Friday, September 21, 2007

Inikah Cinta—H.M Tuah Iskandar

Membaca buku H.M Tuah Iskandar kali ini yang bertajuk INIKAH CINTA, mengimbau kembali buku sebelumnya, ORIGINAL.

Halif, Tamsis dan Dimen adalah orang yang sama…Cuma plot kejadiannya yang berbeza-beza. Derra Mandy dan keagungan cintanya kepada lelaki yang bernama Halif, Tamsis dan Dimen amat tinggi dan mengkagumkan sehinggakakn dia sanggup mengorbankan dirinya untuk memberi laluan kepada orang yang dicintainya selamat dan hidup bahagia. Pengorbanan hidup yang Derra Mandy lakukan memakan dirinya sendiri…

Jalan cerita novel Inikah Cinta walaubagimanapun memang sedikit mengelirukan dan bagi aku, banyak juga benda yang mengelirukan…jalan cerita yang bersimpang siur dan kadang-kadang sukar untuk merungkai misteri yang penulis cuba hidupkan didalam novel ini.

Aku mengambil masa beberapa lama jugak untuk menghabiskan buku tulisan seorang penulis journal dan novel yang aku minati ini. Buku INIKAH CINTA benar-benar menguji minda dan membawa aku jauh kea lam pengembaraan dan penjelajahan dunia…membaca buku ini seolah-olah aku pernah sampai ketempat yang diceritakan…new york, California, Niagara falls, tugu peringatan Abraham Lincoln, FBI, rumah putih dan sebagainya. Penceritaan mengenai keindahan dan pengalaman yang digambarkan seolah-olah aku berada di dalam pengembaraan tersebut…dan ini memang sesuatu yang mengkagumkan…keupayaan penulis menggambarkan sesuatu sehinggakan kita sebagai pembaca terasa berada di dalam plot cerita yang diceritakan.

Aku hamper-hamper putus asa untuk merungkai permasalahan yang berlaku dan terjadi ke atas Halif/Tamsis/Dimen ini..nasib baik aku sabar…teruskan jugak membaca sehingga ke penghujungnya. Penulis memang bijak mengadakan kesan suspens di dalam ceritanya…membuat pembaca berfikir bagaimana untuk menangani dan meyelesaikan masalah.

Kehadiran watak Mosdor pada saat-saat pengakhir cerita di Istana Isle menambahkan lagi kesan suspend. Kehadiran watak Mosdor sebagai seorang yang ingin membunuh Derra Mandy menjadikan plot cerita lebih menarik dan Berjaya mengaburi pembaca bahawa kejadian-kejadian yang berlaku adalah benar dan sebenarnya…hinggalah ke akhir cerita barulah aku tahu semua kejadian yang berlaku adalah olahan dan arahan dari Dimen/Tamsis/Halif untuk menghasilkan sebuah cerita Inikah Cinta dan menguji kesetiaan hati seorang isteri yang bernama Liza dan melihat kesetiaan pekerja-pekerja Dimen yang bernama Farah dan …………… juga melihat keupayaan setia kawan seorang yang bernama sahabat seperti watak ……………kesemuanya adalah ujian dan penglipur laranya adalah seorang lelaki bernama Halif/Tamsis/Dimen….

Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jalan cerita novel Inikah Cinta, bacalah novel berkenaan dan anda pasti berpuas hati dengan pengkisahan novel dari Dr. H.M Tuah Iskandar ini.
Post a Comment

Most Popular