12 January 2009

Betul ke hujan itu Rahmat?...

Salam Rahmah Penuh Keberkatan dan Semoga hati kita masih lagi bertaut teguh pada Islam...

pagi semalam sampai di kampung, hujan turun lebat selebat-lebatnya...
sepanjang perjalanan menuju ke rumah, kawasan rendah digenangi air dan ada juga rumah-rumah yang banjir. Sungai Sarawak melimpah sehingga ke tebing dan membanjiri kawasan-kawasan kedai dan rumah di tepi sungai tersebut...jalan di bawah jambatan dipenuhi air...

rasanya...dah lama kuching dan kawasan-kawasan disekelilingnya tak dinaiki air dan banjir...hujan tanpa henti selama hampir 5 hari menyebabkan ramai yang dipindahkan ke pusat penempatan banjir untuk sementara waktu...

hari nie, Alhamdulillah...hujan turun sekejap-sekejap dan matahari turut sudi menyinarkan bumi kuching untuk sementara waktu sebelum memberi laluan kepada hujan menyimbah dan turun ke bumi...

bila hujan turun tanpa henti, kita mengeluh kenapa lah turun nya hujan tanpa henti..."kenapa lah hujan tak berhenti?"
bila hujan tak turun berbulan-bulan, pun kita mengeluh kepanasan...sambil berkata, "Kenapa lah panas sangat?"
banyak persoalan "KENAPA" di benak fikiran kita...dan kita selalu lupa bahawa kejadian dan bencana alam semesta ini, selalunya disebabkan oleh kita jugak...walaupun kitaran alam semesta, perubahan cuaca, pertukaran monsoon adalah lumrah alam....

Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura:28 yang bermaksud: "Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji. "(As-Syura:28)

dan bagi saya, hujan...panas adalah rahmat dan juga peringatan yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa kepada hamba-hambaNya...

bagi mangsa-mangsa banjir, saya percaya mereka boleh bersabar dengan ujian yang menimpa kerana kesusahan yang dialami sekarang ini tidak sehebat dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin...

Wallahua'lam

No comments: