14 November 2008

How do we deal with this kind of people?...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, aku masih hidup lagi dan masih diberi peluang untuk bernafas seketika di dalam kehidupan yang fana' nie...

lama jugak tak menulis...bukan malas, dan juga bukan nya sibuk sangat pun...banyak bende nak ceriter tapi tak de kesempatan nak titipkan di mata pena virtual nie...

Al-kisah nak cerite...mengenai orang yang keje serupa tak keje...macamana tu. kekadang kita pun macam tu jugak...sekali sekala bila takde keje...kita jadi orang yang tak serupa bekerja...datang keje tapi takde de keje dan datang keje tapi tak nak keje adalah 2 perkara yang berbeza...dan natijahnya juga berbeza.

camana nak menangani orang yang tak nak buat keje, tak nak ikut arahan bos dan tak nak buat apa-apa? Datang keje..punch in, bila sampai masa punch out...hari itu takda beza dengan hari-hari sebelumnya...tak menyumbang apa-apa, malahan lagi menyusahkan sebab keje dia, orang lain nak kene buat...

kadang-kadang kita pun macam tu, sampai menyusahkan orang lain yang menanggung keje yang kita tak nak buat...tapi yang nie...hmmmm...tak tahu dah nak buat macamana.

nak dijadikan kisahnya...
ada sorang tu, boss mintak masuk satu sesi menguji prototyping aplikasi yang tengah dibangunkan...Jawapannyer macam best jer…”Tak pa lah…tak yah lah saya masuk. Keje dah separuh-separuh nie nak suruh saya masuk pulak…tak pa lah, saya tak nak masuk….” – memang jawapan yang boleh menyebabkan tuan punya badan tu nak kene lempang…tak dapat real, dapat secara virtual pun jadik la…langsung hilang respect aku dekat seorang yang bernama Hj nie…

Apa jenis orang yang bekerja…tapi tak nak bekerja…Datang pejabat punch in, then punch out…bila ada keje yang diarahkan tak nak buat…sebab keje tuh dah separuh orang lain buat dah…tdengan alasannya tak kanlah dia nak kene habiskan keje tersebut.

Kalau dah macam tu la gayanyer…tak payahlah masuk pada pertengahan tahun atau dah suku tahun….masuk la bila dah nak mula tahun baru…takdela buat keje separuh-separuh….ada jugak orang yang mentalitinya macam tu…tak nak buat keje sebab yang mulakan keje tersebut bukan dia….kalau dah macam tu, stay la kat tempat keje lama…duduk la kat situ sampai buka tahun baru. Boss pun tak terkata apa la bila aku quote balik ayat tu...hmmm...orang nie macam-macam ada.

Camaner nak buat orang macam nie...?
  • tak payah nak buat apa-apa as if dia tak wujud ke?
  • anticipate dia di dalam mana-mana aktiviti yang dilakukan, walaupun dia tak nak atau memang tak nak keje...
  • hantar pi kaunseling - untuk dia flash back balik tujuan dia bekerja
  • dan lain-lain yang bersesuaian...
kalau sape2 ada cadangan, amat-amatlah dialukan.

Saya rasa, niat tu yang penting...
"Innamala'malubinniyyat" - Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya

Kalau niat dari awal lagi dah salah...niat bekerja nak pangkat dan sewaktu dengannya. Bila tak dapat pangkatnyer atau posisi yang diingini, maka kecewalah dirinya...nak pegi keje pun dah malas, apatah lagi nak buat keje...

Kalau dari mula lagi niatnya betul, InsyaAllah ape jua cabaran yang mendatang akan dapat dihadapi....walaupun kekadang tak tertahan...

No comments: