24 September 2007

Setkan Minda Anda...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Luar Biasa...

Adakah anda berasa LUAR BIASA BAGUS hari ini?
Kalau Ya...Alhamdulillah...
Kalau TAK...ubah minda anda sekurang-kurang hari anda hari ini akan menjadi BAGUS dan bukannya KURANG BAGUS...saya dalam proses menyambung kembali bacaaan buku Dr. H.M Tuah, Jangan Main-main.
Tak habis-habis lagi membacanya...
Ada satu sektsa yang menarik perhatian saya...
Mind Set...(lebih kuranglah tajuknya...)
Pernah tak kita set kan minda kita kepada yang bagus-bagus sebelum tidur untuk hari esoknya?....Selalu?...Kadang-kadang?...Jarang-jarang?....ataupun Tak Pernah Langsung?...
Kebiasaannya kalau esoknya hari isnin, ramai di antara kita yang mengeluh...esok dah nak keje dah...nak kene seterika baju, nak kene bangun awal, nak kene pegi pejabat dsb...Minda kita nie, Tuhan telah jadikan sebaik-baik ciptaan...tidak ada orang yang dilahirkan bodoh di dunia nie, tidak ada orang yang dilahirkan sentiasa patah semangat untuk hidup di dunia nie...dan tidak ada orang yang dilahirkan untuk gagal di dalam kehidupan...semuanya terpulang kepada diri kita sendiri...jatuh bangun kita adalah disebabkan kita sendiri..it's all in our mind....

saya bagi contoh yang memang biasa sangat:
Hari Isnin kita dah nak kene keje balik...Ahad tuh dah mengeluh dah..."lecehlah esok nak kene keje"...bila mulut berkata-kata yang negatif, minda apatah lagi....mulalah kita bangun lambat...bila dah bangun lambat...terkocoh-kocohlah nak berkemas dengan bajunya tak seterika lagi, dsb...akhirnya kita lambat pulak datang ke pejabat...sampai ke pejabat dengan keadaan kelam kabut...minda kita tak bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dan kerja-kerja di pejabat atau di sekolah dsb...bila dah jadi macam tu...prestasi kerja kita akan terkena tempias sekali...satu hari di pejabat, ada je tak kena...tapi ada jugak yang terkocoh-kocoh datang ke pejabat, keje siap jugak...siap camana tuh saya tak tahula...mungkin tak siap 100% sempurna...adalah salah silap kat mana-mana...tak pasal-pasal kene buat 2-3 kali keje yang sama...saya pun pernah alami perkara di atas...dan saya percaya semua orang pernah mengalaminya...cuba bagitau saya, siapa yang tak pernah alami kekecohan seperti yang saya sebutkan di atas tadi...sebenar-benarnya, kita boleh elakkan kekocohan tersebut...sebelah malamnya, set kan minda utk bersiap sedia bagi hari esoknya..macam nak pergi berperang pulak kan...tapi sebenar-benarnya memang pergi berperang pun...berperang untuk hidup dan meneruskan kehidupan ke arah yang lebih baik lagi...

sebelum tidur, baca doa hendak tidur, Ayat Kursi, 3 Qul dan sebagainya...setkan dalam minda anda yang anda ingin menjadi orang yang lebih baik dari hari ini dan semalamnya...anda ingin menjadi orang yang boleh menyumbang dan bukannya orang yang disumbangkan...anda ingin menjadi orang yang tidak menyusahkan orang lain dan apa-apa sahaja yang positif...setkan di dalam minda sebelum tidur semua benda-benda yang positif...

bila perkara-perkara yang positif dan cemerlang di set kan di dalam minda...semasa tidurnya, otak kita sebenarnya masih lagi berfungsi dan bekerja...esoknya...kita akan bangun di dalam keadaan yang segar bugar, bersemangat dan ceria kerana kita telah set kan dan tanamkan niat baik dan cemerlang kita di dalam minda untuk direalisasikan pada keesokan hari nya...kalau tak percaya...cuba buat sekali dan banyak kali...InsyaAllah...anda dan saya akan menjadi orang yang cemerlang di dalam pekerjaan dan di dalam hidup...

tapi kekadang tuh bila kita masuk tidor, kita baca jer doa hendak tidor....ada pulak terus terpengsan disebabkan keletihan...tak sempat nak setkan apa-apa untuk minda...tu yang selalunya, bangun pagi seperti liat jer nak bangun...kekadang terlajak lagilah ada... "Innamal a'malu binniyyati"...Sesungguhnya setiap amalan itu beserta dengan niat...ada ke orang bekerja atau belajar tanpa niat...ade ker orang yang nak kawin tanpa niat apa-apa..mestilah ada niat kan...orang yang kawin samada niat untuk mengembangkan keturunan, atau kawin kerana harta, atau kawin kerana cinta dsb semuanya ada niat dan tujuan...peringatan buat diri saya terutamanya...sentiasa set kan minda kepada sesuatu yang positif, yang cemerlang, yang luar biasa...InsyaAllah, kita akan menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri dan menyumbang kebaikan tersebut kepada orang lain juga...
Wallahua'lam

No comments: