zohor...memasing dah nak bernasur balik dah...badan dah mula terasa letih lesu...nasib baik dah recover balik dengan Perfomance Drinks dan rehat-rehat santai di kolam ikan...InsyaAllah, kami jumpa lagi di lain hari di lain waktu...InsyaAllah.

Lepas nie, plan nyer nak pegi Kemensah Waterfall lak...belakang zoo negara jer.

More pictures at http://alifetimepictures.blogspot.com


No comments: