Tuesday, March 4, 2008

Perginya seorang ketua keluarga

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh...
Salam cyber...dah lama saya tak menulis...dah lama juga tak buka komputer dan internet...lebih 2 minggu...atas sebab yang tidak terduga-duga oleh saya dan keluarga...

Jumaat 22 Februari 2008 jam 450am bersamaan dengan 15 Safar 1429H yang lepas kami sekeluarga telah kehilangan seorang yang kami sayangi dan hormati...ayahanda tercinta, Hj. Kamal bin Ali. Perginya di pagi Jumaat yang mulia memang amat memeranjatkan kami semua. Arwah tidak pernah mempunyai sakit kronik seperti sakit jantung,darah tinggi dan kencing manis...cuma sakit saraf yang tidak membolehkan arwah berjalan dan hanya bergantung kepada kerusi roda sahaja. Ternyata Allah S.W.T lebih menyayangi beliau dan kami semua redha dengan pemergiannya.

Pun begitu, arwah tidak pernah menyusahkan anak-anak di atas ketidakupayaan beliau...beliau mampu menguruskan diri sendiri seperti mandi, ke tandas dan makan dengan sendiri...sesekali beliau meminta dibelikan makanan yang disukainya.

Petang khamis, terima sms dari kakak mengatakan ayah di wad emergency kerana diserang sakit lelah yang tidak pernah dihadapinya selama ini. Saya call kakak dan dari suaranya seperti menghendaki kami adik beradik berada di sana...tanpa lengah dan tanpa kata-kata saya kemaskan meja kerja saya dan minta adik ofis menghantarkan ke lcct...nasib baik petangnya penerbangan ke Kuching masih banyak yang kosong, walaupun tiketnya menjangkau hampir RM300.00 sehala...

Terasa masa berlalu teramat perlahan sekali...setiap saat saya menghitung waktu dan terasa 1jam45minit di dalam kapal terbang serasa seperti sudah berada lebih dari 10jam di ruang udara...

Jam 930pm, barulah saya dan adik sampai di hospital...terasa sayu hati bila melihat arwah pada masa itu...ceria walaupun memakai topeng oksigen pada mulutnya...ceria mukanya melihat anak-anak berada di depan mata...kekadang hati seorang ayah nie susah nak dijangkakan dan sukar untuk dimengertikan...kasih sayang seorang ayah tidak terucapkan dengan kata-kata...

Saat-saat terakhir saya dan adik yang sempat menjaganya walau barang sekejap di hospital amat memberi makna kepada kami...sungguhpun kami duduk berjauhan, Alhamdulillah kami sempat bertemu dengan arwah sehingga ke akhir hayat beliau.

Al-Fatihah buat Ayahanda Hj Kamal bin Ali dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama golongan Mukminin dan kekasih-kekasih Allah s.w.t. Aamin

Post a Comment

Most Popular