04 August 2008

Teka-teki Imam Al-Ghazali...Siri II

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Amanah...zahirnya disebut senang, hakikatnya...dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu yang mengatakan diri mereka manusia tanpa mengira bangsa dan agama...Amanah bagi seseorang yang menggelakan diri mereka Islam sememangnya sesuatu yang amat berat untuk ditanggung apatah lagi memegangnya...tapi manusia nie seringkali lupa bahawa amanah yang dipikul hendaklah dijaga dan dipegang dengan sebaik habis yang mungkin. Lihat diri kita sendiri...banyak sebenarnya amanah yang kita pegang sehinggakan sekiranya dikira panjangnyer perjalanan merentas dunia dan cakerawala, beratnya beban sebuah gunung...tidak terkira panjangnya dan terbebannya oleh manusia sebenarnya...
tapi...manusia nie selalu lupa mengenai amanah yang telah diberikan kepada kita manusia ni...
Amanah seorang hamba kepada PenciptaNya...yang seringkali dilupakan...
Amanah sebagai Khalifah Allah bagi memakmurkan bumi ini dan bukannya menghancurkan bumi dan apa yang ada di dalamnya...
Amanah kita sebagai seorang individu...menjaga kesihatan tubuh badan kita sendiri, menjaga zahir dan batin kita...itu amanah yang perlu kita pelihara...
Amanah yang dipegang sebagai seorang anak,seorang murid dan pelajar...
Amanah yang dipegang sebagai seorang wakil yang dipercayai oleh rakyat...tetapi ramai yang menyeleweng amanah tersebut...malah menjadikan amanah yang telah diberikan sebagai satu kebanggaan dan kemegahan...kerana kuasa ada ditangannya sehingga seringkali menyalahgunakan kuasa yang ada...

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Solat - sekejap jer nak buatnyer...ada yang solat tak sampai 5 minit, tapi ramai jugak yang meninggalkannya. 1 hari kita diberi 24jam dan solat yang kita lakukan sehari hanyalah 5 kali. kalau nak dikira setiap kali solat 5 minit bermakna sehari kita hanya luangkan masa sebanyak 25minit sahaja untuk solat dari 24 jam yang kita ada. Hairannya bila kita boleh duduk sesaja sambil melihat tv atau movie berjam-jam...hairan juga bila kita boleh chatting online berjam-jam, hairan sekali bila kita boleh berborak-borak kosong berjam-jam tetapi solat yang tak sampai 5 minit kita tak boleh nak lakukan...sedihkan bila ada orang kita yang sebegitu rupa...masa untuk Tuhan yang menciptakan tidak diadakan...bagaimana nanti sekiranya Dia Yang Maha Kuasa tidak ada masa untuk kita...hinalah kita di mataNya...Jagalah solat kita, luangkan waktu yang kita ada untuk bertemu denganNya...InsyaAllah, akan ada kedamaian di dalam hati yang gundah gulana, akan ada penyelesaian bagi masalah yang dihadapi, akan ada bahagia dikala kita dilanda pelbagai masalah dan derita zahir atau batin...

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Lidah manusia nie scientificnya memang lembut, tidak bertulang dan senang dilenturkan...tapi kenapa benda yang paling tajam sekali didunia adalah lidah manusia dan bukannya pedang shogun yang tajam atau pisau pemotong yang tajam?
Lidah manusia - seringkali menjadi punca pergaduhan, perbalahan, permusuhan dan macam-macam lagi. Manusia nie bila selalu sangat menggunakan lidah sebagai senjata, melukakan hati orang lain adalah perkara biasa baginya tanpa dia sedar. Menjadikan manusia lain tidak suka atau benci atau menyampah atau tidak gemar atau menjauhkan diri seringkali berpunca dari lidah seseorang. Orang kata Mulut Laser...laser memang sesekali perlu sebab tak semua orang akan faham bahasa berkias, mulut laser juga perlu untuk menyampaikan kebenaran, tetapi lasernya perlulah ada tertibnya...berhati-hatilah dengan lidah/percakapn yang keluar dari mulut kita kerana tanpa kita sedar, kita kadang-kadang menyebabkan orang lain merasa terluka...dan tanpa kita sedar, kita telah menjadikan diri kita musuh seseorang dan juga tanpa kita sedar sebenarnya kita telah menambahkan dosa-dosa kita yang sedia ada banyaknya...Jadi berhati-hatilah dengan lidah kita!

No comments: