15 September 2008

GARIS-GARIS DEJAVU

novel yang sedang dibaca sekarang nie...tak sempat nak habiskan sesegera yang mungkin memandangkan banyak komitment di pejabat yang perlu diselesaikan dulu...InsyaAllah sedikit masa lagi selepas kekalutan yang sedang dihadapi sekarang ini....selesai...
baru separuh novel dibaca...apa yang bole dikatakan...menarik dan tak menyesal membeli...

Saya titipkan ulasan dari novel itu dulu:

Kata Rumi:
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati!

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?

Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?

=============================================================

wokey....my turn pulak untuk buat ulasan
bagi saya...membaca buku nie seumpama mengembara ke merata pelusuk dunia...

  • kembara di padang pasir bersama Ashraf yang mencari Laila nya
  • kembara bersama damien yang mencari ayahnya sehingga bertemu dengan ayah kandungnya yang tidak disangka-sangka
  • kembara nini dari bumi Malaysia ke Asia Barat yang membawa padah - untuk mencari redha dan keampunan dari seorang yang bernama Suami
  • kembara Suraya dari Malaysia ke Tanah Britain yang kecewa kerana cinta hingga sanggup menggadaikan ketauhidan yang telah dipupuk sejak lahir lagi

Rentetan peristiwa demi peristiwa yang dialami oleh setiap karakter ternyata mengesankan...

Asharaf yang merasai satu kehilangan di dalam hidupnya...mencari-cari Lailanya di pelusuk tanah Arab yang tandus, lantas meningglkan isterinya di Malaysia. Isteri yang tidak dicintainya kerana cintanya hanya kepada Laila...atas rasa bersalah tersebut, dia mencari Laila walaupun mengetahui pencarian tersebut bakal mengundang bahaya pada dirinya...

Suraya yang terpedaya dengan janji manis seorang paderi sehingga membawa kepada murtadnya seorang Islam mungkin pernah berlaku di alam realiti. Missionari-missionari seperti itu selalu tekad di dalam merubah ketauhidan seseorang Islam dan merubahnya kepada Kristianisasi...dengan janji-janji manis yang ditaburkan, dengan ucapan-ucapan syahdu yang bisa mencairkan hati seorang wanita, Suraya terpedaya dengan manusia yang bertopengkan syaitan sehingga sanggup mencemarkan kitab suci agamanya sendiri demi seorang lelaki. Setelah bertahun hidup dalam kegelapan...ada sekelumit sinar hidayah yang muncul menyelamatkan Suraya dari terus sesat dalam kegelapan...

karakter yang lainnya mungkin boleh diketahui dengan membaca terus novel nie...memang menarik dan tak menyesal membeli

No comments: