Friday, September 21, 2007

Bagaikan Puteri — Ramlee Awang Murshid (RM19.90)

Bagaimana harus aku nyatakan perasaanku kepadanya sedangkan dia bersikap bersahaja...

Sudah lama aku mengidamkan untuk memiliki buku ini, tetapi asyik bertangguh jer...bila dah jumpa di kedai buku di Gombak, aku terus membelinya dengan diskaun sebanyak 20%...bukankah bagus dapat beli buku dengan harga diskaun...aku menjangkakan jalan ceriternya seperti Tombiruo Terakhir atau sesuatu yang mistik...tetapi jalan cerita kali ini nyata berbeza...pengembaraan haryani di dalam cerita ini seolah-olah aku ada bersama di dalam pengembaraan tersebut...pengembaraan di Kurun ke-15 di mana Haryani terperangkap di antara dua alam dimensi yang berbeza.
Koma di kurun ke 21 dan hidup di kurun ke 15.Pertemuan dengan Pahlawan Sunan, Saifuddin secara tidak sengaja menyebabkan cinta berputik tetapi tidak dinyatakan di dunia tersebut. Tatkala haryani koma di dunia yang lain, beliau telah terapung di laut dan telah diselamatkan oleh kelasi kapal di mana Saifuddin dan sahabatnya menumpang untuk menuju ke Melaka. Di dalam pengembaraan tersebut, Haryani seolah-olah telah diragut ingatannya dan yang dia tahu hanyalah nama Gusti Putri tatkala ditanya nama dan asalnya...berada di dalam kapal dagang pada kurun ke-15 dapat aku bayangkan bagaimana keadaannya.
Ramlee telah berjaya mengolah sebuah novel yang lari dari persepsi umum mengenai kisah percintaan dan adventure...kisah percintaan dilakarkan dengan begitu unik sekali.Kisah persahabatan yang setia diantara Saifuddin dan sahabatnya hampir dapat dikalahkan oleh Syaitan durjana, namun atas dasar persahabatan sejati dan kekuatan iman mereka, masing2 telah berjaya mengatasi kelemahan tersebut.
Debar hati saifuddin terhadap haryani dan cintanya kepada haryani berjaya disembunyikan sehinggakan saifuddin sanggup membunuh haryani untuk mengembalikan haryani ke zaman yang sepatutnya. cinta haryani kepada laksamana sunan telah mengalahkan akal warasnya dan dia mengambil keputusan untuk tinggal di kurun ke 15 tanpa ragu-ragu kerana haryani percaya cintanya kepada saifuddin akan mengatasi segalanya...di dunia yang satu lagi....seorang lelaki bernama Dani menaruhkan cinta yang tulus suci buat haryani...walaupun dalam keadaan koma, melihat haryani membangkitkan debar di dada dan membuahkan cinta...cinta yang tidak tahu dari mana datangnya...mungkin juga kerana Dani merupakan keturunan laksamana sunan dan debaran tersebut seolah-olah telah lama berpenghuni di hati Dani...mungkin juga kerana satu ketika dulu laksamana sunan pernah mencintai haryani yang bagaikan puteri di kurun ke 15 itu...mungkin juga telah ditakdirkan dani mencintai haryani, tetapi keadaan tidak selalunya indah...untuk mengetahui ceriter selanjutnya, belilah novel ini..memang best.

Watak-watak seperti Sultan Melaka, bendahara, hang Tuah, Tun Teja dan yang lainnya memang menjadikan novel ini seperti sebuah novel yang bagus dan tak jemu-jemu dibaca...

Recommended :: 5 Bintang
Post a Comment

Most Popular