26 November 2008

Park & Ride bagi Seluruh Warga KPM kecuali Gred48 ke atas....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari nie baru dapat memo untuk semua kakitangan mengenai tarikh pelaksanaan park & Ride bagi warga KPM. tak pasti pulak kalau apply kat semua kementerian...

Ramai yang mengeluh dan bising mengenai keputusan tersebut...antara yang telah diputuskan berbunyi seperti berikut:
  1. Parking di bawah bangunan hanya dikhaskan kepada pegawai2 gred 48 ke atas yang telah disahkan jawatan mulai 1 Disember 2008;
  2. Parking berbayar akan diperkenalkan di antara Blok E14 dan E15 dan bayaran RM1 sejam mulai 1 Januari 2009;
  3. Bagi kakitangan gred 48 ke bawah, diperkenalkan sistem Park & Ride di Presinct 1 dan 7. Shuttle bus disediakan dengan bayaran 50 sen seorang per ride;
  4. Apabila siap sahaja pagar bangunan di kawasan KPM, semua kereta-kereta awam dan kakitangan gred 48 ke bawah tidak dibenarkan parking diluar dan di dalam pagar.
bila baca memo tu...terus terlintas di fikiran aku...kesiannya kawan-kawan yang berpendapatan tak seberapa dan juga saya. kenapa?
  • kalau naik kereta dan parking dekat Park & Ride, nak kene naik bas pulak, kene pulak bayar 50sen per trip (bermakna untuk pergi dan balik kerja dah Rm1.00 sehari x 20 hari bekerja = RM20.00 sebulan);
  • kalau naik kereta dan parking di parking antara E14 dan E15, kene bayar RM1 sejam ( bermakna RM1 x 8 jam bekerja x 20 hari bekerja = RM160.00 sebulan). Itupun kalau parking 8 jam, kalau kerja lebih masa kene bayar lebih la nampaknya;
  • bagi yang nak kene hantar anak-anak ke nursery di dalam KPM, camana pulak dengan anak-anak. Takkan nak kene heret dan bawak anak2 bersama-sama naik shuttle bas yang akan dijangka memang akan penuh seperti sardin sekiranya semua parking di Park & Ride...dah la nak kene bayar yuran nursery lagi, kalau parking di tempat Rm1 sejam-yang tu nak kene bayar lagi, tak terfikir ker yang membuat keputusan-keputusan tersebut bahawa mereka telah menidakkan kebajikan kakitangan yang berpendapatan tak seberapa berbanding dengan pegawai2 yang gred nya 48 - gaji dah besar, dapat elaun keraian lagi, dapat pulak parking FREE dan parking yang selesa...hmmm...
  • punch kad nanti akan bertambah-tambah merahnya...kalau sekarang bajet dalam 715am dari cheras ke putrajaya InsyaAllah memang sampai sebelum jam 8am. Bila dah ada peraturan seperti nie, nak turun awal pukul berapa pulak la nanti...bagi yang takde tanggungan senang la nak menguruskan diri sendiri,...tapi, yang membuat keputusan nie tak terfikir ke kakitangan yang nak kene hantar anak ke sekolah, ke nursery....pukul berapa pulak diorang nak kene keluar rumah??? Paginyer kene datang awal, balik pulak lambat sampai ke rumah sebabnyer nak kene tunggu shuttle bus yang tak seberapa nak efficient....hmmm
bagi saya...personally, keputusan yang saya rasakan kurang bijak dan hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja. Respond dari kawan-kawan memang semuanya amat kecewa dengan keputusan tersebut...

Yang kaya bertambah kaya
Yang kurang kayanya makin berkurang hartanya
Yang berjawatan tinggi semakin bermaharajalela dan bersenang hati sebab datang keje tak payah nak fikir kereta parking kat mana
Yang kakitangan biasa-biasa sahaja semakin tertekan dengan pelbagai keputusan yang tidak memihak kepada mereka dan kebajikan mereka semakin diabaikan...

rasanyer ramai yang bersetuju dengan saya, sebagaimana kawan-kawan saya yang lain...
bagi yang grednyer 48 ke atas akan tersenyum lebar sebab di kiri kanan jalan nak ke pejabat tidak lagi diganggu dengan deretan kereta yang parking di kiri kanan jalan sehingga menyebabkan jalan menjadi sempit dan menyusahkan kereta-kereta besar mereka untuk melalui jalan tersebut...

semakin saya memikirkan, semakin saya sedar bahawa hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Adil dan tidak ada sebarang keputusan yang tersangat adil melainkan keputusan dan ketetapan Allah s.w.t.

manusia sering lupa dengan kejadian mereka di muka bumi ini....sebab itulah manusia di namakan manusia = insan = nasiya = yang lupa
semakin tinggi darjat keduniaan mereka, semakin mereka menongkat langit dan lupa bahawa ada yang Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Agung dari segala-galanya....
semakin berpangkat manusia, semakin mereka lupa bahawa bahagian kesenangan dan kedarjatan mereka itu adalah BUKAN milik mereka, tetapi sebahagian dari apa yang mereka miliki itu adalah milik orang-orang yang memerlukan...

dalam membuat keputusan untuk kebaikan semua orang memang sukar dan amat susah untuk memuaskan hati semua orang...tetapi...sekurang-kurangnya keputusan tersebut biarlah memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada orang yang lebih memerlukan....

Wallahua'lam

1 comment:

Anonymous said...

Naik basikal la lepas ni....kuar umah kul 3 pagi...huhuhuhuhu...