Friday, September 21, 2007

130 tips menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia (RM15.00)

Buku yang ditulis oleh Dr. Aidh al-Qarni ini mengandungi motivasi-motivasi serta pengajaran dikhaskan untuk wanita-wanita agar mereka dapat mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Permulaan mukaddimah menarik perhatian saya untuk terus membaca buku ini...salah satunya adalah::
Kepada semua wanita yang berduka: Berbahagialah dan bergembiralah dengan dekatnua pertolongan, penjagaan Allah, pahala yang besar dan pengampunan dosa-dosa...

Buku ini boleh menjadi teman setia para wanita kerana mempersembahkan kandungan-kandungan yang berpaya mengubat hati seorang wanita yang kedukaan, gundah gulana dan berada di dalam kekusutan.

Bagi saya buku ini juga berupaya memujuk hati wanita yang selama ini mungkin terlalu berharapkan kepada orang sekelilingnya untuk menggembirakan hatinya padahal harapan tersebut hanya layak diberikan kepada Yang Maha Pencipta.

- Hidup akan menjadi lebih mudah sekiranya kita dapat mengawal perasaan kita dari menguasai hidup seharian kita.

Tetapi kekadang sebagai wanita kita telah dianugerahkan perasaan yang lebih dari lelaki...sebab itu kekadang kita terlebih sensitif dan peka dari lelaki, lebih berperasaan walaupun kekadang kita mengawal perasaan tersebut untuk menunjukkan kita sama kuat seperti lelaki.

Bagi saya, tidak mengapa jika kita lebih berperasaan. Itu menunjukkan kita lebih prihatin dan peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling kita dan juka perubahan-perubahan orang yang berada di sekeliling kita.

Antara kata-kata motivaasi yang menarik di dalam buku ini adalah:

Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahannya. Sesungguhnya setelah cucuran air mata akan terbit senyuman, dan setelah malam itu ada siangnya.
Emasmu adalah agamamu, dan perhiasanmu adalah akhlakmu dan hartamu adalah adabmu

Engkau.....dengan segala yang engkau miliki, jauh mengatasi jutaan wanita lain
Solat itu sebagai penjamin kelapangan dada dan menghilangkan kesedihan
-Wanita boleh menjadi rasa rendah diri bilamana perkara-perkara yang tidak diingini di dalam hidup mereka terjadi.


Sekiranya tidak mendapatkan sokongan dalaman dan luaran untuk mengembalikan semangat mereka, sesetengah wanita akan terus merasa rendah diri walaupun hakikatnya mereka boleh mendapatkan harga diri tersebut dgn berbagai cara...kekadang saya hampir setuju bahawa wanita ni pendek sedikit akalnya dari jantina yang satu lagi

Buku motivasi ini seharusnya di baca oleh para wanita yang menginginkan kebahagian di dalam hidup, yang ingin melupakan kesedihan dan keresahan masa lampau, yang ingin memulakan penghidupan baru yang lebih berkat dan diredhai Allah s.w.t...di dalamnya mengandungi pelbagai cerita dan kata-kata motivasi yang mampu menggembirakan dan meneguhkan semangat wanita yang dilanda kesedihan, kemurungan, keberputus asaan di dalam hidup dan yang tiada tujuan hidup...InsyaAllah akan berbahagialah kita dan mendapat kehidupan yang tenang di dunia dan juga nanti di akhirat sana...Aaaamin.
Post a Comment

Most Popular