24 September 2007

Jangan Main-Main - EQ vs IQ

Currently reading – JANGAN MAIN-MAIN (DR. H.M.TUAH ISKANDAR)Kali nie buku Dr. Tuah ada sedikit kelainan dari buku-buku beliau yang lain…

Bercerita mengenai motivasi diri dan orang lain juga…entah kali yang ke berapa saya membaca buku-buku motivasi yang sepatutnya boleh menaikkan motivasi diri saya …tetapi kekadang saya kecundang dengan emosi…mungkin EQ saya tidak mencukupi untuk saya sampai ke tahap yang boleh menyebabkan saya bertindak secara rasional….

- Kelemahan kita yang paling lemah adalah percaya kita lemah sebelum benar-benar terbukti yang kita ini adalah lemah
Hmmm…memang kene jugak pada saya. Kekadang kita percaya kita tidak mampu nak buat sesuatu bende sebelum kita mencuba…dalam kerja kita, awal-awal lagi kita surrender dengan tugas yang diberikan…awal-awal lagi kita mengaku kalah dan mengalah dengan keadaan….kenapa yer? Adakah kita betul-betul lemah ataupun kita sengaja untuk mencari alasan tidak mahu mencabar diri kita sendiri? Kadang-kadang kita nie berlagak pandai di atas sesuatu yang tidak patut….berlagak berani pada perkara-perkara yang tidak mendatang faedah…tetapi awal-awal lagi kita kalah bila ada sesuatu yang mungkin akan meberi manfaat dan kebaikan pada kita pada masa akan datang…

- Praktiskan diri untuk bangun sebelum masuknya subuh.
Orang yang bangun awal sebelum masuk waktu subuh dikatakan akan mendapat kesihatan yang mantap…sihat tubuh badang, murah rezeki…cuba anda bayangkan kalau kita bangun lambat, bergegas nak pegi kerja, kelam kabut dan kekadang kekelaman kabutan kita itu akan terbawa-bawa di tempat kerja…bilamana kita nak buat keputusan, keputusan yang kita ambil adalah keputusan yang dibuat di dalam keadaan yang kelam kabut…hmmmm susah jugak nak praktis bangun sebelum subuh nie…dah biasa bangun 630am pun dah rasa macam awal jer…tapi apa salahnyer mencuba…..kot-kot ler boleh jadi habit…

- Kita kisah dan selamanya kita perlu kisah…apa yang kisahnyer???…
kita perlu kisah dengan saudara seagama kita…kalau ada yang tak solat jumaat atau solat 5 waktu di pejabat, kita kene kisah…kalau sekali kita tegur, tak makan saman dan buat dek jer…tegur lagi…bila dah tak boleh nak tegur dengan mulut, atau dengan perbuatan…tegurlah dalam diam dan itulah selemah-lemah iman kita…jangan pulak kita mengata dari belakang….”eh, si polan tu kan tak solat jumaat la…” lepas tuh ada pulak yang menyampuk mengiyakan apa yang kita cakap….dah! sama-sama buat ketupat…daripada nak buat baik tetiba buat dosa pulak dengan buat ketupat…haru-biru jadinya

- Kita serupa walau di mana pun kita berada – apa yang serupernyer????….yang serupernye kita nie adalah Hamba Allah…yang hanya hidup sementara di muka bumi yang dipinjamkan Allah kepada kita…tak payahlah kita nak berbangga yang kita nie ada sesuatu yang orang lain takde…yang kita nie ada kereta besar, tapi orang lain pakai kereta kecil jer atau takde kereta langsung, yang kita ini mempunyai keluarga yang dekat dengan kita, tapi orang lain keluarganya jauh dan yatim piatu ditempat orang, yang kita nie lebih pandai lagi dari orang lain, yang kita nie telah membuat sesuatu yang membanggakan, tapi orang lain belum capai tahap kita lagi, yang kita nie banyak duit dan kaya raya sedangkan orang lain masih struggle lagi nak cari sesuap nasi….yang kita nie dah banyak kali keluar ke oversea dan melihat Negara orang sedangkan orang lain terkial-kial lagi nak kumpul duit untuk melanncong ke luar Negara…dan entah-entah dalam Negara pun tak pernah melancong lagi….yang kita nie asyik keluar masuk hotel sedangkan ada orang yang tak mampu nak merasa duduk hotel pun sebab dok rumah setinggan….hmmmmm…apa yang nak dibanggakan sangat?....rumah besar, kereta besar, keluarga besar dan serba serbi besar bukanlah ukuran untuk kita berbangga bila mengadap Pencipta kita nanti….kita nie sama jer…bila mati nanti akan kembali ke tanah juga…tak payahlah kita nak berbangga-bangga dengan apa yang kita ada sekarang ini…kita semua sama jer…yang membezakan adalah iman dan ketakwaan kita kepada Pencipta kita…..

- Bercakap pasal keluar masuk hotel nie….hmmmm…apelah yang nak dibanggakan…dok hotel selalu bukannyer best sangat pun….boring pun ada...teringat orang member nie, bila dia tanya pesal ape selalu takde kat office….aku jawabla…outstation…”wah bestnyer dok hotel”…senyum jerlah…”apa yang best sangat dok hotel nie?”…yelah…makan sedap….bilik ada orang kemas, boleh gunakan facilities yang ada….kesimpulannya best lah….hmmmm…tak tahu nak cakap camner….yang penting bila kene outstation kat hotel nie, habis tenaga dan kudrat diperah sampaikan bila dah seminggu dok hotel buat keje, balik rumah flat dah….dah tak boleh nak buat aper dah…nak pegi memana pun dah malas sebab dah lama sangat tinggalkan rumah sampaikan bila ada peluang dok rumah…memang dalam erti kata sebenar memang dok rumah jer lah…sesekali jumpa jugak kengkawan, sedara mara yang dekat mengeratkan silaturrahim…hmmm…kalau dah selalu sangat keluar masuk hotel nie rasanyer memang tak bestlah jawabnyer! Banyak yang tak eloknyer dok hotel nie…kekadang pemakanan pun dah tak terkawal sebab almaklumlah makanan kat hotel sedap2….sepanjang masa dok dalam aircond dan kekadang tak menghirup udara segar pun…menjejaskan kesihatan lah pulak…hmmmm…macam-macam….

- Bicara soal pemikiran – hmmmm….selepas baca sketsa 8 daripada buku ini…rasanyer ada betul jugak apa yang dikatakan oleh Dr. Tuah nie….kekadang kita nie lebih mengutamakan IQ dari EQ dan SQ….bagi saya, IQ bolehlah digunakan sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita seseorang itu…memang tidak dinafikan kita memerlukan IQ…kalau tak de IQ susah pulak nak lulus dalam peperiksaan….tapi dalam masa yang sama EQ kene dan perlu juga di asah…jangan IQ jer yang perlu kita titikberatkan…dalam alam pekerjaan memang pada awalnyer IQ dilihat sebagai tali ukuran untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan…takkanlah nak ambik yang tak lulus SPM untuk jadi officer…kenelah ambik yang dah ada ijazah untuk jadi officer berdasarkan kepada qualification seseorang itu….bila dah masuk kerja…disitulah EQ dan SQ mengambil peranan yang lebih di dalam menyelesaikan dan menghadapi sesuatu masalah atau keadaan di dalam pejabat dan persekitaran kita…orang yang pintar dan punyai IQ tinggi mungkin boleh membuat penyelesaaian matematik yang rumit dan boleh mencipta sesuatu, tetapi kekadang diorang nie tak boleh nak selesaikan masalah yang berkaitan dengan perasaan dan penyelesaian yang kualitatif….agak-agak faham tak apa yang saya cuba sampaikan….? Kene fakir-fikir sendirilah yer…adakah kita mempunyai IQ yang tinggi dan kekurangan EQ dan SQ, ataupun kita mempunyai kelebihan dari segi EQ dan SQ tapi kurang dalam IQ….atau kita langsung tidak mempunyai ketiga-tiga Q tersebut…atau kita mempunyai semua Q dan dapat menyeimbangkan antara ketiga-tiganya….saya harap diri saya dan anda semua tidak berada di kalangan orang yang langsung kekurangan ketiga-tiga Q…. …
yang nie pantun bagi sketsa 8 dari buku tersebut ::
pagi-pagi ke rumah mokhtar,
sampai kebun petik palas,
jangan susah hati kalau tak pintar,
patut lebih takut kalau malas….

- Yang diperlukan adalah EQ iaitu Emotional Quotient dan Super Quotient…saya bersetuju dengan claim yang dibuat Dr.Tuah bahawa orang yang bijak mengawal emosi adalah lebih cemerlang daripada orang yang pintar…anda setuju????....bagi saya masa belajar memamng kita memerlukan otak yang IQnya tinggi…kalau tak macamana nak cemerlang di dalam peperiksaan…tapi dalam masa yang sama EQ juga perlu diasah…dalam alam pekerjaan kita memerlukan EQ yang mana mampu menjadikan kita mengawal emosi…kekadang dalam sesuatu pejabat, kita dah tak memerlukan sangat orang yang pintar sangnat nie sebab diorang nie kekadang buat kerjanyer fail yang amat, tahu cakap je...sebab pintar sangatlah sampaikan pendapat orang lain dah tak menjadi perhatian bagi mereka, pendapat diorang jer yang nak kene ikut…hmmmmm

- Melayu champion!...ye ker?...cuba tengok kat tempat-tempat yang mengadakan pesta dan konsert yang terkinja-kinja…orang kita yang ramai ke sana, cuba lihat pulak masa pesta tahun baru…yang ramai celebratenyer orang kita jugak padahal itu bukannye culture kita…cuba pulak tengok kat pusat hiburan…orang kita jugak…yang join black metal…pun ramai orang kita, yang hisap dadah, ganja, heroin….orang kita jugak…yang paling ramai cerai, pun orang kita…rasuah dan skandal kalau kita tengok dalam berita dan media masa pun orang kita…kesimpulannya memang orang kita terer…terer dalam buat benda-benda yang tak sepatutnya…..berapa kerat sangat yang terer dan jadi kaya raya dalam berniaga…boleh dihitung dengan jari rasanyer…berapa ramai yang terer dalam bidang perubatan, kejuruteraan, pertanian, pertukangan, jentera2 besar dan sebagainye…rasanyer boleh dikira….hmmmm…fakir-fikirkan…kalaupun kita tidak mampu untuk menjadi melayu yang terer on the good side, at least kita jadi salah seorang penyumbang kepada kesejahteraan bangsa kita….jangan ambik rasuah, jangan terlibat dengan skandal, jangan hisap dadah, jangan jadi pelesit jalanan, jangan jadi met dan minah rempit, jangan jadi tukang kipas dan tukang hasut dan segala jenis tukang kecoh kat pejabat, jangan jadi sampah masyarakat lah kesimpulannya….!

- Berceriter juga mengenai EQ nie…kalau nak berjaya kene pandai kawal emosi….terutamanyer bos-bos nie…gaduh laki bini kat rumah, anak buah kat pejabat pulak kene marah, masalah di luar, satu pejabat kene amok…hmmm…bos-bos nie sebenarnya kene banyak gunakan EQ dari anak buah…kalau tak bukanlah bos namanyer…sepandai mana pun bos, kalau tak dapat nak kawal emosi, akan nampak bodoh jugak…sebab tulah di dalam pekerjaan nie EQ perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa….hmmm…saya tahu memang susah nak buat…saya pun belum tentu dapat buat…tapi kekadang tuh kita kene berusaha untuk meningkatkan EQ kita…susah camner pun kene usahakan juga agar kita boleh kawal emosi kita…kalau tak boleh nak kawal emosi di hadapan orang yang boleh menggganggu emosi kita, elakkan dari bertembung, atau bertemu atau berbalah pendapat dengan orang tersebut sementara kita nak capai emosi terkawal kita itu…elakkanlah dahulu…kekadang tuh, kita pintar macamana pun….belajar sampai ke amerika syarikat, Britain, Australia, new Zealand, mesir, Jordan dan seluruh pelusuk dunia sekalipun belum tentu lagi kita nie pintar emosi…kekadang bila tang belajar kita pandai, tang kerja pun kita pandai, tapi tang hidup kita tak pandai sangat…kekadang pulak sebaliknya….hmmmm…macamana kita nak dapatkan pakej ketiga-tiga pandai tersebut????......

- Nie saya nak Tanya….siapa motivator anda????...bila saya baca buku Dr.Tuah nie, saya tergelak jugak pada awalnyer…bila dia katakan di dalam bukunya rumput adalah motivator dia….saya baca sketsa 14 dia sehingga akhirnya…dan saya dapati memang logic akal jugak bila rumput boleh dijadikan motivator kita di dalam hidup…selamanyer nie memang tak terfikirkan nak jadikan rumput sebagai motivator…hmmm…nampaknyer saya tidak menggunakan akal yang diberikan dengan sepenuhnya untuk berfikir….apa yang ada pada rumput??? Rumput nie memang tak pernah serik…cuba musnahkan rumput kat halaman rumah bagi yang ada halaman rumahlah….atau rumput di lading atau kebun…selang beberapa hari tumbuh lagi rumput tersebut…tak serik-serik kene potong….cuba lihat sepanjang-panjang perjalanan kita di jalan raya…selalu jugak kita tengok orang atau pekerja mencantar rumput…selang 2 minggu cantas lagi…takut rumput tuh makin panjang dan menghalang penglihatan orang yang memandu…nanti tak pasal2 rumput tepi jalan panjang…banyak pulak kemalangan yang berlaku….begitulah rumput…semangat untuk hidup dan berdepan dengan cabaran itu kuat…agak-agak kita nie sekuat dan setabah rumput tak dalam hidup nie???

panjang jugak ceriter saya kali nie setelah dah lama tak menulis di blog ini...actually ceriter dari buku Dr.Tuah nie tak habis lagi... nantilah saya sambung ulasan-ulasan tersebut...

No comments: