20 February 2008

Surat Layang...surat tidak layang...surat melayang-layang

Baru-baru nie kecoh satu keluarga besar tempat saya bekerja dengan surat layang yang dilayangkan kepada salah satu dept nie....saya pun baru jer tahu alkisahnya secara general. Bahaya jugak kalau tahu secara terperinci nie....silap haribulan menjadi satu topik yang akan diperkatakan...dah lah satu keluarga besar tahu, kita pulak sibuk dok bercerita pasal surat layang nie...

Sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi masalah khabar angin, fitnah ini telah timbul dan berlaku apatah lagi di zaman yang serba canggih ini....

orang boleh buat superimpose untuk menyebarkan gambar-gambar selebriti, orang-orang kenamaan untuk menjatuhkan mereka atau mungkin hanya sebagai hobi sahaja...kalaupun sebagai hobi, amatlah tidak bermanfaat sekali hobi tersebut....selain superimpose, khabar-khabar angin dan fitnah yang berupa surat menyurat juga berleluasa sekarang nie, samaada menerusi email , blog dan sebagainya....

tak kira sejauh mana kebenaran yang disebarkan di dalam surat2 berkenaan, tidak kira juga siapa yang terlibat, dan tidak kira juga berapa nilai yang telah dikeluarkan....amat wajarlah bagi orang yang menyebar, bersua muka, bertentang mata dan bersifat kejantanan atau kebetinaan d dalam menyampaikan kebenaran....atau mendapatkan kebenaran...

bukan berdasarkan pemerhatian yang belum tentu benarnya...pandangan mata boleh menipu kita, bukan berdasarkan ceritera kawan-kawan atau orang yang bercerita dengan kita...pandangan akal mungkin tersalah....dan bukan juga berdasarkan dengan persepsi sahaja....pandangan nafsu itu melulu....

lihatlah dengan mata hati, tanya dahulu sebelum membuat penilaian...dan sekiranya benar pun dan ingin menyebarkan kepada orang lain, jadilah orang yang berpegang kepada kebenaran dan berdepan dengan beraninya...

Allah S.W.T melarang keras perbuatan menyebarkan fitnah dan khabar-khabar angin ini dan golongan penyebar maklumat palsu ini dijanjikan Allah S.W.T dengan balasan azab siksa neraka yang amat pedih. Maksud firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 19, bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya".

kita nie pun, kekadang tanpa sedar kita membawa perkhabaran angin lalu yang boleh menimbulkan fitnah...jagailah percakapan yang keluar dari mulut kita yang mungkin boleh memerangkan kita memasuki neraka jahanam. Peringatan ini untuk diri saya sendiri terutamanya.

Waalahu'alam

No comments: