25 November 2008

Kewangan : Duit sampingan???

Assalamualaikum...

entah kenapa sejak akhir-akhir nie, saya didatangi dengan berbagai proposal untuk menambahkan duit tambahan setiap bulan...ada yang menarik, ada yang biasa-biasa je, ada yang tak masuk dek akal, ada yang berisiko tinggi dengan pulangan tinggi, ada yang berisiko rendah tapi pulangan tinggi dan berbagai-bagai lagi idea perniagaan yang nak menambahkan pendapatan seseorang sekarang nie....

Antaranya:
  1. Pelaburan dalam EMAS - gadai emas di bank bersama-sama dengan emas dari syarikat yang offer pelaburan kepada kita. Bagi pelaburan sebanyak 100gm emas 99.9, lebih kurang RM10k, setiap bulan selama 6 bulan, pelabur akan mendapat RM300.00 sebulan. Lepas 6 bulan, syarikat akan memberi pilihan kepada pelabur samaada teruskan pelaburan atau berhenti setakat itu....maklumat lanjut nak kene tanya agen atau syarikat tersebut....saya rasa Etika Emas Sdn Bhd
  2. Pelaburan KAMBING BOER - (Munasahah Livestock) - yang nie menarik jugak. Produk ada (kambing), boleh melawat kambing yang kita beli bila-bila masa di ladang dekat Pulau Indah, pulangan dalam masa 2 tahun dengan 26% keuntungan, kambing diinsurankan. Maklumat lanjut boleh tanya Rozaidi 019-3150110 pengusaha kambing. Ladang beliau dekat Pulau Indah dan boleh request untuk lawatan ke sana.
  3. Pelaburan Lembu Tenusu - yang nie pun menarik jugak. Dengan pelaburan sebanyak RM30k, pinjaman dari Agro Bank atau Bank Islam - dalam masa 6 bulan akan terima hasil pertama sehingga tahun ke-8. Pinjaman RM30k yang pelabur pinjam tidak menggunakan duit pelabur, sebaliknya pinjaman tersebut dibayar kepada bank dengan duit hasil yang pelabur dapat dari pelaburan lembu tenusu tersebut. dan bakinya pelabur yang dapat (cth: nak kene bayar loan bulanan Rm500, dari hasil tenusu tersebut RM1500, pelabur akan dapat keuntungan sebanyak RM1000 sebulan)...cuma, lembu yang kita dapat cuma seekor jer. Yang nie kene tanya pada pelabur yang dah melabur atau syarikat yang menawarkan pakej tersebut - Prestige Dairy Farm.
  4. Pelaburan EMAS Public Gold - Beli emas pada harga semasa dan jual emas bila harga naik...more info boleh search Public Gold
  5. Multi Level Marketing Hai O - yang nie, saya tak berapa berkenan sangat. dapat panggilan dari kawan se-U dulu. Adala sekali jumpa kat Jusco Balakong, tetiba call tanya free ke tak ujung minggu. Dah agak dah, nie mesti buat MLM tapi tak sangka pulak Hai-O yang nak kene invest RM20k terus melompat ke pangkat tinggi. tak perlu susah-susah...just ajak 2 or 3 orang invest RM20k jugak, then produk yang dibeli dengan RM20k tu boleh dijual kepada kawan2 or orang yang berminat dengan ansuran dan sebagainya...hmmm...mana ada jalan singkat kalau nak naik level dalam MLM nie sebenarnya. kalau nak jalan singkat tetapi merbahaya ada la...kawan saya kata macam konsep berniaga, dia ambik loan >RM20k untuk masuk skim ni, then pepandai la kita nak jual produk yang kita dah beli tu...hmmmm...kalau kene yang tak pandai menjual macamana la...tertarik dengan skim yang ditawarkan, ambik loan puluhan ribu, then bulan-bulan kene pulak bayar loan tersebut...memang tak dinafikan ada yang berjaya, downline yang di bawah-bawah ramai yang invest 20k...tapi nak kene fikir jugak....bagaimana pulak nasib downline-downline baru yang baru nak berjinak-jinak berniaga, tapi sangkut di tengah jalan...hmmm...adik saya pun masuk, tapi saya tak nampak apa2 hasil yang memberangsangkan...produk masih ada lagi kat rumah.
  6. Pelaburan - Noraz Travel - yang dapat income bulanan selama beberapa tahun.
  7. Mutual Fund - CIMB dan Public Mutual
  8. Dan berbagai-bagai lagi idea-idea pelaburan untuk mendapatkan modal memulakan perniagaan....
Bagi saya, terpulanglah kepada setiap individu-individu itu sendiri. Mana yang dirasakan lebih membawa manfaat kepada diri sendiri dan keluarga bolehlah dipertimbangkan...disamping mencari duit extra bagi diri dan keluarga...

Dalam mana kita begitu teruja untuk mencari lebihan duit bagi menampung kehidupan kita, jangan pulak kita lupa apakah tujuan kita berniaga atau membuat pelaburan? - adakah ingin menjadikan kehidupan kita dan keluarga senang lenang, adakah untuk menambahkan saham akhirat kita di mana dengan duit tersebut dapat diinfa' kan ke jalan Allah s.w.t, adakah untuk melunaskan segala hutang piutang kita di dunia supaya di akhirat nanti kita tidak akan berhutang dengan sesiapa, atau adakah kerana memang minat kita untuk berniaga?....segala-galanye terpulang kepada niat kita....InsyaAllah, bila niat kita betul, pelaburang kita itu akan berkat...bukankah redha Allah s.w.t itu yang kita mahukan di dunia dan juga di akhirat nanti?...:)

Di dalam membuat pelaburan, biarlah kedua-dua pihak mendapat manfaat dari pelaburan tersebut - yang melabur mendapat untung, yang menguruskan pelaburan juga untung.

Saya nak rekomen satu buku yang agak bagus untuk dijadikan bahan rujukan - Rahsia Bisnes Isteri Nabi:Khadijah. Murah jer bukunya dan saya sertakan sedikit sinopsis yang dipetik dari http://www.bookcafe.com.my
===========================================================
Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata?

Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam perniagaan anda sendiri. 
Antaranya:
  1. Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam menentukan kejaayan Khadijah.
  2. Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad.
  3. Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?

ISI KANDUNGAN

Daripada Pengarang 

  1. Profil Ringkas Khadijah 
  2. Berniaga adalah Budaya Masyarakat Arab 
  3. Memanfaatkan Sistem Business Matching 
  4. Khadijah Menilai Peluang Perniagaan dan Diri Nabi Muhammad 
  5. Mudarabah Antara Nabi Muhammad dan Khadijah 
  6. Analisis Kos-Faedah 
  7. Mewujudkan Program Pengiktirafan 
  8. Memantau Perkembangan Perniagaan 
  9. Budaya Dipacu Prestasi 
  10. Bijak Menjalin Hubungan Baik dengan Semua Pihak 
  11. Pembezaan dalam Perniagaan Khadijah 
  12. Struktur Organisasi Perniagaan Khadijah yang Berkesan 
  13. Pengurusan Risiko 
  14. Kesinambungan Perniagaan dan Rancangan Pewarisan 
  15. Menjangka Masalah Perniagaan 
  16. Masalah Agensi 
  17. Keputusan Tepat Memilih Nabi Muhammad Sebagai Mudarib 
  18. Kesinambungan Hubungan Awal Antara Nabi Muhammad dan Khadijah
===========================================================
berfikirlah dengan mata hati kita
berbicaralah dengan suara hati
tinggalkan nafsu dan hiasan duniawi
redha Allah yang dicari
bahagia yang hakiki
bukan bahagia umpama
embun di pagi hari...
indahnya hanya seketika
terhapus selamanya
tatkala dibakar sang mentari...

No comments: