23 September 2007

Merancang Tugas Harian

saya terbaca dalam Mingguan Wanita...artikel Merancang Tugas Harian. Bagaimana Merancang Tugas Harian dari hari ke hari....hmmmm...menarik jugak artikel nie. Kekadang kita 'blur' nak merancang tugas seharian kita...datang ke pejabat takde perancangan untuk tugasan hari tersebut...datang keje sesaje jer...peringatan diberikan terutamanya kepada saya sendiri...kalau ada yang memberikan manfaat kepada orang lain...alhamdulillah....

Artikel tersebut memberi tips bagaimana hendak merancang tugas seharian di pejabat terutamanya. Antaranya adalah:

DTA - Duduk, Tulis dan Atur = duduk merancang dan tulis/catatkan apa perancangan hari nie. Kemudian aturkan perancangan tersebut supaya tugas seharian akan menjadi lebih teratur. Tip yang bagus, tapi manusia nie lumrahnya pelupa. Hari nie buat esok terlupa nak buat...tapi cuba-cubalah buat untuk perancang selama seminggu...InsyaAllah waktu kerja kita tidak akan sia-sia dan kita tidak dikatakan makan gaji buta...(peringatan untuk diri saya terutamanya...

Tentukan prioriti setiap tugasan yang sudah disenaraikan - first thing first. Mana yang penting didahulukan dan mana yang kurang sedikit pentingnya dikemudiankan...tapi jangan pulak lupa perkara yang bukan penting pada masa itu kerana tugasan tersebut sekiranya ditangguh-tangguhkan akan menjadi kritikal pada masa akan datang sekiranya dilupakan.

Sentiasa di atas Landasan - sentiasa on the track...terbabas sikit kekadang susah nak kembali ke landasan yang asal. Sentiasa jelass dengan matlamat tugasan seharian kita...

Asah Parang Setiap Masa - bukanlah maksud nak suruh asah parang bagi tajam, tetapi asahkan kemahiran bekerja dengan menghadiri kursus-kursus yang berkaitan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja sebagai satu pasukan, kemahiran berunding dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan di dalam tugasan kita seharian.... Akhiran, If you fail to plan, you plan to fail...N

No comments: