07 January 2009

Kekejaman Terang-terangan Akhir Zaman ini...

Salam...
Sedih dan hiba bila melihat berita mengenai kekejamam Israel terhadap Rakyat Palestin...
Saudara seagama kita diserang dan dibunuh tanpa belas kasihan dan tanpa ada peri kemanusiaan...

Negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin, seperti membatu dan menjumudkan diri apabila saudara seagama diserang kononnya atas dasar keselamatan serantau...

Di mana OIC dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang begitu lantang memperkatakan mengenai hak asasi manusia, tetapi bagai orang bisu, tuli dan buta bila Rakyat dan Negara Palestin dicabuli hak mereka...

Baru-baru ini, PM kita telah mengumumkan untuk memberi bantuan sebanyak USD1 juta dollar kepada Palestin melalui MERCY menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan sebagai salah satu cara untuk meringankan beban mereka di sana...

Bagi kita yang kurang mampu untuk sama berjuang di sana, banyak lagi cara untuk kita membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin dan berusaha untuk menghancurkan Israel...
"Pemimpin Hizbullah,Libanon,Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim untuk melafazkan Quran ayat Al-Fath 26-27 dan surah Yunus 85,86 dan 88. Tolong sebarkan agar Israel hancur"

Surah Al-Fath ayat 26 :-
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah Al-Fath ayat 27 :-
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya).

Surah Yunus ayat 85,86 & 88
85:Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.

86:Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir.

88:dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

source :www.guideways.com

Wallahua'lam...



No comments: