25 August 2008

ESQ Training Public KL 5 - 7 September 2008

Tarikh : 5-7 September 2008
Tempat : Hotel Summit, Subang Jaya
Yuran : RM1000
Umur : 18 tahun ke atas
Trainer : Aminul Rachman Pulungan
Promosi : Berkumpulan (Rm1000 x 5) – Daftar 5 percuma 1

Untuk ESQ Training Public KL 22 pada 5-7 Sept 2008 @Summit, tiada Renungan 165 atau Preview dijalankan. Tetapi akan digantikan pengisian dengan solat terawih pada Sabtu, 6/9/2008.

Semua alumni dan keluarga dijemput hadir. Jom sama-sama kita meriahkan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Bagi yang berminat untuk mengetahui dan menjalani Training Spiritual ESQ, bolehlah menghubungi pihak ESQ Malaysia di:

Email: info@esq.com.my
KUALA LUMPUR
Telefon: 03-7725 1651 / 03-7728 1650
Faks: 03-77241650

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari..."

22 August 2008

Penat seh...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

seminggu abg sekeluarga berada di kl terasa seperti sebulan...penatnye melayan anak-anak buah memang tak terkata...tapi...seronok sebab seminggu yang happening diisi dengan aktiviti yang pelbagai...dari pagi sehinggalah ke hampir tengah malam masa diisi dengan berjalan dan aktiviti-aktiviti lain...anak-anak buah seronok sebab banyak tempat yang menarik boleh dilawati, mak ayah diorang lak seronok memborong dan shopping dan makan yang sedap2 di sini....

dari mula sampai sehinggalah hari rabu yang lepas ade je aktiviti yang dilakukan...
rumah tak payah nak ceriterlah...pejam mata jer tengok rumah
nampak pelik dan janggal jer bila rumah penuh dan meriah...balik kerja ade jer yang menunggu di depan pintu...

sekarang nie bila semua dah balik...terasa pelik dan sunyi pulak tak dengar suara 3 stooges tu...sunyi dah rumah sekarang nie dan kembali seperti biasa...

minggu nie buat general cleaning yang tak habis lagi dari hari rabu...
harap-harapnyer diorang boleh datang lagi ke sini..InsyaAllah

to all my 3 stooges...u made up my day for the whole last week...:D

04 August 2008

Teka-teki Imam Al-Ghazali...Siri II

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Amanah...zahirnya disebut senang, hakikatnya...dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu yang mengatakan diri mereka manusia tanpa mengira bangsa dan agama...Amanah bagi seseorang yang menggelakan diri mereka Islam sememangnya sesuatu yang amat berat untuk ditanggung apatah lagi memegangnya...tapi manusia nie seringkali lupa bahawa amanah yang dipikul hendaklah dijaga dan dipegang dengan sebaik habis yang mungkin. Lihat diri kita sendiri...banyak sebenarnya amanah yang kita pegang sehinggakan sekiranya dikira panjangnyer perjalanan merentas dunia dan cakerawala, beratnya beban sebuah gunung...tidak terkira panjangnya dan terbebannya oleh manusia sebenarnya...
tapi...manusia nie selalu lupa mengenai amanah yang telah diberikan kepada kita manusia ni...
Amanah seorang hamba kepada PenciptaNya...yang seringkali dilupakan...
Amanah sebagai Khalifah Allah bagi memakmurkan bumi ini dan bukannya menghancurkan bumi dan apa yang ada di dalamnya...
Amanah kita sebagai seorang individu...menjaga kesihatan tubuh badan kita sendiri, menjaga zahir dan batin kita...itu amanah yang perlu kita pelihara...
Amanah yang dipegang sebagai seorang anak,seorang murid dan pelajar...
Amanah yang dipegang sebagai seorang wakil yang dipercayai oleh rakyat...tetapi ramai yang menyeleweng amanah tersebut...malah menjadikan amanah yang telah diberikan sebagai satu kebanggaan dan kemegahan...kerana kuasa ada ditangannya sehingga seringkali menyalahgunakan kuasa yang ada...

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Solat - sekejap jer nak buatnyer...ada yang solat tak sampai 5 minit, tapi ramai jugak yang meninggalkannya. 1 hari kita diberi 24jam dan solat yang kita lakukan sehari hanyalah 5 kali. kalau nak dikira setiap kali solat 5 minit bermakna sehari kita hanya luangkan masa sebanyak 25minit sahaja untuk solat dari 24 jam yang kita ada. Hairannya bila kita boleh duduk sesaja sambil melihat tv atau movie berjam-jam...hairan juga bila kita boleh chatting online berjam-jam, hairan sekali bila kita boleh berborak-borak kosong berjam-jam tetapi solat yang tak sampai 5 minit kita tak boleh nak lakukan...sedihkan bila ada orang kita yang sebegitu rupa...masa untuk Tuhan yang menciptakan tidak diadakan...bagaimana nanti sekiranya Dia Yang Maha Kuasa tidak ada masa untuk kita...hinalah kita di mataNya...Jagalah solat kita, luangkan waktu yang kita ada untuk bertemu denganNya...InsyaAllah, akan ada kedamaian di dalam hati yang gundah gulana, akan ada penyelesaian bagi masalah yang dihadapi, akan ada bahagia dikala kita dilanda pelbagai masalah dan derita zahir atau batin...

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Lidah manusia nie scientificnya memang lembut, tidak bertulang dan senang dilenturkan...tapi kenapa benda yang paling tajam sekali didunia adalah lidah manusia dan bukannya pedang shogun yang tajam atau pisau pemotong yang tajam?
Lidah manusia - seringkali menjadi punca pergaduhan, perbalahan, permusuhan dan macam-macam lagi. Manusia nie bila selalu sangat menggunakan lidah sebagai senjata, melukakan hati orang lain adalah perkara biasa baginya tanpa dia sedar. Menjadikan manusia lain tidak suka atau benci atau menyampah atau tidak gemar atau menjauhkan diri seringkali berpunca dari lidah seseorang. Orang kata Mulut Laser...laser memang sesekali perlu sebab tak semua orang akan faham bahasa berkias, mulut laser juga perlu untuk menyampaikan kebenaran, tetapi lasernya perlulah ada tertibnya...berhati-hatilah dengan lidah/percakapn yang keluar dari mulut kita kerana tanpa kita sedar, kita kadang-kadang menyebabkan orang lain merasa terluka...dan tanpa kita sedar, kita telah menjadikan diri kita musuh seseorang dan juga tanpa kita sedar sebenarnya kita telah menambahkan dosa-dosa kita yang sedia ada banyaknya...Jadi berhati-hatilah dengan lidah kita!

Teka teki Imam Al-Ghazali...

Ahad-3 Ogos 2008
Hari nie perjalanan agak panjang
Dari Kuching - Putrajaya - sehinggalah ke Kemaman
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 jam memang berbaloi...dengan keletihan yang tidak terasa lagi...sampai di INTAN Pantai Timur dalam jam 10pm, terus masuk kuliah mengenai Integriti Sektor Awam dan...dapatlah serba sedikit ilmu dari sebanyak-banyak ilmu yang ada...

Antaranya:
Teki-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Kita selalu lupa bahawa saat-saat kematian itulah yang paling dekat dengan diri kita di dunia...hidup hanya sementara, sedangkan MATI itu sesuatu yang pasti...selalu juga kita berbangga dengan segala yang kita ada di dunia padahal semuanya bersifat sementara...ada yang berbangga dengan harta yang ada, anak yang ramai, kepandaian yang membuatkan seseorang mulia di mata manusia lain, pangkat dan kemuliaan yang diberikan oleh seorang manusia yang lain...segala yang kita ada di dunia ini akan ditinggalkan kecuali amal ibadat dan amal jariah kita, dan anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kita...bagi yang masih belum punya anak jangan bersedih kerana amal jariah yang kita tinggalkan di dunia InsyaAllah dapat menolong kita di Padang Mashyar kelak...

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Pepatah ada mengatakan bahawa MASA ITU EMAS, seperti bernilainya emas di mata manusia, begitulah bernilainya MASA...tapi selalunya manusia lebih memandang bernilainya emas lebih dari bernilainya MASA. Kita selalu membazirkan masa yang ada sehinggakan ada yang selalu mengatakan tidak punyai cukup masa untuk mengatur kehidupan sendiri dan keluarga...berapa lagi masa yang kita perlukan sehingga ianya menjadi cukup buat kita...setiap orang mempunyai 24 jam sehari dan ada yang mampu membahagikan masa tersebut sehingga menjadi cukup untuk bekerja, keluarga, diri sendiri dan juga Tuhan Yang Maha Menciptakan...tetapi selalunya, kita beranggapan bahawa masa yang ada tidak mencukupi untuk kita melakukan semua...barangkali sekiranya diberikan masa selama 100 jam sehari juga mungkin tidak akan pernah cukup bagi manusia yang tidak pandai menghargai masa...
Masa yang lalu juga sudah pergi terlalu jauh untuk kita kenangi..."Let bygone be bygone"...hargai masa yang sedia ada dan penuhi masa tersebut dengan sebaiknya, masa yang akan datang belum tentu akan sampai kepada kita kerana kita tidak tahu samada kita punya kehidupan untuk masa akan datang...kerana bila-bila masa sahaja kita akan MATI...dan nikmat yang Allah S.W.T pinjamkan kepada kita akan dikembalikan kepada Yang Hak.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Hawa Nafsu - yang tidak nampak tetapi mempunyai peranan yang besar di dalam diri kita yang bernama insan. Tanpa hawa nafsu, kita tidak ada perasaan untuk makan, minum, bekerja, tidur, bercinta, berkeluarga dan beribadah...hawa nafsu bila tidak dikawal dengan iman akan menguasai kita manusia. Bila sesuatu perkara dibuat dengan nafsu...jadilah kita sehina-hina makhluk di bumi lebih hina dari haiwan yang hina...Berhati-hatilah dengan hawa nafsu kita...kawal hawa nafsu kita agar ianya tidak menguasai diri kita...bila rasa seperti hawa nafsu sedang menguasai diri kita, carilah jalan agar ianya tidak berpanjangan walaupun jalan yang kita tempuhi itu sukar dan panjang...InsyaAllah perjuangan menentang hawa nafsu merupakan satu jihad kepada kita...orang yang mati dalam keadaan berjihad InsyaAllah...bahagianya akan tiba di sana.

InsyaAllah...nanti saya akan ulaskan yang selanjutnya...perlu rehat sebentar untuk sesi seawal paginya nanti...