14 March 2008

Angin Perubahan dalam Politik Malaysia

Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya yang ke-12 yang telah berlangsung pada 8 Mac 2008. 5 negeri telah dikuasai oleh Parti-parti Pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kelantan – PAS
Kedah – PAS
Pulau Pinang – DAP
Perak – DAP, PKR dan PAS
Selangor – PKR, DAP dan PAS

Kelantan mengekalkan tradisi dengan kemenangan besar PAS di negeri tersebut.
Selangor negeri termaju di Malaysia telah bertukar tampuk kepimpinannya….dan menerima MB yang baru iaitu Setiausaha agung PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga wakil Ijok.
Pulau Pinang juga menerima Ketua Menteri yang baru dari DAP…dan DAP dengan angkuhnya mengumumkan penghapusan DEB di negeri tersebut…
Kedah menerima MB yang baru dari PAS
Perak – Parti-parti pembangkang masih lagi berding-dong dan bertelagah untuk menamakan calon MB Perak yang sesuai. Kemenangan lebih berpihak kepada DAP apabila memenangi lebih banyak kerusi dari PAS dan PKR, tetapi perlembagaan menghalang usaha DAP untuk menjadikan salah seorang calon DAP sebagai MB kerana MB perlulah dari kalangan orang Melayu bagi negeri-negeri yang mempunyai Sultan….diberitakan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dilantik sebagai MB Perak yang baru.

Lihat Utusan Malaysia 14 Mac 2008
IPOH 14 Mac — Semua 31 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas telah menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.....

Lembah Pantai telah diambil alih oleh Nurul Izzah anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sungai Siput merupakan kubu kuat Presiden MIC jatuh ke tangan pembangkang…
Dan banyak lagi….

Kalau dilihat senario politik sekarang ini, BN memang telah terpukul dengan hebatnya di mana parti komponen besar BN – MCA dan MIC telah kalah teruk di kubu-kubu kuat mereka. Melihatkan senario keputusan pilihanraya baru-baru ini, pimpinan BN perlu bekerja lebih keras, lebih tulus dan lebih bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan BN dan di dalam mendapatkan undi rakyat pada Pilihanraya akan datang…rakyat telah melihat kepimpinan BN sekarang banyak kelemahan-kelemahannya di mana pemimpin-pemimpin BN yang telah diamanahkan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat tidak bersungguh di dalam melaksanakan amanah tersebut. Dengan kenaikan harga barang-barang asas, kenaikan minyak, isu rasuah, dan macam-macam isu lagi yang timbul, menambahkan kemeluatan dan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan BN. Diharapkan keputusan pilihanraya kali ini akan dijadikan satu “lesson learned” kepada BN untuk lebih telus, amanah, bersungguh-sungguh, tidak kroni men-kroni dan tidak mementingkan diri sendiri….

Bagi parti-parti pembangkang yang telah menang dan telah diberi kepercayaan oleh rakyat di tempat masing-masing, saya rasa mereka memang amat perlu mengotakan janji masing-masing. Tempoh pemerintahan bukanlah lama sebelum pilihanraya yang akan datang. Sekiranya janji-janji manis yang telah ditaburkan semasa kempen pilihanraya ke-12 baru-baru ini gagal ditunaikan, mungkin pengundi akan berpaling tadah sekali lagi di dalam memberikan undian…kempen untuk mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga barang-barang asas, menurunkan harga petrol dan banyak lagi janji-janji manis yang ditaburkan akan ditunggu-tunggu oleh pengundi-pengundi yang mengundi….

Saya bukanlah anti-BN dan bukan juga penyokong parti pembangkang…yang tersebut di atas adalah dari pemerhatian dan pandangan saya yang memang kurang arif dengan situasi politik di sini…saya hanyalah merupakan salah seorang dari berjuta pengundi-pengundi di Malaysia yang mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri…dan undi saya adalah rahsia…J

Bagi saya pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang hebat dan salah satu daripadanya adalah disukai oleh rakyat…sifat-sifat terpuji perlu ada – amanah, jujur, telus, dll. After all, sebenar-benarnya kita semua adalah pemimpin sama ada…pemimpin untuk diri sendiri, keluarga, komuniti ataupun negara…dan setiap dari kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan itu ke atas yang dipimpin…

Wallahua’lam

No comments: