21 August 2007

Travellingbie : Hotel Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah, Penang2nd tought about Hotel Paradise Sandy Beach Resort

Arrived from airport Bayan Lepas heading to Hotel Paradise Sandy Beach Resort. Mula-mula rasa risau jugak sebab 1st experience with the hotel was not very encouraging.

The services sucked and the room facilities were not really good enough to give a good rate to the services that the hotel provided.Mula datang ke hotel nie, macam nak keluar balik….check-in malam, then dapat bilik yang tak disediakan lagi, terpaksa tukar bilik.

Makanan seperti tak sedap walaupun bagi orang miskin memang sedap giler, tapi kalau ikutkan standard hotel memang tak sedap…room service lambat…bila hantar seterika lambat lepas tu pulak nak balik dalam sejam…tension jugak bila call tgh2 malam2 house keeping seperti tidur jer…nak minta seterika kene tunggu esok pagi.

This time, service ada improvement, but still tak up to standard…minta seterika dan sejadah…dalam lebih kurang 30 minit house keeping hantar…nasib baik seterika diorang tak ambik-ambik, mungkin guests tak ramai rasanya…The food, boleh tahanla…but still tak varies macam hotel jiran. But dah improved dah masa first time datang tahun lepas.

First time datang tak sempat nak pegi menyinggah di pantai…pantai hotel paradise boleh dipuji…bersih dan ada water activities…teringin nak main jet ski tapi harga nyer mak aiii…dalam RM60.00 untuk 15min, dok borak dengan uncle yang jaga tempat water sports tu…bolehla dapat diskaun dalam RM50 utk 15 min…still mahal lagi…rasa macam nak main jugak ler…terliur nak main jet ski, banana boat kalau ramai dalam RM15.00, kayak dalam RM20 sejam dan banyak lagi aktiviti-aktiviti air yang disediakan. Berlainan dengan hotel jiran…tak dapat nak buat aktiviti-aktiviti air sebab kawasan pantai berbatu-batu dan pantai menurun dan dalam….

Petang – panasnya…jam 530pm matahari gagah lagi memancarkan cahaya…teriknya seperti tengahari…aku ajak diorang kayak, semua tak nak…gaji tak dapat lagi…Tapi aku geram nak berkayak…tapi sorang2 buat aper...akhirnya aku main jet ski...mahal pun mahal la...tapi puas hati bayar RM50.00 utk 15 minit….tapi rasanya lebih 15 minit jugak tu.

Rasa macam lama jugak naik Jet Ski tu…first time naik memang ler rasa macam gerun jugak bila nampak ombak meninggi lagipun tak reti berenang....karang jatuh tak tahula tenggelam ke timbul bila jatuh tengah laut nanti.Lepas habis masa 15 minit, main volleyball pulak…mainla sekejap…cuaca nampak gelap dari jauh…dalam 15 min hujan mula renyai2 dan semakin lebat…angin semakin kuat…aku bergegas ke atas dalam basah2 ambik baju di beranda..nasib baik tak kene tiup angin…

Malam lepas meeting kami pakat tengok video yang telah dirakamkan pada petang nya…rakaman diambil oleh orang baru nak pegang kamera video….ala-ala tak professional gitu.overall, perkhidmatan hotel kali ni ada improvement walaupun tak sehebat hotel jiran....

No comments: