30 November 2021

Anekdot seorang pekerja #14





Di dalam Kamus Bahasa Melayu

kesamarataan
Definisi : sifat (keadaan dsb) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain): anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dgn perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Manakala....

[ke.sa/.sa.ma.an] | کسقساماءن
Definisi : perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Dalam kes biasa biasa di pejabat, mungkin ramai yang berhadapan dengan situasi ketidaksamarataan di dalam pejabat. Bagi saya, memang tidak akan ada kesamarataan di dalam dunia pekerjaan. Paling senang nak faham - gred kerani tidak akan duduk sama dengan gred pegawai. Kenapa? Kenapa tidak sama sedangkan sama sama manusia? Mungkin ada yang bertanya sebegitu.
Tiada kesamarataan di dalam pekerjaan. Ketua Pengarah mana boleh disamakan dengan pegawai biasa - dari ruang pejabat, elaun-elaun, gaji, sehinggalah layanan yang diberikan tidak akan sama dengan pegawai biasa kerana berbeza gred perjawatan dan kedudukan.

Apa yang boleh kita harapkan untuk kesamarataan adalah di dalam kesaksamaan.
Kesaksamaan dan kewajaran di dalam menjalankan tugas semasa berurusan di pejabat. Contoh: Semua pegawai sama ada peringkat pengurusan tertinggi, pertengahan atau staf sokongan perlu memastikan bahawa peraturan pejabat dipatuhi. Tiada perbezaan hukuman di antara pegawai yang mengambil rasuah sama ada dari pihak tertinggi atau pegawai biasa. Hukuman tersebut akan dikenakan ke atas natijah tindakan rasuah yang telah dilakukan, bukannya ke atas status seseorang tersebut.

Di pejabat, agak sukar untuk seseorang bersikap saksama terutamanya bagi seorang ketua. Ada ketua yang suka kepada pegawai A sebab pegawai A mendengar kata seperti lembu dicucuk hidung. Ada ketua yang suka kepada pegawai yang pro aktif dan memberi sumbangan kepada cawangan atau unit tersebut. Ada ketua yang tidak suka pegawai yang bersikap terbuka dan akan menegur sekiranya proses tidak betul dan ketua tersebut terasa terancam. Naluri seorang manusia, bila terasa terancam, seorang ketua mungkin akan sedaya upaya untuk menahan pegawai tersebut dari menyerlahkan sikap dan peribadi pemimpin melebihi dirinya.

Pernyataan "kene buat bodoh-bodoh sikit dekat sini..." walaupun sebenarnya kita sangat bijak di dalam menghadapi situasi bekerja, kadang-kadang dikeluarkan oleh seorang ketua yang berasa terancam dengan orang bawahannya.

Kesimpulannya, "People should be treated fairly not equally." Tetapi, ianya sangat susah untuk melaksanakan kesaksamaan tersebut. Anda setuju ke dengan pandangan saya? Jangan lupa berikan pandangan anda ya.

No comments: